Selepas makan malam, mereka duduk berbual-bual di ruang tamu. Ketika berbual, Adam banyak menguap. Nadia yang teliti terus menyoal suaminya.
" Abang mengantuk dah ke? Kejap sayang sediakan katil untuk abang" kata Nadia yang taat kepada suaminya. Adam menggelengkan kepala.
" Abang tidur di bilik Kamilia malam ni. Penatlah nak naik atas" ujar Adam sambil berdiri dan berjalan ke bilik Kamilia.
" Tapi abangkan dah lama dengan Kamilia? Tidurlah dengan sayang pula" kata Nadia tidak berpuas hati. Adam hanya mengabaikan kata-kata itu lalu masuk ke bilik Kamilia. Nadia menghela nafas yang berat. Kamilia di sisi mengusap belakang badan Nadia perlahan-lahan.
" Sabar okay? Nanti aku pergi nasihatkan dia. Dia sepatutnya berlaku adil. Sabar okay? Jangan termakan hati dengan perbuatan dia" nasihat Kamilia. Nadia meraup rambutnya ke depan.
" Apa salah aku eh? Kenapa Adam macam marah je? Aku ada buat salah ke?" tanya Nadia kepada Kamilia. Kamilia menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
" Dah kau pergi tidur dulu, biar aku nasihatkan dia" kata Kamilia. Nadia mengangguk tanda bersetuju. Kamilia terus bergerak ke biliknya dan melihat Adam sudah berbaring di katilnya.
" Abang ... apa ni. Abang kan dah tidur dengan Lia dah berapa hari. Pergi la tidur dengan Nadia. Kesian Nadia tau. Abangkan dah ada dua tanggungjawab jadi jalankan secara adil menurut Islam" nasihat Kamilia. Adam mendiamkan diri sebelum berkata-kata.
" Esoklah eh? Abang penatlah. Jom tidur" kata Adam sambil menutupkan lampu.
" Abang ... haritu abang dah berjanji yang abang akan adil kan? Abang dah tidur tiga hari dengan Lia, pergi tidur dengan Nadia pula. Nadia pon isteri abang bukannya sesiapa" marah Kamilia. Adam malas-malas berdiri dan akhirnya akur dengan kata-kata isterinya. Dia segera naik ke atas dan mengetuk pintu bilik Nadia. Nadia membuka pintu dan tersenyum.
" Abang" panggil Nadia.
" Hm, abang mengantuk ni. Jom tidur" kata Adam sambil tersenyum.
Nadia mengangguk lalu menyediakan tempat tidur untuk Adam. Adam terus menutup lampu dan tidur. Nadia tersenyum dan dia amatlah rindukan suaminya. Dia memeluk Adam sehingga terlelap.
Keesokannya seperti biasa Kamilia akan menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Sedang enak bersarapan, Nadia teringat akan kotak yang berisi kucing itu.
" Abang tahu tak waktu abang dan Kamilia pergi bercuti tu, ada seseorang hantar satu bungkusan ni. Dalam tu ada kucing yang mati dengan kepalanya dipotong" cerita Nadia bersungguh-sungguh.
" Ada la tu orang nak buat khianat. Sayang tutup pintu dan tingkap setiap malam okay" pesan Adam tidak berminat dengan cerita itu.
" Oh satu lagi kan, haritu sayang ada jumpa dengan Hazi-
" Hazim? Dr Hazim? Huh seronok ye berbual? Sampai tak ingat ada suami? Ke suka sangat dekat Dr Hazim tu? Dr Hazim tu pon good-looking kan, mesti suka. Siap berdua-duaan lagi dekat cafe mana tah" kata Adam dalam nada keras. Nadia berkerut dahi. Macam mana suaminya tahu?
" Ye memang betul sayang jumpa dengan Hazim tapi sayang dah telefon dan mesej abang minta izin tapi abang tak balas, lagipon sayang bosan waktu tu dan saya cuma anggap dia sebagai seorang senior sahaja. " Nadia menerangkan apa yang terjadi ketika itu. Dia langsung tidak berfikir untuk menyukai lelaki lain sedangkan statusnya masih isteri orang.
" Kalau suka cakap, jangan tipu" sangkal Adam lagi. Kamilia hanya diam memerhatikan mereka, tidak mahu bercampur tangan.
" Sumpah demi Allah, sayang tak pernah sukakan dia lah. Dia hanya senior saya sahaja dan waktu tu dia ajak minum sahaja dan kebetulan kami pergi ke hospital dia. Dan saya dah bedah seorang pesakit waktu tu" kata Nadia memberi bukti yang kukuh.
" Seronoklah dapat bedah sama-sama ye. Al maklumlah dua-dua doktor. Cuma awak tu tak berpeluang jadi doktor sebab saya tak benarkan kan? Sebab tu awak terhegeh dekat dia sebab awak nak jadi doktor balik kan?" tanya Adam sambil mengeluarkan telefonnya. Dia mencari sesuatu.
" Apa yang abang cakap ni. Saya tak pernah berfikir begitu. Sekarang ni abang tahu mana hah?" tanya Nadia dalam nada yang masih terkawal.
" Heh, tak perlu soal di mana atau siapa orang yang beritahu saya, nah bukti" kata Adam sambil menunjukkan gambar Nadia dan Hazim yang seronok berbual di satu cafe . Nadia mengangguk mengiyakan itu adalah dia. Tetapi ada sesuatu yang diedit! tangannya tak pernah sentuh Hazim tetapi dalam gambar itu tangannya menyentuh Hazim. Sah itu edit!
" Abang tak nampak ke tu edit? Cuba abang tengok betul-betul" arah Nadia. Adam mendecit.
" Dah la Nadia ... malas nak bertekak. Perempuan semua nak menang. Dah buat salah tapi taknak mengaku " kata Adam cuba menaikkan kemarahan Nadia.Nadia berang lalu naik ke biliknya. Sebelum naik, Nadia mengucapkan maaf atas perbuatannya.
" Ye saya tahu saya salah sebab keluar tanpa izin abang, tapi gambar tu FAKE . Saya tak pernah sentuh tangan lelaki lain selain abang, ayah, papa dan anak-anak. Jadi jangan tuduh saya macam-macam. Dan saya minta maaf sebab kurang ajar dengan abang . Minta maaf kalau terkasar bahasa atau tertinggi suara. Maaf sangat-sangat." Nadia segera bergegas naik ke bilik untuk menangis. Ye menangis saja jalan yang baik untuknya. Adam tanpa banyak bicara terus menaiki keretanya dan bergegas ke pejabatnya. Sampai sahaja di sana, Kamilia menelefonnya.
" Assalamualaikum abang" panggil Kamilia.
" Waalaikumusalam, hah apa? Kalau nak bercakap pasal Nadia, baik diam. Abang taknak dengar apa-apa penjelasan dari dia" kata Adam tegas.
" Astagfirullahalazim ... abang, apa kata macam tu. Tadi Lia diam sebab tak nak campur masalah abang. Malu tau jika anak-anak abang dengar ... nasib baik anak-anak abang ada program dekat sekolah .Yang abang pon, dari mana abang dapat gambar tu? Janganlah kita menilai seseorang dari tanggapan pertama. Jangan dengar sebelah pihak, dengar dua belah pihak. Abang dah sakitkan hati seorang perempuan tau. Lia nasihat abang ni sebagai seorang wanita, wanita nak seorang lelaki yang melindunginya. Jangan disebabkan gambar yang diedit oleh orang takdak akal tu, rumah tangga abang rosak." Kamilia memberi nasihat kepada Adam.
Adam buntu lalu meraup kasar rambutnya.
" Abang ... minta maaf" tutur Adam serba salah.
" Jangan minta maaf dekat Lia, pergi minta maaf dekat Nadia." Kamilia tersenyum kerana Adam sudah sedar akan kesalahannya. Nasib baik dia sempat menasihati Adam. Sejurus itu, Kamilia masuk ke biliknya dan tertidur. Nadia yang terasa haus sebab terlalu menangis sebentar tadi, turun ke dapur namun niatnya terbatal apabila loceng rumahnya berbunyi. Nadia segera membuka pintu dan kelihatan Aini ada didepannya.
" Eh baru habis menangis ke tu, kesian suami marah" gelak Aini tidak ikhlas.
" Oh ... selama ni kau lah yang sebarkan gambar aku tu? Kau tunggu je la pembalasan kau" kata Nadia geram.
" Eee takutnya, hahaha. Kau kena ingat, kau tak kenal aku ni siapa ... jadi bila-bila masa sahaja aku akan hancurkan kau." Aini ketawa kecil dengan ketawanya. Nadia malas melayan lalu terus menutup pintu itu. Aini yang berang atas sikap Nadia terus menghentak kaki lalu pergi dari situ.
Malam itu, Adam berjalan ke biliknya. Dia mengetuk-ngetuk pintu Nadia namun tiada jawapan. Adam memulas tombol pintu dan pintu itu tidak berkunci. Dia masuk ke dalam bilik dan melihat Nadia di balkoni luar. Adam berjalan perlahan-lahan dan memeluk Nadia dari belakang. Nadia yang mengelamun panjang terkejut dengan tangan yang melingkari pinggangnya. Dia mengelap air matanya yang menitis di pipi.
" Abang ... minta maaf. Maafkan abang? Abang janji abang tak akan kata begitu lagi. Abang sayangkan sayang. Abang cuma cemburu," kata Adam ikhlas dari hati. Nadia semakin galak menangis.
" Sayang cuba untuk membenci abang macam dulu, tapi sayang tak boleh. Sayang tak suka abang berubah begini, sayang cintakan abang" kata Nadia sambil berpusing menghadap Adam. Adam tersenyum dan mencium dahi Nadia.
" Abang janji abang tak akan berubah. Maafkan abang atas kata-kata abang pagi tadi" ujar Adam sambil tersenyum. Nadia mengangguk lalu mereka bersama-sama menikmati malam yang dingin yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang bersinar.
*********
Jangan lupa untuk terus vote!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...