Amukan

960 69 77
                                    


" Assalamualaikum abang Adam" panggil Aini. Aku dengan malas membuka pintu.

" Ye Aini, ada apa?" tanya aku malas.

" Cari abang Adam, ade?" tanya Aini sambil berpeluk tangan.

" Takde. Nak apa?"

" Kerja eh?" tanya Aini lagi. Ish rimas aku!

" Tak la, tengah memancing. Ada apa?" tanya aku dalam nada yang amat malas.

" Eh kau dah berubah banyak eh, kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu je. Kau tak kenal aku sapa!" kata Aini sebelum pergi dari situ.

" Hek eleh, marah pula. Datang bulan la tu. Jalan pon dah macam biawak" kata aku sambil menutup pintu.

Aini menutup pintu kereta dengan kuat. Dia memasang enjin lalu menjerit sekuat hati.

" Bodoh kau Nadia. Kau tunggu ja pembalasan aku. Aku akan pastikan kau pupus dari pandangan aku. Aku akan pastikan Adam menjadi hak milik aku selama-lamanya! Kau tunggu perempuan bodoh!" marah Aini. Dia teringat segala rancangan yang dilakukannya untuk membuatkan Nadia dan Adam bergaduh. Dia terkenang saat di shopping mall haritu.

Flashback

Selepas sesi pujuk memujuk, Adam bersetuju untuk menemani aku untuk membeli patung. Aku gembira kerana dapat memisahkan sebentar Nadia dan Adam. Aku berjalan bersama Adam sambil berpegangan tangan. Pada mulanya Adam menolak, namun mungkin disebabkan orang ramai melihat situasi tegang itu, dia membiarkan saja. Takut nanti ada yang diviralkan. Sampai sahaja di kedai patung itu, aku memilih patung yang paling besar dan comel lalu meminta pekedai itu membungkusnya.

" Abang Adam, erm abang belanja la" kata aku sambil tersenyum. Adam akur lalu membayarnya. Aku kemudian berterima kasih kepadanya.

" Abang, jom pergi minum." ajak aku sambil memegang leherku menandakan aku sedang kehausan.

" Er nanti kakak Nadia cari macam mana?" tanya Adam risau.

" Alah abang, lambat lagi kak Nadia nak cari barang, lagipun kan ada telefon. Nanti dah siap kak Nadia telefon la" kata aku tersenyum.

" Betul juga. Jom. Abang dengar kat sini ada satu cafe yang hidangkan minuman yang sedap. Sambil-sambil tu boleh la kita berborak. Haritu tak puas borak haha" kata Adam.

Mereka bergerak ke cafe tersebut.

" Em abang order air dulu eh. Then abang nak pergi toilet kejap. Abang tinggalkan telefon kat Aini sebab takut kakak Nadia telefon okay" kata Adam sambil meletakkan telefon di atas meja lalu berlalu pergi.

Aku hanya mengangguk. Selepas 2 minit, telefon Adam berdering dan tertera 'sayang'. Aku mencebik menyampah. Aku mendapat satu idea. Terus aku ambil telefon Adam lalu mensilentkannya. Biarkan! Adam tiba selepas 5 minit dan mereka berborak dengan rancak. Sewaktu Nadia melihat mereka sedang berbual mesra, dia sebenarnya nampak kehadiran Nadia tetapi sengaja tak beritahu kepada Adam. Dia tersenyum dan telah membuatkan Adam lupa mengenai isterinya. Namun tak disangka! Rancangannya gagal! Hanya sekejap sahaja mereka bergaduh dan mereka sudah berbaik semula. Malah siap tunjuk sweet itu depan mata aku! Bodoh Nadia! Rosak rancangan aku sebab kau!

End Flashback

" Setan kau Nadia! Kau akan terima nasib kau nanti! Wait and see! Aku akan pastikan kau merana! Aku akan pastikan Adam dan hartanya menjadi milik aku seorang sahaja! Milik aku seorang sahaja!! Aku tunggu masa yang sesuai je untuk jatuhkan kau. Ingat Nadia, KAU TAK KENAL SIAPA AKU" jerit Aini. Aini kemudian ternampak seorang wanita bertudung labuh memasuki rumah Adam dan Nadia.

" Siapa perempuan tu? Apa dia buat kat sini?" Aini yang curiga terus keluar dari kereta lalu menarik tangan perempuan itu.

" Hello, kau buat apa dekat rumah bakal suami aku ni?" tanya Aini kasar.

" Maaf, awak ni siapa ye? Bakal suami tuan rumah ni? Baik sikit ye mulut tu. Ini rumah Encik Adam dan isterinya Nadia merangkap kawan saya. Awak ni ada masalah ke? Dengan pakai baju macam tak cukup kain." kata Kamilia. Terkejut dia sebentar tadi apabila disergah oleh seseorang.

" Heh, Nadia tu bakal menjadi BEKAS isteri Adam. Adam hak aku. Nama kau ni siapa eh. Tak payah acah muslimah sangat. Dengan tudung labuh, nampak nerd . Bosan la hidup kau." kutuk Aini.

" Ok la baju dan tudung saya labuh dari awak macam tak cukup kain. Kalau tak cukup, saya nak sedekah sikit kain." perli Kamilia. Geram hatinya. Kalau cakap elok-elok, dia tak ada nak perli bagai ni.

" Kurang ajar eh kau ni!" kata Aini sebelum mengangkat tangan. Namun tangannya dipegang oleh seseorang lalu dia menolak Aini sehingga jatuh. Aini berang dengan orang tersebut.

" Kau dah kenapa! Jangan naik tangan dekat kawan aku. Kau berambus sekarang" marah Nadia. Suka- suka hati ja!

" Eh kau dah kenapa hah! Aku ni malas lah nak bertekak dengan kau lagi. Malas nak fake depan kau lagi. Aku ni nak termuntah bila berbaik atau bercakap baik dengan kau. Aku benci kau!" amuk Aini.

" Tak sekarang aku nak tanya. Apa yang aku buat sampai kau benci aku. Sedangkan aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku. Tetiba kau datang nak benci semua orang. Dah kenapa! Gila eh?" amuk Nadia juga.

" Kau tak kenal aku siapa tapi aku kenal kau sebaik mungkin. Sebab apa aku benci? satu je sebab DENDAM" kata Aini sebelum berdiri. Dia membetulkan baju dan kainnya.

" Dendam? Aku tak kenal kau macam mana kau kata ni dendam. Aku tak de pula salah dekat kau. Kau pon baru je datang dan dah ada dendam dengan aku? Sebab apa? Adam? Korang tu sepupu je. Tak lebih dari tu. Jangan berangan nak jadikan Adam sebagai suami kau. Adam tak hamak la dengan kau. Kau tu dah la gedik macam biawak. Jalan pon macam lipas. Tangan kau tu ingat dapat pahala ke sentuh suami orang? Tolong jangan jadi perosak rumah tangga orang!" hambur Nadia.

"Kau tunggu Nadia! Kau tunggu hari pembalasan kau. Aku akan pastikan kau dan kau hancur" kata Aini sambil menunjukkan jari ke arah Nadia dan Kamilia. Aini bergerak masuk ke dalam kereta lalu memandu laju menyusuri jalan.

" Dia tu dah kenapa? Gila ke?" tanya Kamilia. Nadia menggeleng kepala. Sah gila!

" Dah la jom masuk. Nanti orang gila tu datang lagi. Kang belah kita pula mati katak je nanti. " kata Nadia mengajak Kamilia masuk. Kamilia menggelengkan kepala melihat perangai Aini.

*********

Jangan lupa vote! Korang rasa dendam apa ek? Stay tuned! Maaf tak update semalam, sibuk sikit.

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now