Perangai

2K 88 24
                                    

" Amboi, hebat noh anak mama berucap tadi hehe." Aku memuji anakku yang berusia enam tahun ini.

" Terima kasih mama. Sayang mama" kata Haris gembira.

" Sama-sama sayang. Ha Alya, Sofea mana anak-anak kau? Mana Awie dan Aiman?" Pelik juga selalu melekat ja suami isteri.

" Hahaha. Suami aku dan Sofea jaga anak la. Sekarang ni masa untuk luangkan dengan kau ja. Aku nak gosip weyh. Dah lama tak membawang ha. Semua pakat sibuk" kata Alya. Alya dan Awie dikurniakan anak kembar, Tengku Hafiz dan Tengku Amirul manakala anak Sofea juga sepasang. Seorang namanya Tengku Safia dan seorang lagi Tengku Iman. Alya sudah katakan tidak untuk menambah anak manakala Sofea sedang hamil anak ketiga. Tak dinafikan kami sibuk menguruskan hal masing-masing. Rindu zaman sekolah dulu, bebas dan tidak ada tanggungjawab yang perlu dipikul.

" Papa, mana mama? Afiz nak pi kat mama" rengek Hafiz. Hafiz dan Amirul berumur 5 tahun.

" Shuh, mama tengah membawang dengan mama Sofea dan mama Nadia" pujuk Awie.

" Papa, pe tu meawang?" tanya Amirul polos.

" Membawang tu, maksudnya mama Amirul dan Hafiz sedang bercerita pasal anak-anak mereka yang comel ni dengan mama Sofea dan isteri uncle " sampuk Adam. Hm tak tahu la kenapa diorang tak panggil Adam dengan gelaran papa mungkin itu cuma untuk papanya, Awie.

" Isteri Afiz lah. Bukan isteri uncle bucuk! " kata Hafiz dengan pelatnya.

" Hey, berapa banyak kali uncle nak cakap, tu isteri uncle!"

" Isteri Afiz"

"Uncle"

" Afiz"

" Hey jangan gaduh sayang. Alolo" Aku datang selepas mendengar pergaduhan kecil daripada suamiku dan anak Alya.

" Hai cayang" sapa Hafiz

Aku ketawa kecil. Alahai comelnya.

" Sayang. Sekarang ni sapa suami sayang?" tanya Adam.

Aku ternganga. Apakah? Suamiku dah kenapa tanya soalan bangang macam ni.

" Cayang, isteri Afiz kan" tanya Hafiz sambil menayangkan gigi putihnya.

" Hafiz! tu isteri uncle lah!" kata Adam tidak mahu mengalah

" Bapak ah. Macam budak-budak. Bising betul korang ni. Anak-anak aku dah terjaga dah!" marah Aiman. Mana tidaknya, bisingnya sehingga anak-anaknya terjaga daripada tidur. Nanti dia yang kena jaga.

Aku menggaru kepala. Adohai.

" Isteri Afiz kan" Hafiz membulatkan matanya. Alaa comelnya arrr.

" Ye, isteri Afiz. Handsome boy"

Adam membuat muka. Ish! Tak kan dia kalah dengan budak? Dia bertambah geram dengan jelingan dan jeliran lidah yang diberikan oleh Hafiz. Ish budak ni!

" Nasib baik Amirul baik" puji Adam.

" Isteri mirul, mama Sofea hehe" Amirul tersengih sambil menunjukkan tanda 'peace'

" Hoi budak. Nak kena ka" Aiman mula bersuara. Amboi ada hati nak rampas bini aku budak ni

" Biy, budak ja pon" kata Sofea cuba memujuk.

Aku melihat suamiku. Ya Allah, cemberut ja muka.

" Abang, jangan la merajuk dengan budak kecil. Budak ja tu." Aku cuba memujuk suamiku. Alahai gediknya suamiku. Mengada mengalahkan budak-budak.

" Abang...janganlah merajuk hm...sayang isteri abang semalam, harini, esok dan selama-lamanya" kata aku dengan suara menggoda. Rawr.

Adam menelan air liur. Cair ni!

" Hm nak kiss!" kata Adam tersengih. Aku menampar lembut bahu Adam. Ee gatal! Nak kena cubit ni.

Adam seperti sudah berbau dengan ancaman 'ketam' daripada Nadia. Dia terus melarikan diri. Aku apa lagi terus mengejar suamiku tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Maka berlakulah aktiviti kejar mengejar di dalam dewan itu. Ariff, Arisa dan Safia menggelengkan kepalanya.

" Abang, berhenti sekarang!"

" Taknakkk, sayang nak cubit. Sakit" kata Adam.

" Berhenti sekarang atau bila sayang dapat nanti, lagi teruk sayang lakukan"

" Taknak." Adam melawan. Memang tak la nak berhenti.

Aku berlari sepenuh hati. Jangan lupa, aku ni atlet lari. Satu saat, dua saat dan dapat.

" Aduh, aduhh sakit...sayang." Adam menahan sakit apabila isterinya menarik telinganya. Aduh bertambah sakit lagi apabila dia dicubit di perut. Ini kakak pengawas garang bukan abang pengawas garang!

Yang lain hanya ketawakan perangai Adam dan Nadia. Ada yang menggelengkan kepala. Haih!

******

"Jom balik rumah ayah" ajak Adam. Aku hanya sekadar mengangguk tanda setuju. Tengku Airil sekarang sedang sakit. Nasib baik ada bantuan Mak Temah yang menjaganya dari masa ke masa.

Perjalanan mengambil masa selama 15 minit.

" Assalamualaikum, ayah" panggil Adam.

" Waalaikumusalam, Adam? Nadia? cucu-cucu tokwan mana" kata Tengku Airil lemah.

" Hai Tokwan, kami ada ni hehe. Tokwan rindu kami ye" kata Safia

" Hai Safia, cucu tokwan. Mestilah tokwan rindu. Cucu tokwan paling manja ni" kata Tengku Airil gembira.

" Habis tu, Ariff?" kata Ariff tiba-tiba.

Arisa pula hanya menjeling abangnya. Gedik.

" Ariff dan Arisa pon cucu kesayangan tokwan lah" Tengku Airil ketawa kecil. Alahai.

" Haris?" tanya Haris pula sambil menayangkan gigi putihnya.

"Alah dia pon nak juga" kata Arisa malas. Alahai bosannya hidup ni. Tak habis-habis cemburu sesama adik beradik.

Mereka hanya ketawa dengan kata-kata Arisa. Sememangnya Arisa mengikut perangai ayahnya dahulu kala. Seorang yang panas baran dan keras kepala.

" Ayah sihat?" tanya aku sambil mengeluarkan bubur ayam, makanan kegemaran ayah semasa sakit. Katanya masakan aku sedap.

" Hm, macam tu lah. Bagaimana dengan kehidupan kamu? Adam ada buli tak? tanya Tengku Airil sambal menjeling anaknya.

" Ayah! mana ada orang buli dia. Ash sayang dekat dia sangat-sangat" kata Adam tersenyum. Aku tersenyum kecil dengan jawapan itu.

" Kalau sayang, andai nanti ayah sudah tiada, jaga dia baik-baik. Jangan bagi dia rasa sedih faham?" nasihat Tengku Airil. Bukan apa dia taknak sejarah lama berulang kembali.

" Insya-Allah ayah, Ash akan jaga dia dengan baik" kata Adam sambal memegang tangan tua ayahnya.

" Ayah, jom makan. Nadia ada bawakan bubur ni. Mak Temah ada telefon yang ayah tiada selera makan kan, jadi Nadia masakkan bubur" Aku membuka penutup lalu menyuapkan bubur dengan perlahan-lahan. Ditiup terlebih dahulu sebelum menyuapkan kembali. Adam yang melihat terasa sebak, anak sendiri tidak melakukan apa-apa untuk ayahnya.

" Malam ni ayah nak makan apa? Nadia nak masak"

" Ayah teringin nak makan masak cili padi ayam. Boleh ka? kalau menyusahkan Nadia, sokaylah takpa" Tengku Airil tersenyum kelat.

" Eh, apa pula tak boleh. Bolehlah. Nanti Nadia masakkan ye"

" Terima kasih Nadia" kata Tengku Airil tersenyum. Seronok dapat menantu yang baik ni.



**************

Done bab 2! Support okay! Tekan la vote tu hm!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now