Tersungkur akhirnya

1.6K 68 26
                                    

" Apa yang ustaz dan ustazah cuba katakan ini? Isteri saya? Ada salah faham ko. Dia ni bertudung, baca Al-quran dan mengaji siap. Takkan lah dia nak buat perkara terkutuk tu. Dia mana ada salah di mata saya," kata Adam sambil tersenyum kekok. Ustaz Rizqi menarik nafas yang dalam.

" Memang awak nampak isteri awak takdak salah di mata awak tapi sebenarnya banyak sangat salah yang dia buat. Sebenarnya dia membutakan mata dan hati awak untuk nampak dia seolah-olah baik tapi sebenarnya tidak. Dia ini sebenarnya penunggang agama. Puan, minta bertaubat segera. Kembali kepada jalan Allah SWT. Puan juga yang buatkan anak-anak puan sakit kan? Saya tahu kerana ada sesuatu dalam badan anak-anak awak semua." Ustaz Rizqi cuba menasihati Kamilia. Namun apa yang keluar dari mulut ustaz membuatkan hati Nadia berdebar-debar.

" Ariff ? Arisa? " sebut Nadia. Adam dan Kamilia mengerutkan dahi apabila orang yang tidak dikenali oleh mereka tahu tentang Ariff dan Arisa.

" Siapa awak?" tanya Kamilia. Nadia menarik nafas yang dalam lalu menghembusnya perlahan. Dia mengenggam tangan dengan kuat.

" Aku Nadia. Aku tak sangka yang kau perangai begini," kata Nadia sambil merenung Kamilia. Kamilia dan Adam berpandangan sesama sendiri.

" Tapi kau dah mampus!" ujar Adam tidak puas hati.

" Kau memang nak aku mampus ka? Haih sebenarnya ini hanya rancangan aku dan Hazim untuk memalsukan kematian aku. Aku cuma nak balas dendam dekat Atiffa tapi aku dah maafkan dia memandangkan dia sudah pergi. Tapi aku tak sangka rupa-rupanya kau lagi teruk. Kau gunakan amalan hitam untuk buat perkara ni?" marah Nadia. Kamilia tersenyum sinis.

" Abang percayakan sayang atau perempuan ini. Cuba abang fikir balik selama ni. Siapa yang bunuh ayah? Mertua abang? Fikirlah abang. Tak kan lah saya nak hantar santau. Tadi perempuan ni cakap dia nak balas dendam kan? Ha mungkin dia yang hantar kemudian rasuah dua orang ni. Takpun mereka dua ni bukan ustaz dan ustazah. Mungkin dia orang yang penunggang agama. Dan lelaki di sebelah perempuan ni, entah-entah suami baru dia. Datang sini nak rosakkan rumah tangga kita. Abang halau sajalah mereka. Sayang tak selesa," kata Kamilia tersenyum. Dia tahu Adam akan ikut arahannya. Adam mendengus.

" Kau orang yang penunggang agama ada hati nak cakap isteri aku yang jahat? Dan kau perempuan jahanam, jangan sampai aku yang hantar santau dekat kau. Kau tu dah la mandul ... bodoh pula tu. Mesti kau kahwin dengan lelaki ni sebab harta kan? ya lah kau tu miskin," kata Adam sinis. Hazim menggempal tangannya lalu menumbuk muka Adam.

Ustaz Rizqi mula membaca doa lalu mengazankan rumah itu. Tiba-tiba semua pintu dan tingkap tertutup dengan sendiri. Pergaduhan antara Adam dan Hazim terhenti seketika. Lampu di rumah mereka terpadam dengan sendiri.

Ustazah Aminah membantu suaminya dengan membaca surah-surah lazim dan ayat kursi. Mulut mereka berdua terkumat kamit membacanya. Tiba-tiba Kamilia terdiam lalu tersenyum. Dia kemudian menangis perlahan-lahan. Tidak sampai seminit, dia ketawa mengilai menyebabkan bulu roma semua orang di situ ternaik. Ustazah Aminah memegang kepala Kamilia dan mula membaca ayat-ayat Al-quran.

" Pergi dari sini. Aku tak suka kau orang. Pergi la bodoh," kata Kamilia. Namun suaranya sedikit garau seperti suara seorang lelaki.

" Siapa kau. Pergi dari sini. Ini bukan tempat kau," kata Ustazah Aminah pula.

" Aku belaan perempuan ini. Aku lapar. Aku nak makan. Kau orang jangan ganggu aku. Pergi," marah Kamilia.

Nadia sudah terketar-ketar di belakang. Mujur ada Hazim yang memantaunya. Adam apa lagi bukan main terkejut apabila terdengar suara yang keluar dari mulut Kamilia.

" Allahuakbar," laung Ustaz Rizqi sebanyak tujuh kali. Kamilia menutup telinganya apabila mendengar laungan itu. Selepas selesai Ustaz Rizqi melaungkan kalimah Allahuakbar, Kamilia memuntahkan isi perutnya. Namun apa yang membuatkan Nadia ingin pitam ialah, darah itu berwarna hitam dan terdapat serpihan paku, ulat dan najis. Nadia menutup hidungnya yang saat ini dia merasa amat loya. Lampu terbuka dengan sendiri kemudian tiba-tiba pintu di bilik atas tertutup.

" Pergi lihat anak-anak kamu cepat," arah Ustaz Rizqi. Nadia dan Adam segera naik ke tingkat atas dan membuka pintu namun tidak berjaya. Ustaz Rizqi membaca sedikit surah sebelum mencuba sekali lagi. Akhirnya dengan izin Allah, mereka berjaya membukanya. Namun apa yang membuatkan Nadia menjerit ketakutan ialah terdapat satu makhluk hitam yang besar dan berambut panjang sedang menjilat anak-anaknya dengan lidah yang panjang. Ustaz dan ustazah menolong mereka menghalaunya dengan melaungkan nama Allah berkali-kali. Akhirnya semua kembali reda. Nadia dan Adam mendapatkan anak-anaknya namun mereka tidak menyedarkan diri. Ustazah Aminah mendapatkan air kosong lalu membaca sedikit surah dan ayat Kursi lalu memercik ke muka anak-anak itu.

" Nadia tepi," kata Hazim apabila melihat Kamilia meluru ke arah mereka dengan menggunakan pisau. Nadia berjaya mengelak membuatkan Kamilia semakin marah . Dia membaca sedikit mantera lalu satu makhluk besar memisahkan Kamilia dan mereka yang lain. Kamilia tersenyum sinis.

" Kalau aku tak berjaya dapatkan Adam semula, cukuplah aku buatkan kau sengsara Nadia," kata Kamilia lalu menikam perut Ariff, Arisa, Safia dan Haris berkali-kali. Nadia meraung lalu bergerak ke hadapan namun lembaga hitam itu menghalangnya. Ustaz Rizqi dan Ustazah Aminah membaca ayat Ruqyah dengan kuat lalu lembaga itu menjerit kesakitan. Badan lembaga itu terbakar akhirnya. Adam lari ke arah Kamilia lalu merampas pisau itu lalu memegangnya.

" Aku tak sangka kau yang buat begini selama ni," kata Adam lalu menumbuk muka Kamilia. Kamilia jatuh rebah. Nadia mendapatkan anak-anaknya yang terlantar di atas katil. Mereka memuntah segala isi mereka dan di dalam muntah itu ada paku yang sudah karat. Dalam masa yang sama, Adam turut memuntahkan segala isinya. Mukanya agak pucat selepas dia muntah.

Nadia meraung di hadapan anak-anaknya. Maafkan mama sayang. Maafkan mama. Namun tangan Arisa bergerak perlahan. Nadia terus memeluk Arisa kuat.

" Ma ... maafkan Arisa mama. Maafkan Arisa. Arisa ... sayang mama." Arisa berkata lalu menutup matanya. Tamatlah riwayat seorang anaknya. Nadia menangis teresak-esak. Kemudian matanya beralih pula kepada Ariff. Ariff cuba berkata sesuatu namun kesan tikaman yang terlalu dalam buatkan dia sukar untuk bercakap.

" Ma ... afkan Ariff," kata Ariff sebelum menghembuskan nafas. Hazim memeriksa nadi Safia dan Haris dan terus menelefon pihak hospital.

" Nadi Haris dan Safia masih ada tapi perlahan. Kalau bawa ke hospital dengan segera pasti dapat diselamatkan. Nadia mengangguk sambil menangis. Dia masih memeluk kedua-dua anak pertamanya itu.

" Arisa ... Ariff ... Jangan pergi tinggalkan mama. Mama ma...afkan kamu. Mama sayang kamu," rintih Nadia kuat. Dia menangis teresak-esak di pangkuan anak-anaknya.

Kamilia yang pengsan tadi tersedar dan melihat Nadia sedang menangis teresak-esak. Ini peluangnya untuk lari dari sini. Dia segera bangun dan melarikan diri namun pihak polis berjaya menangkapnya. Pegawai polis menggari tangan Kamilia lalu membawanya keluar.

" Berhenti," kata Nadia. Dia segera turun dari katil dan menuju ke arah Kamilia. Dia kemudian menghadiahkan satu tamparan di pipi kanan Kamilia. Pipinya menjadi merah.

" Ini untuk Ariff," kata Nadia. Nadia kemudian menampar pipi kiri Kamilia.

" Ini untuk Arisa," kata Nadia. Dia kemudian menumbuk perut Kamilia sehingga Kamilia terasa senak.

" Ini untuk Safia, Dan ini untuk Haris," kata Nadia sebelum menumbuk muka Kamilia sehingga berdarah. Hazim mendapatkan Nadia yang sedang marah namun suara daripada Safia membuatkan Nadia pergi semula ke katil.

" Mama ... Safia sakit. Ibu jahat. Ibu pukul Safia. Ibu pukul guna tali pinggang. Sakit. Mama ... Safia sakit. Mama ... " kata Safia sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Sekali lagi Nadia menangis teresak-esak. Anak-anaknya sudah pergi. Tinggal Haris sahaja. Ya Allah selamatkanlah anak aku ya Allah. 

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now