" Nadia ... kamu ada pelawat. Sila keluar," arah seorang pegawai polis. Nadia berdiri dan berjalan dengan perlahan. Mulutnya sentiasa terukir senyuman.
"Pasti kawannya datang" desis Nadia di dalam hati.
Namun harapannya musnah apabila melihat Atiffa tersenyum sinis di depannya. Nadia menoleh ke belakang dan tidak mahu berjumpa dengannya.
" Kau taknak tahu ka tentang kawan kau? Hm," kata Atiffa tiba-tiba. Jantung Nadia berdegup dengan kencang pada ketika ini. Dia menoleh semula ke arah Atiffa dan duduk di hadapannya.
" Apa kau buat dekat kawan-kawan aku?" tanya Nadia sambil menjegilkan mata.
" Tak banyak . Cuma hantar mereka dan keluarga mereka ke neraka," tutur Atiffa bangga. Bangga dengan perbuatannya yang terkutuk.
" K ... kau buat apa? " tanya Nadia sekali lagi. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh perempuan di hadapannya.
" Aku bunuh dia orang. Aku letupkan kereta Sofea dan bunuh Alya dengan tangan aku sendiri. Sebab? Mereka tu bodoh sangat ... nak juga ikut kau. Alamatnya dalam kubur sajalah aku hantar. Biar padan muka," kata Atiffa megah.
" Kau tergamak bunuh kawan-kawan kau? Kau tergamak ya buat semua ni sebab nak balas dendam dekat aku? Kalau bermusuh pun dengan aku, tak perlulah libatkan keluarga dan kawan-kawan aku. Terus bunuh sajalah aku. Aku tak kuat tau," tutur Nadia lemah.
" Kalau bunuh kau ... cepat sangatlah. Bosanlah aku nanti. Baik seksa kau perlahan-perlahan dengan bunuh orang terdekat kau ... baru kau terseksa. Hm btw aku pulang dululah. Kesian kau kan ... nak keluar penjara kena tunggu 10 tahun lagi. Nak diikat jamin, duit kau semua dah lesap sebab kau bodoh ... kau letak semua dekat suami kau dan anak-anak kau. Eh ... suami pula. Bekas suami kau tu. Kawan-kawan nak tolong ? Dah masuk kubur. Mama papa kau nak bantu? Sama saja masuk kubur juga. HAHAHA ... biar rasa sikit keseksaan aku selama ni," kata Atiffa sebelum berdiri lalu keluar dari bilik itu.
Nadia menangis teresak-esak di dalam bilik itu.
" Mama ... papa ... tsk ... Alya ... Sofea, maafkan aku," kata Nadia lemah.
SKIP
" Tengku Adam Firash ..." panggil seorang jururawat. Adam yang tertidur terus terjaga dan bergerak ke jururawat itu.
" Ya saya, Adam. Macam mana dengan isteri saya?" tanya Adam risau.
" Tengku boleh masuk ke dalam bilik doktor," kata jururawat itu tersenyum. Adam mengangguk lalu memasuki bilik doktor.
" Silakan duduk "
" Macam mana dengan keadaan isteri dan anak saya?" tanya Adam resah. Dia dari tadi duduk tidak diam memikirkan keadaan Kamilia dan kandungan isterinya.
" Maaf, kami tak dapat selamatkan anak Tengku kerana pisau itu betul-betul tepat mengenai jantung bayi. Tapi alhamdulillah, isteri Tengku selamat. Pisau itu dikeluarkan dengan cepat dan seseorang telah membalut luka itu dengan kemas. Maka tiada pendarahan berlaku. Jika orang itu tidak mencabut pisau dan menghentikan pendarahan, kemungkinan besar isteri dan anak Tengku akan terkorban," kata doktor itu.
Adam bersandar lemah. Anaknya meninggal lagi. Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan kepada aku. Aku tak kuat ya Allah. Namun dia mengucapkan syukur kerana Kamilia terselamat.
" Bila saya boleh lawat isteri saya?" tanya Adam kepada doktor.
" Pesakit sudah diletakkan dalam wad biasa. Jadi Tengku boleh lawatnya sekarang," tutur doktor itu. Adam mengangguk dan mengarahkan doktor meletakkannya di wad VIP. Adam berjalan ke wad VIP dan tersenyum pahit apabila bertemu Kamilia. Kamilia yang tidur di atas katil membalas senyuman Adam. Baginya itu adalah ketentuan Allah dan dia tidak boleh pertikaikan.
" Maafkan abang sebab tak dapat selamatkan anak kita," tutur Adam sambil memegang tangan Kamilia erat. Kamilia tersenyum lemah.
" Takpalah abang ... itu ketentuan Allah ... kita tak boleh lawan takdir. Tipulah kalau saya kata tak sedih ... ibu mana tak sedih bila anaknya meninggal. Tapi syukurlah saya masih selamat. Mana Nadia abang?" tanya Kamilia. Dari dia sedar, dia tak nampak muka Nadia langsung. Terbit rasa rindu kepadanya.
" Jangan cakap pasal perempuan tu. Dia dah duduk dalam penjara. Lagipun abang dah ceraikan dia dengan talak dua. Kenapa sayang sebut lagi pasal dia? Sebabkan dialah, bayi kita mati tau. Sebabkan dia ... sayang terlantar di katil. Dia bunuh mak ayah dia juga tau," kata Adam.
" Astagfirullah. Mana ada Nadia tikam saya. Ceritanya begini. Tengah haritu abang pergi ambil anak-anak kan ... Nadia pun balik rumah mama papanya. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi dan Lia pun bukalah. Ada seorang lelaki ni tiba-tiba meluru masuk. Lia pun larilah dan dia tikam Lia. Lia akhirnya pengsan. Sedar-sedar dah ada dekat hospital," terang Kamilia. Namun Adam tetap menyalahkan Nadia.
" Ah, mungkin perempuan gila tu upah seseorang. Sebab waktu abang masuk, ada pisau sebelah sayang. Abang ambil dan bagi dekat pihak polis. Polis dah tengok cap jari dan ternyata hanya ada cap jari abang dan perempuan tu. Maka dialah yang bunuh. Sudahlah jangan cakap pasal dia. Abang dah tiada kaitan dengan dia lagi. Dia dah pun diceraikan. Sayang tahukan sudah cukup talak untuknya. Jadi sudah tidak boleh dirujuk. Kalau boleh pun abang taknaklah. Kawin dengan pembunuh? Huh, bodoh saja lelaki tu." Adam menghamburkan kemarahan. Nasihat Kamilia sudah tidak berguna. Adam tidak mahu melaporkan kepada pihak media kerana tidak mahu mereka sekeluarga terkena tempias. Selepas dua hari, Kamilia akhirnya dibenarkan pulang dan terpaksa berpantang seperti biasa.
SKIP
Seorang lelaki memasuki ruang lokap itu. Dia memandang sayu terhadap seorang perempuan di hadapannya. Dia yang baru mendapat maklumat terkejut apabila perempuan di hadapannya dimasuki ke dalam penjara. Perempuan di hadapannya tertidur lemah dengan baju yang lusuh. Mukanya juga sudah kotor kerana tidak mandi. Badannya pun sudah semakin kurus ... mungkin tiada selera makan.
" Nadia ," panggil Hazim.
Nadia yang tertidur, terjaga dari lena apabila seseorang memanggilnya. Dia menoleh ke arah suara tersebut.
" Dr. Hazim?" panggil Nadia pula. Dia tidak tahu ini mimpi atau realiti. Hal ini kerana dia sering bermimpi yang ramai orang datang melawatnya. Ada kalanya dia bermimpi mama dan papanya datang melawat. Dan ada kalanya dia bermimpi Alya dan Sofea datang dengan membawa bekalan makanan.
" Ya, ini saya Hazim. Senior awak. Jom kita bercakap?" ajak Hazim. Nadia mengangguk lemah. Pegawai polis membuka kunci lokap dan menggari tangan Nadia sebagai langkah berjaga-jaga. Nadia di bawa ke bilik pelawat.
" Saya akan bantu awak," ucap Hazim sambil tersenyum.
*********
Jangan lupa untuk terus vote!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...