Nadia menunggu kepulangan Adam dan Kamilia. Selepas hampir 1 jam mereka pergi ke klinik, akhirnya mereka pulang. Apa yang Nadia lihat adalah reaksi mereka yang gembira?
" Apa yang macam gembira ja tuh? tanya Nadia di depan pintu.
" Aku mengandung! We alhamdulillah," ucap Kamilia gembira. Akhirnya doanya termakbul.
" Ye ke? Alhamdulillah. Dah berapa bulan?" tanya Nadia gembira.
" Baru lagi. Aku rasa gembira we. Ya Allah, akhirnya aku ada anak we," kata Kamilia gembira. Nadia turut berasa gembira. Akhirnya Adam akan mempunyai anak lagi.
" Tahniah abang, alhamdulillah doa saya dimakbulkan" ucap Nadia sambil memandang Adam. Namun Adam mengabaikan kata-katanya.
" Sayang, kena jaga baik-baik tau kandungan ni. Mana tahu ada orang cuba bunuh pula nanti. Kesian anak kita. Dah la ada isteri ni ja yang mampu lahirkan anak abang, " kata Adam cuba menyindir Nadia. Nadia tersenyum kelat. Dia tahu Adam berkata begitu untuk menyakitkan hati dia.
" Abang, apa cakap macam tu. Tak baiklah. Janganlah ... tak baik lukakan hati orang lain," nasihat Kamilia. Kamilia tersenyum lalu mengheret Nadia ke biliknya. Dia nak bertanya kepada orang pakar dalam bab-bab jaga anak ni.
Malam itu selepas makan malam, Nadia menyuruh anak-anaknya untuk naik ke atas kerana dia ingin memberitahu sesuatu kepada Adam dan Kamilia.
" Ada apa? Jangan ganggu aku boleh tak? " kata Adam malas ingin melayan.
" Saya ada benda nak cakap, ini penting." Nadia berkata walaupun mendapat jelingan daripada Adam.
" Ada apa Nadia? Ceritalah," kata Kamilia lembut.
" Sebenarnya Aini tu ... Atiffa. Abang tahu tak haritu dia datang dan dia kata dia tu Atiffa. Memang pada awalnya saya tak percaya tapi dia ada sebut pasal arwah Ilyas dan nama penuh kawan-kawan kita. Jadi saya pasti itu memang dia. Dia ada cerita yang dia dah bunuh Aini yang sebenar," cerita Nadia bersungguh-sungguh. Namun sayang seribu kali sayang, Adam membangkang apa yang diceritakan oleh Nadia.
" Kau janganlah membongak sangat. Dia tu sepupu aku. Aku tahu la siapa dia. Kau tak payah la reka cerita macam ni. Dari dulu lagi kau tu tak habis-habis sebut pasal Aini. Aini salah ... Aini salah. Padahal salah kau. Kau tu ego sangat. Dah buat salah taknak mengaku. Aku sebenarnya macam ni lah. Aku jujur cakap. Aku memang dah takdak perasaan dekat kau. Aku kalau ikut memang nak ja lepaskan kau tapi aku ingat anak-anak aku. Mereka tu perlukan kau. But, one day kalau mereka dah benci dekat kau, kau tahulah apa yang terjadi. Tahu sebab apa aku berubah hati? Sebab semua salah kau. Kau taknak minta maaf kalau buat salah ... kau lawan cakap aku ... kau taknak dengar cakap aku ... kau gugurkan anak aku ... dan kau bunuh ayah aku. Itu sebab aku dah berubah hati. Aku ucap terima kasihlah sebab bagi menikah lagi sorang. Kalau tak sebab kau, aku tak kan dapat anak lagi. Dasar mandul." Adam menghambur segala kemarahannya. Dia terus naik ke atas untuk mengambil baju-bajunya dan meletakkannya ke bilik Kamilia. Dia dah tawar hati!
Nadia terus menangis teresak-esak. Kamilia yang berasa kasihan terus memeluk Nadia. Dia menasihati Nadia untuk terus kuat demi anak-anaknya. Nadia mengangguk dan mengelap air matanya.
" Betul kata kau, aku kena kuat demi anak-anak aku, terima kasih weyh. Andai nanti aku pergi dari hidup Adam, tolong jaga dia dan anak-anak aku ya. Jadikan anak-anak aku sebagai anak kau okay," kata Nadia sambil mengelap sisa air matanya. Kamilia mengangguk tanda bersetuju.
" Aku akan jaga anak-anak kau macam anak aku sendiri. Tapi kau janganlah pergi dari sini. Tinggallah dengan aku. Aku bosanlah kalau kau takdak," kata Kamilia sedih. Nadia hanya mampu tersenyum kelat.
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Storie d'amore🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...