Epilog (01)

2.3K 82 12
                                    

Ini epilog (01) kalau suka tinggalkan komen!

Hazim membawa Nadia ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Hazim terus membawa Nadia ke bilik kecemasan. Hazim juga bersiap sedia untuk dibedah kerana jantungnya akan didermakan kepada Nadia. Biarlah dia berkorban demi pasangan hidupnya. Selepas Nadia kembali sihat, Nadia akan bersama disamping Adam. Dia sanggup berkorban demi isteri yang dicintainya. Nadia sudah dibawa masuk ke bilik pembedahan untuk mengembalikan nadi dan tekanan darahnya semula.

Hazim bersiap sedia di pintu bilik pembedahan. Dia sebelum itu menelefon Puan Salmiah.

" Assalamualaikum Hazim ... Macam mana dengan Nadia?" tanya Puan Salmiah risau.

" Waalaikumusalam mama. Nadia sekarang dalam bilik pembedahan. Mama ... saya nak ucap sesuatu. Saya sayang mama. Terima kasih kerana menjaga saya dari kecil. Selepas kematian mak ayah Hazim, mamalah yang menjaga saya. Mamalah yang mendidik saya sejak dari kecil lagi. Mama tak pernah kurang dalam mendidik kami semua menjadi cemerlang. Anak-anak didik mama semua berjaya. Hazim sayangkan mama. Terima kasih mama. Hazim harap mama dapat jaga diri baik-baik selepas ini sebab Hazim tak akan lagi dapat jaga mama. Nanti mama pergi dekat peguam Hazim dan mama claim duit yang Hazim wasiatkan dekat pertubuhan anak-anak yatim. Hazim ada dalam lima juta ringgit Malaysia. Harap cukuplah ya mama. Tolong jaga isteri Hazim dengan baik," kata Hazim.

Puan Salmiah menangis apabila anaknya berkata begitu. Apa yang terjadi?

" A ... apa yang terjadi nak? Biarlah mama tahu. Kenapa dengan kamu?" tanya Puan Salmiah.

" Nadia ada masalah jantung dan dia perlu dibedah dengan segera. Dia perlukan jantung yang sesuai. Jadi Hazim bercadang untuk menderma jantung Hazim kepadanya. Mama jangan risau ... keputusan ini Hazim sudah fikir masak-masak. Hazim cintakan Nadia jadi Hazim nak dia hidup bahagia walaupun Hazim tiada di sisinya. Hazim perlu lihat keadaan Nadia sekarang ... Hazim pergi dulu. Selamat tinggal ... Hazim sayang mama," kata Hazim sambil mengalirkan air mata. Air mata jantannya jatuh untuk kali ke berapa kerana hal ini.

Puan Salmiah menangis teresak-esak. Ya Allah kau selamatkanlah Nadia ya Allah. Sesungguhnya anak aku itu amat mencintainya.

Hazim segera masuk ke dewan pembedahan. Namun sesuatu sedang berlaku. Para jururawat berlari ke luar untuk mendapatkan pek darah. Doktor di dalam dewan bedah membuat CPR kepada Nadia. Hazim cemas lalu masuk ke dalam dewan itu.

" Apa yang berlaku?" tanya Hazim cemas. Jururawat di situ terus menundukkan sedikit kepala mereka tanda hormat.

" Pesakit mengalami serangan jantung. Kemudian nadi dan tekanan darahnya menurun secara mendadak. Selepas membuat CPR masih belum ada tanda-tanda nadinya kembali," kata seorang doktor. Hazim menolak doktor itu lalu memeriksa nadi Nadia.

" Bawakan defibrilator segera!" marah Hazim. Nadia tolong kuat ... tolong kuat.

Seorang jururawat membawa defibrilator seperti yang diminta. Jururawat itu memasang alat itu lalu memberikan kepada Hazim.

" Cas 200 joules," arah Hazim. Jururawat itu mengangguk lalu menekan butang kuasa 200.

Hazim meletakkan alat itu ke badan Nadia namun tekanan darahnya belum kembali normal.

" Tekanan darah 90/60, ia turun dengan mendadak!" jerit seorang jururawat.

Hazim masih belum putus asa mengecas alat itu. Kini ditambah 50 joules pula.

" Shock! " kata Hazim. Namun tekanan darah masih belum normal. Dia menolak doktor yang ada di situ dan membuat CPR dengan meletakkan tangannya di dada Nadia. Dia membuat CPR selama 10 minit sehingga peluh menitik di kepalanya. Semua yang melihat di situ sayu apabila tekanan darah Nadia semakin lama semakin menurun.

" Bangunlah sayang ... bangunlah. Saya cintakan awak. Biarlah saya yang mati tapi janganlah sayang. Sayang ... bangunlah . Sayang tolong kuat. Janganlah mati ... tsk ... sayang janganlah mati," kata Hazim. Air matanya sudah mengalir membasahi pipinya.

" Doktor ... doktor patut umumkan," kata seorang doktor. Hazim menggelengkan kepalanya.

" Tak ... dia masih hidup. Kau orang diam dan blah dari sini!" Hazim tidak mahu menerima kenyataan. Dia meneruskan CPR dengan menekankan dada Nadia berulang kali. Walaupun penat namun dia tidak mahu Nadia pergi begitu sahaja.

" Nadia ... tolong bangun ... tsk ... jangan pergi lagi," ucap Hazim.

Tiba-tiba Adam meluru masuk ke dalam bilik pembedahan dan memegang kolar Hazim.

" Sudahlah Hazim ... sudah. Umumkan sekarang ... terima hakikat boleh? Dia sudah tiada. Nadia sudah meninggal. Tolong terima hakikat ... tsk ... tolong ... aku dah tak kuat Hazim ... aku cintakan dia ... tapi dia pergi sebelum aku," kata Adam. Hazim menggelengkan kepala.

" Tak! Nadia masih boleh diselamatkan. Na ... dia masih hidup. Tolong jangan ganggu aku. Kau keluar. Aku sayangkan Nadia. Aku taknak dia mati!" jerkah Hazim. Adam terus menumbuk muka Hazim.

" Terima kenyataan. Nadia sudah meninggal. Kau tengok bacaan dia sekarang. Kau tengok grafnya. Mendatar kan? Bacaan 0 kan? TERIMA KENYATAAN," jerkah Adam semula. Hazim memerhatikan bacaan di skrin komputer dan menangis. Dia memeluk Adam sambil menangis teresak-esak.

" Nad ... Nadia dah pergi . Nadia dah tinggalkan kita. Aku ... sayang Nadia, Adam. Aku sayang dia ... dia pergi tinggalkan aku," kata Hazim sambil menangis teresak-esak. Adam turut menangis dan menepuk belakang Hazim cuba menyalurkan kekuatan.

" Umumkan dulu ... mudah kita buat kerja," arah Adam. Dia tahu seorang doktor perlu umumkan masa kematian untuk proses pelaporan.

" Na ... Nadia Emelda Binti Engku Haqiem ... meninggal pada 05 Januari 2021 jam 11 pagi kerana masalah jantung," kata Hazim. Jururawat menulis laporan lalu mengangguk. Semua yang berada di situ mengalirkan air mata apabila gadis yang dicintai oleh dua orang jejaka pergi meninggalkan mereka.

.

.

.

Adam dan Hazim sama-sama membaca Yassin dan doa di hadapan kubur Nadia. Kedua-dua lelaki itu cuba menahan air mata daripada tumpah. Selesai sahaja tetamu pulang, mereka menyiram air mawar bersama-sama.

" Nadia ... terima kasih kerana jadi isteri yang baik kepada abang. Terima kasih kerana sudi terima abang untuk kali kedua apabila abang buat salah. Abang minta maaf. Abang sayangkan sayang. Abang cintakan sayang. Terima kasih kerana menjadi penyeri hidup abang. Dari saat kita berjumpa ... sampailah saat sayang pergi. Sayang mesti ingatkan waktu kita jumpa dulu? " kata Adam sambil mengalirkan air mata.

" Kita jumpa bila abang nak buli seorang lelaki dekat belakang blok. Kemudian sayang datang dengan beraninya ... kata buli itu salah. Sayang siap cakap abang kacak tapi tiada akal. Sebenarnya waktu pertama kali kita bertemu, abang sudah mula tertarik dengan sayang. Abang sudah jatuh cinta pandang pertama. Kemudian waktu sayang minta maaf dekat abang ... abang nak maafkan segera tapi ego ... abang minta maaf sebab lukakan hati sayang," ucap Adam sambil menangis teresak-esak. Dia menyiram air mawar buat kali terakhir sebelum berdiri pergi dari situ.

Tiba giliran Hazim untuk bercakap pula.

" Nadia Emelda ... nama yang saya cinta. Nama yang saya rindu. Terima kasih jadi isteri saya walaupun sekadar 5 minit. Saya tetap cintakan awak ... tsk ... saya minta maaf sebab tak dapat lindungi awak. Amanlah di dunia sana. Saya cintakan awak. Tunggu saya ye," Ringkas Hazim berkata lalu menyiram air mawar. Dia lalu pergi berjalan dengan langkah berat meninggalkan kubur itu.

" Selamat tinggal Nadia Emelda ... "

**********

Vote dan tinggalkan komen. Apa perasaan korang!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now