Hazim membawa Nadia ke sebuah tempat yang istimewa untuknya. Nadia hanya melihat pemandangan luar semasa Hazim sedang fokus memandu. Kereta Hazim memasuki kawasan hutan. Nadia berasa kurang sedap hati apabila kereta itu masuk ke dalam kawasan hutan. Hazim melihat reaksi muka Nadia yang kurang selesa.
" Jangan risau. Saya tak akan apa-apakan awak. Saya masih tahu halal dan haram. Jangan risau, kawasan ini memang terpencil sikit pada awalnya. Nanti awak akan nampaklah bangunan dan rumah dekat hujung jalan ni," terang Hazim. Nadia tersenyum tawar dan dia cuba untuk mempercayai Hazim. Akhirnya apa yang Hazim katakan memang benar. Nadia sudah melihat banyak bangunan dan rumah di kawasan itu. Dia menyesal meragui kebaikan Hazim.
" Maafkan saya sebab meragui awak, " tutur Nadia kesal. Hazim tersenyum.
" Tak mengapa. Saya faham," kata Hazim sambil tersenyum.
Keretanya berhenti di sebuah rumah anak-anak yatim. Nadia mengerutkan dahi apabila Hazim memberhentikan keretanya di rumah itu.
" Jom masuk. Kita lawat anak-anak saya," kata Hazim sambil membuka pintu untuk Nadia. Sekali lagi Nadia mengerutkan dahi. Hazim dah ada anak? Nadia tidak mahu membuka mulut mengenai hal itu. Dia hanya mengikut langkah Hazim memasuki rumah itu.
" Assalamualaikum mama. Mama sihat?" tanya Hazim kepada seorang perempuan tua yang sedang menunggunya di hadapan pintu.
" Waalaikumusalam, mama sihat saja. Kamu macam mana? Amboi bawa siapa ni?" tanya perempuan tua itu selepas memandang Nadia. Nadia tersenyum lalu menyalami perempuan itu.
" Saya Nadia er ..." kata Nadia agak buntu.
" Panggil saja mama." Perempuan itu menyuruh Nadia memanggilnya begitu.
" Baiklah mama. Saya Nadia, kawan sekerja Hazim." Nadia memperkenalkan diri.
" Kawan sekerja atau kekasih hati huh?" tanya perempuan tua itu sambil tersenyum.
" Soon" balas Hazim sambil tersenyum. Nadia menjegil matanya kepada Hazim. Hazim terus lari ke dalam rumah itu.
" Eh jangan salah faham mama. Kami kawan sekerja saja. Hazim tu memang jenis melawak sikit," terang Nadia sambil memegang pipinya yang kemerahan. Perempuan itu ketawa besar lalu mengajak Nadia masuk.
" Nama mama Salmiah. Panggil mama atau mama Sal. Hazim tu setiap minggu akan datang sini lawat anak-anaknya," terang Puan Salmiah. Nadia mengangguk. Rupa-rupanya Hazim sudah bernikah.
" Hazim masih anak teruna. Belum bernikah. Budak-budak dekat sini semua sudah kehilangan mak ayah. Sejak perumahan ini dibina, Hazimlah yang selalu menderma. Dia menjaga semua kanak-kanak di sini seperti anak-anaknya sendiri. Dia selalu bagi makan, hadiah dan duit kepada budak-budak ni. Dia orang panggil Hazim sebagai papa." Puan Salmiah menerangkan sedikit sebanyak mengenai Hazim. Nadia terangguk-angguk mendengar penerangan Puan Salmiah. Rupa-rupanya Hazim merupakan seorang yang sangat baik hati dan sayangkan kanak-kanak. MasyaAllah mulianya hati Hazim. Nadia dan Puan Salmiah masuk ke dalam rumah. Nadia melihat Hazim sibuk melayan kanak-kanak itu seperti anaknya. Nadia tanpa sedar tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar di muka Hazim.
" Dah puas scan muka saya?" tanya Hazim yang berada di depan Nadia. Nadia tersentak. Ya Allah apa yang dia dah buat ni?
" Ma ... mana ada," kata Nadia sambil mengelakkan pandangan Hazim kepadanya. Dia tahu yang Hazim sedang tersengih kepadanya. Malam itu Nadia dan Hazim rancak berbual dengan anak-anak yatim itu. Salah seorang daripada mereka mula memanggil Nadia sebagai ibu. Nadia pada mulanya berasa agak sedih kerana dia teringat akan anak-anaknya. Malam itu, kanak-kanak perempuan tidur bersama Nadia walaupun pada mulanya Puan Salmiah melarang anak-anak itu menganggunya. Tapi Nadia tidak menolak pelawaan mereka untuk tidur bersamanya. Baginya dia suka dengan budak-budak itu.
Pagi itu, Hazim membeli nasi lemak buat mereka. Mereka sama-sama makan sambil berbual-bual.
" Nadia ... jom makan tengah hari sekali nak? Tapi makanan kampung sajalah. Kalau tak makan, nanti mama pergi beli makanan barat ya dekat bandar," ajak Puan Salmiah sambil tersenyum ke arah Nadia. Nadia mengangguk lalu tersenyum.
" Boleh saja mama. Tapi tak perlulah sampai pergi bandar belikan saya makanan. Saya pun asal orang kampung juga ... jadi saya makan saja makanan berasaskan kampung. Tambah-tambah kalau ada ulam-ulaman dan cabai tumbuk. Tambah pula dengan ikan kering. Ya Allah sedapnya." Nadia membayangkan yang dia sedang makan nasi dengan ulam-ulaman dan cabai tumbuk.
" Wah, itu makanan kegemaran mama tu. Nadia naik lah ke bilik dulu, biar mama masak ya," kata Puan Salmiah. Dia gembira apabila Nadia tidak memilih dalam bab makanan. Bukan apa pernah dia tawarkan kepada orang bandar dahulu makanan begini tetapi ditolak mentah-mentah.
" Eh tak perlulah mama. Saya boleh tolong masak juga. Saya suka masak makanan kampung ni," tolak Nadia perlahan. Dia tidak mahu duduk saja sambil melihat Puan Salmiah memasak.
" Tapi Nadia kan tetamu. Tak elok pula bila tetamu buat kerja. Tak apalah ... Nadia pergilah berehat. Petang ni dah masuk kerja kan?" arah Puan Salmiah. Namun Nadia tetap berkeras mahu menolong Puan Salmiah memasak. Akhirnya Puan Salmiah akur dengan kehendak Nadia. Nadia dan Hazim ada pergi ke pasar pagi tadi untuk memasak. Nadia memasak sambal ayam dan sedikit pencuci mulut buat anak-anak yatim itu. Anak-anak yatim itu bersorak kegembiraan melihat kek yang dibuat oleh Nadia. Nadia tersenyum melihat kegembiraan mereka.
Hazim yang duduk bersama Puan Salmiah tersenyum lebar. Puan Salmiah sebenarnya telah diarahkan oleh Nadia untuk duduk berehat dan biar dia yang memasak. Puan Salmiah hanya akur akan arahan Nadia. Dia amat suka dengan sikap Nadia yang tidak mementingkan diri. Nadia melayan anak-anak yatim itu seperti anaknya sendiri malah Nadia amat pandai memasak.
" Amboi Hazim. Senyum sampai ke telinga. Jangan duk tilik muka Nadia tu sangat . Kalau suka cepat masuk meminang. Mama pun berkenan kalau dia jadi jadi calon menantu," kata Puan Salmiah tersenyum. Hazim sekadar mengangguk dan tersipu malu. Akhirnya selepas makan tengah hari, Hazim dan Nadia pulang ke bandar kerana mereka perlu masuk kerja.
SKIP
Pembedahan Atiffa berlangsung pada hari ini. Nadia sudah bersiap sedia di bilik pembedahannya. Pembedahan berlaku selama 30 minit. Selepas siap, Nadia memberikan ubat yang perlu dimakan oleh Atiffa.
" Terima kasih Dr. Balqis. Sememangnya rawatan yang diberikan memang hebat. Muka saya kembali baik selepas pembedahan," kata Atiffa. Nadia mengangguk lalu menerangkan ubat-ubat yang perlu diambil.
" Ini ubat untuk makan pagi dan ini pula ubat untuk makan waktu malam. Jangan tertukar atau buruk padahnya," kata Nadia. Atiffa mengangguk faham lalu beredar keluar. Hazim masuk ke biliknya selepas Atiffa keluar.
" Macam mana? Dah berjaya burukkan muka dia?" tanya Hazim. Nadia menggelengkan kepala.
" Sebagai doktor sebenarnya tak baik buat begitu. Tapi tak bermakna saya tak balas dendam. Wajahnya akan luntur apabila terkena cahaya matahari kalau berada terlalu lama. Saya dengar dia nak jumpa Adam. Biar dia rasa sikit. Saya tak burukkan wajah dia cuma kembalikan wajah asalnya," kata Nadia sambil tersenyum. Hazim mengangguk dan mengangkat ibu jari atas perbuatannya.
***********
Jangan lupa vote ya!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Roman d'amour🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...