Adam pulang awal pada hari itu. Selepas keluar dari kereta, aku menyambutnya dengan senyuman yang manis. Namun sayang seribu kali sayang, dia tidak balas senyuman aku malah bermuka agak tegang.
" Abang, okay tak ni?" tanya aku risau. Manalah tahu ada masalah di syarikat ke.
" Sokay, abang cuma letih. Abang nak rehat" kata Adam sebelum naik ke tingkat atas. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan perangai si Adam ni? Aku mengejar langkah Adam. Aku lihat Adam sudah terbaring di katil dengan stokin dan baju belum ditukar. Aku menggelengkan kepala. Penat macam mana pon, buang la dulu baju kotor. Aku terus melutut di kaki Adam lalu membuang stokinnya. Adam seperti membiarkan.
" Abang, bangun dulu. Buang baju kotor tu. Tukar baju, pergi mandi. Bagi badan rasa segar sikit" arah aku.
" Jangan ganggu abang boleh? Abang tengah serabut ni" kata Adam.
" Abang serabut kenapa ni? Cuba cerita" tanya aku inginkan Adam berkongsi masalah.
" Abang taknak gaduh dengan sayang jadi tolong jangan ganggu eh. Biar abang fikir dahulu" kata Adam sebelum menutup mata.
" Abang ... cerita ja la. Kitakan suami isteri. Mesti saling bantu membantu. Kalau ada masalah, cerita dengan sayang. Mana tahu sayang boleh tahu" kata aku cuba yakinkan dia.
" Haih, okay. Abang nak sayang berterus terang." kata Adam lalu duduk bertentang dengan aku. Aku sekadar mengangguk.
" Aini ada datang ke sini tadi?" tanya Adam ringkas.
Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa cakap pasal si biawak tu.
" Erm ... apa kaitan dia dengan masalah abang ni? Sayang tak faham." tanya aku.
" Jawab je la. Tadi nak tahu sangat. Abang tanya tadi Aini ada datang ke tak" tanya Adam sekali lagi. Disebabkan gerun, aku sekadar mengangguk.
" Kenapa sayang serang dia? Tahu tak tadi dia datang pejabat abang mengadu kata sayang tolak dia sampai lengan dia berdarah. Sayang tahu tak dia cakap dia nak buat laporan polis?" kata Adam. Aku mencebik. Lah minah gedik ni mengancum pula dekat suami aku.
" Biar je abang dia nak buat laporan dekat polis ke dekat mahkamah ke. Ada sayang kisah?" kata aku sambil mencebikkan mulutku.
" Ha ye la. Biarkan. Nanti masuk lokap sapa yang susah? Abang ni tak nak sayang masuk penjara tau atas kejadian mencederakan orang" kata Adam sambil memegang tanganku.
" Ala abang. Dia yang datang serang dulu. Dia siap angkat tangan nak tampar Kamilia. Entah kenapa tah nak serang orang. Gila!" kata aku membidas kata-kata Adam.
" Sayang dont be rude. Abang tak ajar. Sekarang abang nak sayang dan Kamilia mohon maaf dengan dia sekarang. Dia dah ada dekat bawah. Turun sekarang dan minta maaf." kata Adam sambil memberi arahan.
" No! Sayang tak akan mohon maaf dengan perempuan macam tu. Tahu apa dia cakap tadi dekat sayang? Tak kan? Sekarang abang nak dengar sebelah pihak je ke?" tanya aku. Gila ke nak minta maaf kat perempuan dugong tu.
" Masalahnya dia cedera, sayang dan Kamilia tak kan? Jadi kes ni kalau bawa ke mahkamah sekalipun dia tetap menang. Okay sekarang abang akan dengar penjelasan sayang. Ha cakap la" kata Adam.
Aku menarik nafas yang dalam.
" Dia nak rampas abang. Dia cakap dekat Kamilia ... yang saya ni bakal menjadi bekas isteri abang dan dia bakal isteri abang. Gila ka apa? Dah nampak sangat dia tu sedang goda abang. Dia nak rampas abang dari sayang. Perempuan tu perosak rumah tangga kita! Dia cakap dia akan balas dendam dekat sayang. Gila eh? Sayang tak kenal dia tetiba dia kenal sayang dan berdendam. Tu abang tak nampak lagi? Dia peluk tangan abang la, bermanja dengan abang la. Jelas dan yakin dia nak rampas abang." kata aku dalam satu nafas. Aku hambur semua. Terkejut dia tadi selepas kejadian serang menyerang tu, Kamilia menceritakan yang Aini menyebut semua hal ini.
" What? Mana ada abang Adam. Akak Nadia ni salah dengar kot. Dan sapa nama perempuan bertudung labuh tu? Kak Kamilia eh? Dia salah dengar la tu. Tah-tah dia fitnah Aini. Dan Aini ada kata dendam? Akak salah dengar kot. Mana ada Aini cuba goda abang Adam. Gila ke. Abang Adam dah nikah kan dengan akak ... buat apa Aini kacau lagi. Soal pegang tangan tu, dari dulu lagi lah Aini manja dengan abang Adam. Kan abang?" kata Aini di depan pintu bilik kami. Aku terkejut lalu menoleh ke arah pintu.
" Eh, kenapa kau duduk sini. Tahu tak ni privasi. Satu lagi, kenapa curi-curi dengar perbualan kami hah? Dan kenapa kau datang dan menipu ni?" suara aku naik seoktaf.
" NADIA EMELDA" Adam menyebut nama aku. Aku terdiam. Adam turun ke bawah lalu memanggil Kamilia untuk mendengar penjelasan bersama-sama. Sewaktu Adam turun, Aini tersenyum sinis. Adam naik bersama Kamilia.
" Aini, cerita apa yang berlaku" kata Adam sambil mengurut-urut kepalanya. Aku memanggil Kamilia lalu memegang tangannya. Bukan apa takut nanti terlampau berang, aku tampar budak hingusan ni.
" Macam ni, Aini datang rumah abang Adam, nak cari abang Adam sebab nak bincang pasal projek Aini. Tapi kak Nadia ni, tiba-tiba halau Aini. Aini pon fikir macam hm takpelah ni rumah kak Nadia dan mungkin tak selesa dengan kehadiran Aini. Tapi Aini nak kawan dengan akak Nadia tapi akak macam tak sudi je. Kemudian waktu Aini keluar dari pintu pagar tu, Aini jumpa kak Kamilia. Aini tanya la, akak ni sapa kemudian dia marah-marah dan perli Aini sebab pakaian Aini ni yang singkat. Tahu la singkat, tapi janganlah hina Aini ... Aini tahulah yang Aini ni jahil ... tsk ... tsk ... Aini tahu Aini bukannya orang yang pandai agama ... tapi ... hm ... Aini kena m...maki depan-depan. Aini malu. Kemudian Aini kata la, Aini tahu Aini jahil, tak macam akak bertudung labuh. Kemudian tiba-tiba akak Nadia datang terus tolak Aini tanpa sebab . Aini mengerang kesakitan tapi mereka dua macam buat tak endah ja. " kata Aini sambil berlakon mengeluarkan air mata palsu.
" Dasar perempuan bodoh! Bila masa aku halau kau? dan bila masa aku tolak kau tanpa sebab? Aku tolak kau sebab kau angkat tangan nak tampar kawan aku. Dan, DAH JELAS KAU NAK RAMPAS ADAM DARI AKU. TAK PERLU BERDALIH LAGI. DAN JANGAN BERBELIT DAN TUKAR SITUASI YE. APA YANG KAU CERITA SEMUA MENIPU. Dan Kamilia TAK MAKI KAU WEYH! Kau buat hal. Hello? Dah memang kau tak cukup kain. KAU TU PEREMPUAN YANG SUKA HANCURKAN RUMAH TANGGA ORANG" marah aku.
Aini dengan lakonan yang mantap terus menangis teresak-esakan. EI biawak ni! Ada nak kena tendang.
" ENGKU NADIA EMELDA BINTI ENGKU HAQIEM ...
******
Oh no! Guys! Adam nak buat apa last sekali tu? Arrr. Cerai ke? Ahh no! dan pelakon terbaik jatuh kepada AINI SI BIAWAK. Apa-apapon jangan lupa vote hehe! Maaf semalam tak update, busy hehe. Kalau saya sempat, sekejap lagi saya update lagi satu bab!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Storie d'amore🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...