Sedih

942 60 14
                                    

Amaran : Sediakan tisu. Hehe! Enjoy!


Adam duduk di sebelah isterinya, menantikan Nadia untuk bangun. Dia memegang tangan Nadia kemas kerana dia tidak kuat menghadapi dugaan ini. Sebentar tadi doktor ada beritahu satu berita buruk yang dia tidak dapat menerimanya. Kata doktor, kesan ubat itu terlalu kuat dan banyak dicampur dengan bahan lain yang menyebabkan Nadia menjadi mandul. Saat dia menerima perkara itu, dia jatuh dan menangis sekuat hati. Biarlah orang nak kata apa, biarlah orang nak lihat dia menangis.

" Sayang, harap sayang kuat menempuh segala cabaran ni." kata Adam sambil mencium tangan Nadia berkali-kali.

Pintu bilik Nadia terbuka. Kelihatan papa, mama, Alya dan Sofea datang bersama-sama dengan anak-anak Adam.

" Adam, kau pergi la berehat dulu. Awie dan Aiman ada kat luar. Biarlah kami jaga Nadia dulu." kata Alya. Sebentar tadi Adam ada menelefonnya dan memberitahu perkara buruk itu. Sudahlah jatuh ditimpa tangga pula, sudahlah gugur malah menjadi mandul pula. Sumpah dia tak akan maafkan perilaku yang buat perkara terkutuk itu!

Adam menggelengkan kepala. Dia nak berada di samping Nadia.

" Adam, biar mama jaga Nadia. Kamu pergi mandi dan makan dulu. Kemudian pergi berehat. Nanti Nadia dah sedar, mama akan telefon" kata Engku Raisha.

" Papa, pergilah berehat dulu. Biar Ariff dan Arisa jaga adik-adik. Kesian papa" kata anak sulungnya, Ariff. Adam bangun lalu mencium anak-anaknya bermula dari Ariff, Arisa, Safia dan Haris.

" Papakan kuat. Papakan Ultraman. Ultraman mana boleh nangis." kata Haris sambil mengelap mata papanya.

" Sabar ya, ini dugaan dari Allah. Papa harap kamu tabah. Oh ya, mana ayah kamu?" tanya ayah mertuanya.

" Terima kasih pa, ayah dalam perjalanan. Nanti dia sampai la tu." kata Adam lalu menyalami mertuanya. Dia segera keluar dan bertemu dengan Awie dan Aiman.

" Harap kau tabah bro, aku tahu kau kuat," nasihat Awie. Aiman memeluk Adam memberi 'semangat' dan 'kekuatan'. Adam menangis teresak-esak. Tengku Airil tiba 2 minit selepas itu. Dia memeluk anaknya menyalurkan kekuatan. Tiba-tiba, Alya memanggil Adam mengatakan Nadia sudah sedar. Adam dan semua yang berada di luar masuk untuk menjenguk Nadia.

" Sayang, sayang dah sedar? Ada sakit dekat mana-mana?" tanya Adam risau. Nadia membuka mata perlahan-lahan. Tengkuknya berasa sangat sakit dan haus.

" A ... air" kata Nadia tersekat-sekat.

Adam segera menuangkan air ke dalam gelas dan mengangkat kepala Nadia sedikit lalu menyuakan air. Nadia meneguk air dengan laju. Adam mengelap sisa air di mulut dan pipi Nadia.

" Abang, kenapa semua ada kat sini?" tanya Nadia pelik. Dia melihat di dalam bilik itu, ada Alya, Awie, Sofea, Aiman, mama papanya, ayah mertuanya dan anak-anaknya.

" Mereka lawat sayang lah," jawab Adam sambil mencium tangan Nadia berkali-kali. Sebolehnya dia tidak mahu mengeluarkan air mata. Namun tidak berjaya, air mata Adam tetap keluar. Nadia semakin bingung, kenapa suaminya nak menangis?

" Abang kenapa menangis ni? Oh ya, abang tahu tak sayang dah fikir nama untuk anak kita. Kalau lelaki sayang nak letak nama Tengku Uzair Rizqi ... kalau girl nak letak nama Tengku Adella Balqis. Sedap kan nama tu? Kan abang?" tanya Nadia. Namun apa yang dia dapat adalah reaksi yang berbeza. Semua orang menundukkan kepala ke bawah. Adam pula semakin menangis.

" Sa ... sayang, sebenarnya an ... anak kita dah ... tiada." kata Adam perlahan. Nadia mengerutkan dahi.

" Hah? Apa abang mengarut ni. Abang nak buat prank eh? Sayang tahu. Tapi janganlah sampai bawa anak dalam isu ni, tengok ni anak kita kan dalam perut sayang. Meh sini tangan abang. Haa rasa tak? Dia tendang?" kata Nadia sambil memegang tangan Adam ke perutnya. Yang lain hanya menyaksikan perbualan mereka berdua. Tidak mahu menyampuk.

" Sayang, dah takdak ... tsk ... sayang kena kuat okay?" pesan Adam.

" Apa abang mengarut ni, ni ha – " Nadia terdiam. Kenapa dia tak dapat merasakan apa-apa. Malah perutnya sedikit kempis.

" Mana anak kita abang? Abang?" tanya Nadia berkali-kali.

" Sayang kena kuat, kena tabah. Sayang dah keguguran, dan ... sayang dah tak boleh lahirkan anak lagi selepas ini ... dalam erti kata lain, sayang mandul " kata Adam sambil mengusap tangan Nadia. Nadia bernafas laju.

" Mana anak aku, mana anak aku" Nadia meracau berulang kali. Nadia tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh suaminya. Adam memeluk Nadia sambil menangis. Doktor masuk ke bilik dan memberikan ubat suntikan penenang. Nadia perlahan-lahan berhenti meracau dan matanya perlahan-lahan tertutup. Air matanya sempat keluar sebelum dia tertidur. Alya dan Sofea terus menangis di samping suami mereka. Tidak tahan melihat situasi begini. Anak-anak Adam sudah dibawa keluar tadi oleh papa mama Nadia.

**********

" Puan Nadia dah dibenarkan pulang. Pastikan dia tidak membuat sebarang kerja rumah. Jangan serabutkan fikirannya dan biarkan dia sentiasa tenang. Kalau ada apa-apa masalah boleh jumpa saya terus. Untuk kawan encik, Puan Kamilia sudah boleh pulang minggu hadapan. Biarkan dia berehat untuk seminggu ini." kata doktor. Adam mengangguk. Adam membawa Nadia pulang menggunakan kerusi roda. Anak-anaknya dijaga oleh mertuanya sebentar sehinggalah Nadia sudah menjadi tenang. Kata doktor, Nadia mungkin akan mengalami kemurungan sebentar. Sebelum pulang, Adam membeli sedikit barangan di kedai yang ada di hospital. Dia meninggalkan Nadia sebentar di luar memandangkan keadaan di dalam kedai agak sempit. Selesai Adam membayar, terdengar ada budak menangis di luar. Adam segera keluar dan melihat Nadia memegang anak patung dan seorang budak menangis teresak-esak.

" Sayang kenapa ni? Adik kenapa ni?" tanya Adam.

" Makcik ni ambil patung sayaaaa ... huarghhh ... tsk " nangis budak itu. Adam menggelengkan kepala.

" Sayang, kenapa ambil anak patung adik kecil ni. Bagi balik." arah Adam.

" Taknak. Ni anak aku. Jangan ambil anak aku" kata Nadia sambil memeluk erat patung itu sambil menggelengkan kepala. Budak itu semakin kuat menangis. Adam terpaksa merampas patung itu lalu memberikan kepada kanak-kanak itu. Nadia mengamuk.

" Shuh, abang pergi ambilkan anak kita okay?" kata Adam lembut. Nadia berasa sedikit tenang dan mengangguk. Adam masuk ke kedai itu semula dan membeli anak patung perempuan lalu memberikan kepada Nadia.

" Anak kita perempuan ke? Ala comelnya, sayang Balqis ... alolo comelnya dia" kata Nadia yang menganggap patung itu sebagai anaknya. Adam dengan menahan air mata terus menolak kerusi roda itu ke keretanya.

***********

Ada yang menangis ke tu? Jangan lupa vote!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now