Bertemu

825 59 29
                                    

Malam itu seperti yang dijanjikan Nadia dan Adam berjumpa dengan Hazim di restoran 5 bintang di area kawasan perumahan mereka. Anak-anak ingin tinggal di rumah kerana ingin menonton cerita kartun mereka. Adam merasa sedikit cemburu kerana harini Nadia bersolek sakan.

" Wah Nadia, berseri eh malam ni" kata Hazim di meja makan.

" Haha mana ada, biasa je" kata aku tersipu malu. Bukan apa aku rasa sedikit la teruja sebab dah lama tak jumpa seniornya.Dulu selain Kamilia, Hazim la yang banyak bantunya.

" Adam , kau pon nampak kacak." puji Hazim dengan senyuman.

" Terima kasih, kalau isteri cantik, suami mestilah kacak kan sayang?" tanya Adam kepada aku.

" Mestilah hehe" kata aku sambil mengusap pipi Adam.

" Ahem, nak bersweet pon jangan la kat sini. Kesian aku" seloroh Hazim. Aku dan Adam sekadar ketawa kecil. Makanan tiba dan kami makan sambil berborak memori lama. Lebih tepat hanya Nadia dan Hazim yang berborak kisah lama. Adam hanya memasang telinga mendengar kisah-kisah lama mereka. Tak disangka isterinya amat hebat. Ketika itukan dia sudah bercerai dan saat Nadia kembali, dia tidak pernah tanya apa isterinya buat. Sekarang dia sudah tahu yang Nadia amat mahir dalam membedah pesakit. Paling tidak dipercayainya, isterinya pernah membedah isteri dan banyak VIP orang di sana.

" Tak sangka sayang hebat eh. Hm kalau sayang nak teruskan jadi doktor, abang izinkan" kata Adam. Sayanglah kalau dia tinggal.

" Hahaha abang ... habis sapa nak jaga anak-anak dan makan minum abang?" kata aku sambil menggelengkan kepala.

" Ala cari la bibik," kata Adam tersenyum.

" Dah tak payah mengada, sayang jadi suri rumah dan hati abang je lah, duduk saja je ... dapat duit plus kasih sayang hahaha" kata aku sambil mengenyitkan mata.

" Aduh, parahh ni. Tak sangka ye awak pandai bersweet macam ni. Aduh nak kawin lah" kata Hazim sambil ketawa. Aku dan Adam turut ketawa.

" Hm, bagus juga kau cari isteri. Bukan apa, sapa nak jaga makan minum kau. Bila demam ada orang teman, bila balik kerja ada orang sambut ... ha bagus oii. Cepat-cepat la nikah. Kau tu kacak, kaya, ada jawatan besar ... ha mesti beratur panjang punya." puji Adam.

" Hm Adam ... aku nak cari jenis Nadia, yang cintakan lelaki dengan ikhlas. Kalau berduit ni memang ramai, cuba kalau jatuh bankrup mulalah ramai pergi. Susah nak cari sama perangai dengan Nadia." kata Hazim. Adam mengangguk. Ada benar yang dikatakan oleh Hazim. Susah nak cari perangai sama dengan Nadia.

" Takpe lah wahai senior saya ... nanti awak dapat la tuh isteri yang baik macam saya." kata aku dalam nada gurauan yang dalam masa yang sama aku turut mendoakan dia. Selepas makan, aku meminta untuk mengundurkan diri. Bukan apa takut nanti anak-anak lapar pula. Tadi dah bungkus makanan dekat mereka. Adam dan Hazim bersalaman sebelum mengundurkan diri. Hazim juga meminta untuk mengundurkan diri memandangkan dia akan bergerak pulang ke hospitalnya. Kami pulang ke rumah yang disewa dan aku terus masuk ke bilik akibat keletihan. Biasalah orang mengandung ni jalan sikit pon dah penat.

Keesokan harinya ...

Kami berjalan di sekitar Cameron Highland dan pergi ke ladang teh. Aku membeli 10 kotak teh berlainan perisa untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Aku juga membeli buah tangan untuk Kamilia, mama papanya dan ayah Adam. Sewaktu kami duduk berehat meminum air teh sambil menikmati pemandangan hijau daun teh, seorang wanita menghampiri kami.

" Eh abang Adam! Tak sangka kita berjumpa kat sini." kata Aini. Aku mengalihkan pandangan ke arah wanita itu. Aini? Apa pula dia buat kat sini.

" Apa yang kau buat kat sini hah? Kau ikut kami ke?" tanya aku sedikit kasar. Tak sukalah. Ingatkan datang sini bolehlah tenangkan diri dari gangguan biawak ni.

" Tak baik kak Nadia tuduh macam tu tau. Lepas kejadian haritu, Aini nak hilangkan stres ... jadi Aini cadanglah nak datang sini. Tak sangka boleh terjumpa abang dan akak kat sini." kata Aini gembira.

" Sayang, kenapa kata macam tu. Tak baiklah. Nak buat macam mana dah terjumpa. Malaysia ni bukannya besar." tegur Adam.

" Ye la tu" kata aku mengalah. Tak baik lawan suami. Nanti masuk neraka.

" Ha Ariff, Arisa, Safia dan Haris ... akak ada belikan sesuatu! Ingat nak bagi lepas balik KL, tapi dah korang ada kat sini ... kakak bagi je la terus. Nah" kata Aini sambil memberikan setiap sorang kotak.

Mereka berempat terus membuka kotak itu.

" Wah, kasut Nike edisi terhad! Cantiknya ... terima kasih kak" kata Ariff gembira.

" Baju yang ditandatangani oleh Haqiem Rusli! Auu ... katanya benda ni terhad sampaikan dijual dalam masa 1 jam saja! Haritu Arisa dah order tapi tak sempat ... ahh thankyou akak Aini. Sayang akak" kata Arisa sambil memeluk baju itu. Aku menggelengkan kepala. Anak aku tu suka sangat Haqiem Rusli.

" Wah patung Barbie. Comelnya. Hai princess . Cantik macam akak lah" kata Safia pula.

" Banyaknya kereta mainan. Vromm Vromm Vromm " Haris bermain dengan kereta mainan yang dihadiahkan oleh Aini.

" Sayang, ucap apa dekat kak Aini?" tegur Adam.

" Terima kasih akak cantik," kata Haris sambil memeluk Aini. Aku membuat muka menyampah.

" Untuk abang Adam pon ada tau. Nah" kata Aini sambil memberikan satu beg kertas. Adam mengambil lalu membukanya. Terdapat jam tangan berwarna hitam jenama Rolex keluaran terbaru.

" Wau Aini. Cantiknya. Terima kasih eh. Wahh memang padan dengan abang." puji Adam. Aku membuat muka menyampah kali kedua.

" Hm untuk akak, maaf Aini belum jumpa yang sesuai tapi tadi Aini ada jalan-jalan kemudian nampak satu benda ni. Cantik sangat. Nah" kata Aini sambil memberikan jambangan bunga mawar berwarna putih kepada aku.

" Mesti akak tahu kan makna bunga ni kalau beri dekat seseorang di London?" kata Aini dengan senyuman manisnya.

Aku terdiam. Ye ada makna tersendiri. Di Malaysia mungkin tiada makna yang tersirat tetapi jika seseorang memberikan sejambak bunga mawar berwarna putih ia menandakan 'cerai' di London. Bunga mawar putih melambangkan perdamaian melalui penceraian kepada pasangan di sana. Aku tersenyum sinis.

" Terima kasih atas bunga yang cantik ni. Tapi aku rasa apa yang kau fikirkan tu langsung tak ada kaitan dan akal. Setakat kau hadiahkan barang yang keluaran terhad atau terkini kepada anak-anak dan suami aku ... aku boleh beli lagi mahal dari barangan yang diberikan oleh sampah masyarakat macam kau ni. Ingat satu benda ni. Adam est mon droit ( Adam hak aku). Mesti kau faham kan apa aku cakap? sebab haritu aku dengar kau ada berbual dengan seseorang guna bahasa Perancis. Kau ingat aku tak belajar hm?Dah abang, jom gerak bilik. Kita pulang harini juga. Sayang ada appointment dengan doktor. Jom" kata aku sebelum berdiri.

Adam tanpa berkata apa-apa turut berdiri. Sebelum bergerak ke kereta, Adam memohon maaf atas kebiadapan isterinya. Selepas mereka pergi, Aini menggenggam jarinya.

" Kau tunggu Nadia. Rancangan aku dah hampir tiba. Sekejap sahaja lagi dan kau akan berambus dari rumah tu. Adam dan harta Adam akan jadi milik aku sepenuhnya." kata Aini perlahan.

*********

Jangan lupa vote! Nah teaser bab seterusnya! 

Prang

Sedang seronok berbual tiba-tiba kami terdengar bunyi bising di bahagian dapur. Bunyi seperti tingkap pecah.

" Kau dengar tak apa aku dengar?" tanya aku kepada Kamilia.

" Dengar. Macam bunyi kaca atau tingkap pecah kat dapur" jawab Kamilia. Waktu ni aku memang rasa tak sedap hati. Telefon aku pula dekat bilik atas.

" Jom tengok, ada apa"ajak Kamilia. Aku mengangguk tanda setuju. Kami berdiri lalu berjalanperlahan-lahan ke dapur. Kami akan terkejut apabila melihat serpihan tingkapyang pecah di atas lantai. Aku menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi.Alangkah terkejutnya apabila ada seorang lelaki yang bertopeng hitam ada didepannya. Aku menjerit ketakutan. Lelaki itu menarik kuat rambutku sehinggakanaku dapat merasakan terdapat sebahagian rambutku tercabut.

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now