Adam ke hulur ke hilir di depan bilik kecemasan. Tadi Sofea dan Alya telah datang untuk menjaga anak-anaknya. Mujurlah ada mereka yang boleh membantu. Nadia dan Kamilia dimasukkan ke wad kecemasan dan sudah 3 jam mereka di dalam sana. Seorang doktor lelaki keluar daripada bilik kecemasan itu. Adam terus meluru ke arah doktor itu.
" Macam mana dengan keadaan isteri saya? anak saya? Kawan saya?" tanya Adam bertubi-tubi.
" Isteri encik selamat ... begitu juga dengan kandungannya. Kawan encik, Kamilia juga stabil. Nanti encik boleh lawat mereka selepas dipindahkan ke wad normal." kata doktor lelaki itu. Adam mengucapkan syukur.
" Pindahkan mereka ke bilik yang sama. VVIP ye." kata Adam tersenyum. Doktor itu mengangguk lalu berjalan pergi.
SKIP
" Sayang okay? Nak makan apa-apa? Ada sakit kat mana-mana tak?" tanya Adam. Aku ketawa kecil. Adam mencebik. Orang risau dia ketawa pula.
" Okay lah, kan doktor cakap sayang okay, baby pon okay. Kamilia macam mana?" tanya aku risau.
" Kamilia selamat. Dia sedang berehat." kata Adam. Aku mengangguk lemah. Nasib baik ada Kamilia kalau tak mesti nyawa dia dan anaknya melayang.
" Cuba cerita apa yang terjadi," pinta Adam sambil memegang tangan aku kemas.
" Tak tahu lah, sayang dan Kamilia sedang khusyuk bersembang dan tiba-tiba ada bunyi macam tingkap dipecahkan. Sayang nak telefon abang tapi telefon pula duk atas rumah. Kamilia ajak la sayang pergi tengok dan tiba-tiba ada sorang laki berpakaian hitam dan bertopeng dekat belakang sayang. Dia tarik rambut sayang, tumbuk dan tendang kami berdua. Malah Kamilia hampir-hampir dirogol dan mati demi selamatkan sayang. Mujur abang balik waktu tu." cerita aku.
" Allahuakbar. Nasib baik ada Kamilia. Kita terhutang budi dengannya." kata Adam. Aku mengangguk.
"Kalau tiada Kamilia, anak kita mesti dah tiada" kata aku. Aku sebenarnya dapat merasakan kelahiran kali ni sedikit istimewa. Mungkin nanti Adam dah berjanji yang dia akan menemaninya.
" Dah la sayang rehat, abang pergi tengokkan anak-anak. Kesian Sofea dan Alya jaga mereka." kata Adam sambil mencium dahiku. Aku mencium tangan Adam lalu memejamkan mata.
***********
" Apa yang kau buat hah? Kenapa perempuan tak guna tu tak gugur? Yang kau pergi gedik sangat nak rogol perempuan tu dah kenapa. Aku kata GUGURKAN bayi tu je." amuk Aini.
" Ma ... maaf puan" kata lelaki itu. Dia memanggil Aini dengan gelaran puan kerana disuruh oleh Aini. Katanya dia bakal menjadi isteri orang.
" Bodoh, tak tahu buat kerja. Ikut nafsu kau je. Tak guna betul. Habis rosak rancangan aku. Dah sekarang kau boleh pergi mampus" kata Aini sambil mengacukan pistol tepat di kepala lelaki itu. Dia menarik picu lalu pecah berderai kepala lelaki itu. Otaknya hancur dan matanya terbeliak dengan luas. Aini menghembuskan nafas lalu menyuruh anak buahnya yang lain, mencuci mayat itu.
" Sekarang, aku yang kena buat semua benda. Benda senang pon susah nak buat. Kau tunggu Nadia. Anak dalam kandungan tu perlu dihapuskan. Begitu juga dengan anak-anak kau yang lain. Sebab? Harta Adam boleh menjadi hak anak-anaknya dan dia taknak benda tu terjadi. Hanya dia seorang sahaja yang layak!" katanya perlahan sambil menggenggam jarinya. Dia tersenyum saat idea datang di dalam fikirannya.
********
" Puan Nadia, puan rasa bagaimana sekarang?" tanya seorang doktor.
" Alhamdulilah, baik." kata aku semangat. Bukan apa dia rindukan anak-anaknya disamping dia rasa sangatlah bosan di hospital ini. Kamilia sudah sedar semalam. Walaupun keadaannya lemah tetapi dia mengenali semua orang. Kamilia diminta untuk berehat dan dipantau oleh doktor terlebih dahulu.
" Baiklah puan, puan boleh rehat untuk harini. Esok puan dah boleh balik. Nanti nurse akan datang untuk tambah air ye sebab badan puan kekurangan air." kata doktor itu sambil mencatit sesuatu di kertas. Aku sekadar mengangguk. 5 minit kemudian, seorang juru rawat masuk ke biliknya. Aku hanya mengabaikannya kerana doktor sudah memberitahu tentang kehadiran juru rawat ini. Aku membiarkan dia membuat kerja-kerjanya sambil aku menscroll instagram. Aku terpandang tangannya yang mempunyai tahi lalat di bahagian kiri tangannya. Orang kata sapa yang ada tahi lalat di tangan kiri ni manis orangnya.
Selepas 5 minit, juru rawat itu pergi tanpa beramah mesra. Amboi berlagaknya. Aku hanya membiarkan sahaja perkara itu terjadi namun tidak lama kemudian seorang juru rawat masuk lagi ke bilik aku.
" Selamat pagi puan, saya akan tambahkan air ye," kata juru rawat itu sambil tersenyum. Aku tersenyum lalu mengangguk. Kemudian aku baru sedar sesuatu perkara yang pelik.
" Eh kejap, tadi dah ada nurse yang datang masukkan air." kata aku.
" Erm, saya ditugaskan oleh doktor yang rawat puan untuk tambahkan air. Saya tak suruh pon sesiapa gantikan saya," kata juru rawat itu. Aku semakin pelik. Baru beberapa minit ja benda tu berlaku. Tiba-tiba perutnya berasa sangat sakit. Aku memegang perutku. Juru rawat itu terkejut akibat aku menjerit.
" Sakit ... nurse , sakit" kata aku merintih kesakitan. Juru rawat itu segera memanggil doktor dan menyuruh juru rawat terlibat membawa aku ke dewan pembedahan.
*******
Adam sedang menikmati hidangan paginya. Namun panggilan telefon yang berbunyi mematikan seleranya. Dia mengangkat telefon itu dengan perasaan berdebar.
" APA?" kata Adam sedikit kuat. Adam terus meletakkan telefon lalu segera mengambil kunci kereta dan meluru ke hospital. Dia membawa laju menyelusuri jalan. Sesampai sahaja di hospital dia menunggu di hadapan dewan pembedahan. Selepas 10 minit menunggu, seorang doktor keluar dari dewan pembedahan.
" Encik Adam? Mari jumpa saya di pejabat." kata doktor bernama Siti itu. Adam mengikut langkah doktor Siti dengan hati yang berdebar-debar.
" Macam mana dengan isteri dan anak saya?" tanya Adam sudah tidak mampu bersabar.
" Isteri encik selamat ... tapi ..."
" TAPI APA" kata Adam sedikit kuat.
" Anak encik tidak dapat diselamatkan." kata doktor Siti perlahan.
" A ... pa? KAU CAKAP APA" amuk Adam. Doktor Siti gugup.
" Sabar encik, biar saya terang."
Adam kelihatan lebih tenang.
" Kandungan puan Nadia tidak dapat diselamatkan kerana seseorang telah masukkan cecair misoprostol, cecair yang mampu menggugurkan bayi dalam kandungan. Menurut saksi yang merupakan juru rawat kami, Puan Nadia ada beritahu yang seseorang telah memasuki biliknya. Puan Nadia kata dia ingatkan seseorang yang berpakaian juru rawat itu masuk untuk memasukkan air kerana saya ada beritahu juru rawat hospital kami untuk memasukkan air ke dalam badan puan Nadia. Jadi puan Nadia hanya mengabaikannya dan membiarkan dia membuat kerja padahal dia bukanlah orang yang saya suruh. Kami sedang menyiasatnya. Harap encik dapat bersabar" terang doktor itu.
" Bodoh! MACAM MANA DIA BOLEH MASUK. TU BILIK VVIP TAU BUKAN WAD BIASA. MANA SEKURITI. CURI TULANG KE?" amuk Adam. Doktor sedikit terkejut dengan suara Adam yang tinggi.
" Ha ... harap encik dapat bersabar, encik boleh keluar sekarang. Nanti isteri encik dah sihat, kami akan masukkan ke wad biasa." kata doktor itu terketar-ketar.
Adam meraup kasar rambutnya. Ya Allah, kau tenangkan lah hati aku dan kau berilah kekuatan kepada isteriku.
**************
Hm. Jangan lupa vote!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...