Sihir

1.1K 61 31
                                    

" Ibu" panggil Arisa. Di belakangnya ada Ariff. Mereka mendengar semua yang dikatakan oleh Kamilia. Dan mereka sendiri menyaksikan makhluk itu di tandas. Mereka sebenarnya terdengar sesuatu, maka Arisa mengajak abangnya untuk pergi melihat. Apa yang mereka lihat sangatlah mengejutkan.

Kamilia yang terkejut terus mengeluarkan satu ubat di belakangnya. Dia memasukkan ubat itu ke dalam air minuman. Dia tahu anak-anak Nadia itu mendengar apa yang dikatakannya.

" Ariff ... Arisa, buat apa ni?" tanya Kamilia sambil menuang air ke dalam gelas.

" Oh tak buat apa-apa pon," kata Ariff ketakutan.

" Oh ... nah minum air ini," arah Kamilia. Arisa dan Ariff menggeleng kepala tanda tidak mahu. Kamilia yang berang terus memaksa mereka untuk minum. Dipegang pisau dan diacukan kepada leher Arisa.

" Ariff ... minum air ini cepat. Kalau tak aku bunuh adik kau." Kamilia berkata sambil mengacukan pisau di leher Arisa. Arisa menangis kerana ketakutan. Ariff terpaksa untuk meminum air itu. Setelah tinggal separuh, Kamilia merampasnya dan memaksa Arisa untuk meminumnya. Kemudian mereka berdua jatuh pengsan dan Kamilia mengangkat mereka ke bilik tidur mereka. Dia mesti menghapuskan segala bukti yang menghalangnya.

SKIP

Atiffa masuk ke hospital Hamelda itu dengan muka yang angkuh. Orang lain memberi senyuman kepadanya namun dia mengendahkan senyuman orang ramai. Dia mula berjalan ke arah kaunter pertanyaan.

" Ada apa saya boleh bantu cik," kata jururawat itu tersenyum. Atiffa menjeling jururawat itu.

" Panggil saya Tengku. Apa kelas sangat dengan cik," marah Atiffa. Jururawat itu terdiam.

" Maafkan saya tengku. Ada apa saya boleh bantu?" tanya jururawat itu.

" Saya nak berjumpa dengan Dr. Balqis segera! " kata Atiffa dengan nada yang tinggi.

" Tengku ada buat appointment? " tanya jururawat itu semula.

" Ish banyak cakap lah kau ni. Kenapa kau ni bodoh sangat? Patutlah miskin sebab bodoh. Cepat aturkan dekat aku. Makan gaji buta ka?" tengking Atiffa.

" Apa yang bising-bising ni?" tanya Nadia. Atiffa menoleh ke arah suara itu. Nadia terkejut dengan kehadiran Atiffa.

" Oh Dr. Balqis. Saya datang nak jumpa doktor. Saya ada hal dan masalah sikit mengenai kulit muka saya," tutur Atiffa tanpa mengecam Nadia. Nadia mengangguk lalu menyuruhnya masuk ke dalam biliknya. Nadia mengunci pintu lalu menyuruh Atiffa untuk duduk di atas katil. Dia memeriksa kulit muka Atiffa.

" Awak buat pembedahan plastik ya?" tanya Nadia. Dia membuka alat rakaman suara.

" Tak la pembedahan plastik sangat. Saya tampal wajah saja doktor. Kenapa eh?" kata Atiffa takut. Dia takut kalau wajahnya menjadi kotor atau berkedut.

" Lapisan wajah ini dah menjadi kecut. Jadi awak perlukan serum yang baik. Ubat juga mempengaruhi wajah awak. Kos untuk pembedahan semula agak tinggi dan awak perlu buat segala pantang larang yang diberikan," kata Nadia.

" Saya sanggup buat apa sahaja demi mengekalkan wajah saya," tutur Atiffa.

" Mengapa guna wajah baru? Kenapa tak guna wajah lama?" tanya Nadia lagi.

" Dr. Balqis ... doktor tak perlu ambil kisah pasal hidup saya. Biarlah saya nak buat apa pun dengan wajah saya. Saya banyak duit dan bakal suami saya akan beri banyak duit. Mesti doktor kenalkan dengan Tengku Adam? Dia tu terkenal sebagai usahawan lelaki Malaysia." Atiffa menceritakan tentang Adam. Tidak dinafikan yang Adam sememangnya agak terkenal.

" Baiklah, minggu depan kita akan jalankan pembedahan. Sila datang awal untuk proses pendaftaran," kata Nadia. Kali ini dia akan membalas dendam dengan merosakkan wajah Atiffa.

SKIP

" Abang ... abang," jerit Kamilia. Adam yang baru selesai memakai baju terus berlari ke arah Kamilia. Dia memasuki bilik Arisa. Kamilia mula berlakon dengan menangis-nangis.

" Apa yang terjadi?" tanya Adam risau.

" Arisa ... dia tak boleh berdiri dan bercakap. " Kamilia menangis teresak-esak. Dia tersenyum sinis apabila melihat air mata yang keluar daripada mata Arisa.

" Apa yang berlaku?" tanya Adam. Kamilia menggeleng kepala tanda tidak tahu. Safia di sebelahnya hanya melihat kakaknya. Adam segera berlari ke bilik Ariff dan Haris. Keadaan Ariff sama dengan Arisa manakala Haris tidak berlaku apa-apa. Adam mendukung Ariff dan Arisa ke dalam kereta dan membawanya ke hospital. Kamilia turut serta memasuki kereta Adam. Doktor yang terlibat memeriksa Arisa dan Ariff. Selepas itu, dia memanggil Adam dan Kamilia.

" Begini ... anak tuan tidak boleh dirawati. Itu semua mainan bomoh. Rasanya ada sesuatu yang mendiami rumah tuan sejak dulu lagi. 'Sesuatu' itu telah mendiami badan seseorang ... atau dalam kata lain mendiami salah seorang ahli keluarga tuan. Lebih tepat, ahli itu membelanya. Dan apabila dia mati, maka benda ini mencari mangsa baru dan mereka memilih anak tuan. Ada sesiapa yang meninggal baru-baru ini?" tanya doktor itu.

" Ada, isteri pertama saya. Tak guna! Bodoh Nadia. Kalau nak mati pun, janganlah seksa anak-anak. Setan!" marah Adam.

" Sabar abang," kata Kamilia. Dia tersenyum kepada doktor itu. Dia sudah merasuah doktor itu untuk menipu Adam.

Adam pulang dengan perasaan sedih. Anaknya umpama mayat hidup. Tidak dapat bercakap atau bergerak. Makanan dan minuman disalurkan melalui tiub sahaja.

" Abang benci Nadia. Perempuan tu bodoh. Maafkan Arisa ... Ariff. Papa silap mengahwininya. Tak sangka selama ni dia guna ilmu hitam untuk kebahagian kita semua. Papa minta maaf. Sebab perempuan tu, kamu jadi begini," kata Adam di hadapan Arisa dan Ariff.

"Bukan mama. Mama tak bersalah. Ibu yang bersalah," kata Arisa di dalam hati. Dia tidak mampu untuk bersuara lagi. Dia menangis teresak-esak mengenang nasib mamanya. Dia tahu kini yang mana baik dan yang mana buruk. Maafkan Arisa mama. Maafkan Arisa.

Kamilia di belakang tersenyum sinis kepada mereka dua beradik. Padan muka! Sapa suruh kacau rancangan aku kan? Maka hadap lah mereka. 

*****************

Kesian Arisa dan Ariff jadi mangsa sihir Kamilia. Hm. Jangan lupa vote ya!

Hadiah saya 5 bab terus huhu. Hadiah happy new year orang kata hihi.

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now