Lakonan II

861 59 64
                                    

" ENGKU NADIA EMELDA BINTI ENGKU HAQIEM ... Abang tak ajar sayang untuk kurang ajar. Dan kau Kamilia, tolong buat baik sikit ye dengan orang. Jangan sebab kau tudung labuh, kau boleh rendah-rendahkan orang. Sekarang minta maaf. " arah Adam. Aku tercenggang.

" Abang, abang percayakan lakonan perempuan ni dari isteri abang? Dan untuk pengetahuan abang, abang takde hak untuk marahkan Kamilia kerana Kamilia langsung tak bersalah dalam hal ini. Yes sayang mengaku yang sayang tolak dia. Tapi bersebab. Sebab dia maki hamun Kamilia dan sayang serta naikkan tangan untuk tampar Kamilia. Sayang dan Kamilia tak akan minta maaf dekat dia. Bukan salah sayang. Dia yang mulaka dulu." Aku cuba membangkang. Aku genggam tangan Kamilia dengan kemas untuk salurkan semangat.

" Takpelah abang Adam, semua salah Aini. Aini yang datang sini dulu. Kalau Aini tak datang mesti semua perkara ni tak akan terjadi. Aini ... minta maaf uhuk uhuk ... tsk ... maaf ye. Aini pulang dulu" kata Aini masih dalam lakonan.

" Sekejap Aini, sayang ... Kamilia ... minta maaf dan benda ni settle." kata Adam.

Aku menggelengkan kepala. Aku melihat Kamilia sambil menggelengkan kepala menandakan aku tak setuju.

" Dah la . Kita selesai dengan baik. Kita minta maaf ye" kata Kamilia memberi nasihat.

" Jangan ... orang macam dia perlu diajar. Biarkan" kata aku sambil memandang tajam ke arah Aini. Kadang kala dia tersenyum sinis kepadaku.

" MINTA MAAF SEKARANG ! " tegas Adam lagi. Aku tetap dengan keputusan aku untuk tidak meminta maaf. Aku nak dia mengaku benda betul dulu baru aku minta maaf.

" Sayang tak akan minta maaf. Sayang nak dia cerita perkara sebenar. Selagi tak cerita selagi tu sayang tak akan minta maaf. Semua air mata tu sekadar fake semata-mata. " marah aku dengan hati yang berbara-bara.

" Takpelah abang Adam. Aini ni semua salah apa yang Aini buat. Mungkin di mata Kak Nadia, semua salah. Takpe abang hehe. Aini okay la jangan risau. Salah Aini juga datang rumah orang yang dah nikah macam ni. Aini balik dulu eh. Aini naik teksi ja. Tadipon naik kereta dengan abang" kata Aini meneruskan lakonan.

" Sayang, please minta maaf dan benda ni akan selesai dengan baik. Abang taknak gaduh dengan sayang. Sayang tahukan abang ni cintakan sayang. Jangan sampai ...

" Jangan sampai apa? Abang nak tampar saya? Nak halau saya? Nak maki saya ? Nak ceraikan saya?" kata aku sudah tidak boleh menahan sabar.

" Tak, sekarang ni ... apa yang sayang tak suka sangat dekat Aini?" tanya Adam sambil mencekak pinggang.

" Dia tu penipu dan pandai putar belit ayat. Dia tu sebenarnya nak rampas abang. Kalau tak percaya, tanya Kamilia"

Kamilia dalam serba salah.

" Betul tu, saya sendiri dengar apa yang Aini cakap. Sumpah demi Allah, saya tak maki dia. Dia yang serang saya dulu ... tapi saya nak minta maaf kat Aini kalau kata-kata saya mengguris hati awak. Saya mohon diri dulu" kata Kamilia.

" Jangan Kamilia. Kalau kau minta maaf bermakna kau mengaku kesalahan kau. Jadi jangan minta maaf dekat perempuan munafik ni. Biar dia mengaku depan-depan kita baru kita minta maaf" kata aku. Namun Kamilia tidak mengendahkannya.

" Takpe Nadia, kita buat salah atau tak buat salah, kita minta maaf ja. Tak salah pon" nasihat Kamilia.

" Memang tak salah. Tapi perempuan ni akan fikir dia menang dan nanti dia akan makin naik kepala lagi. Nanti mulalah dia akan kata macam-macam dekat kau" hambur aku di depan perempuan tua tu.

" Astagfirullah .... mengucap kak Nadia. Tak kan la saya nak mengata atau memfitnah pula orang lain. Kan tu berdosa besar" kata Aini. Menyampah !

" Eh kau diam la, tak fitnah konon. Habis ni apa? DAH LA AINI, PERGI DARI HIDUP KAMI. PLEASE ." kata aku dengan lantang.

" NADIA EMELDA" panggil Adam sekali lagi.

" Cukup abang ... cukup ... kalau terus lagi macam ni ... sayang takut kita gaduh besar maka tercapailah hasrat perempuan ni nak tengok kita bergaduh. Mesti tu impian dia. Dah! Yang pasti selagi dia tak cerita perkara sebenar, selagi tu sayang tak akan minta maaf dan tak akan memaafkannya. Kalau abang sayang sangat dengan dia, telefon teksi suruh hantar. Abang jangan hantar dia. Tah – tah nanti menggedik pula dalam kereta. Kalau abang sayangkan sayang, buat apa yang sayang suruh." arah aku . Adam menyerabutkan rambut. Stres!

" Takpe abang Adam, Aini okay ja. Abang telefon teksi untuk Aini eh. Abang ikut la ISTERI abang ni." kata Aini sambil mengelap air mata palsunya. Dia tersenyum kelat.

" Maafkan isteri abang eh dan maafkan abang juga. Mungkin sebab akak Nadia kamu ni mengandungkan ... mungkin sedikit emosi. Jadi nanti akak Nadia minta maaf eh." pujuk Adam.

" Never! Selagi tak cerita perkara sebenar, selagi tu sayang tak akan minta maaf. Dan abang tak perlu minta maaf. Bukan salah abang. Dah cepat telefon dan bawa dia pergi. Panas dekat sini. Ada syaitan banyak" sindir aku sambil menjelingnya.

Adam akur lalu berjalan keluar bersama Aini turun ke bawah. Namun Aini naik semula ke atas dengan alasan tertinggal beg tangan. Adam mengangguk lalu turun ke bawah terlebih dahulu untuk menelefon teksi.

" Jangan ingat aku dah kalah ye. Aku akan pastikan kau jatuh dan Adam jadi hak aku" kata Aini kepada aku.

" Kau pergi sekarang atau aku tendang kau sampai mati" kata aku. Aini menjelir lidah lalu memberi senyuman sinis lalu turun ke bawah. Aku melepaskan keluhan besar. Aku mengurut kepalaku yang rasa berat ni. Stres!


********

Fuh ingat Adam ceraikan Nadia. Nasib baik tak. Bengang eh dengan Aini. Ew geram. Jadi author bagi double update hehe. Jangan lupa vote!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now