Atiffa

909 55 22
                                    

Nadia duduk meringkuk di dalam penjara seorang diri. Dia menangis teresak-esak. Dia pasti suaminya akan datang untuk menarik balik aduan itu. Dia tidak membunuh! Dia tidak bersalah.

" Nadia, awak ada pelawat," kata seorang pegawai polis. Nadia berhenti menangis dan tersenyum. Itu pasti Adam! Namun senyumannya kembali pudar. Yang diharap datang tidak datang, yang tidak diundang pula datang. Atiffa tersenyum sinis di luar.

" Kau nak apa Aini?" tanya Nadia meluat.

" Well , aku cuma nak ucap selamat duduk di sini untuk selama-lamanya," ujar Atiffa gembira. Satu dah hapus, tinggal lagi seorang. Dia perlukan rancangan dan masa yang sesuai untuk hapuskan Kamilia. Namun dia belum ada rancangan apa-apa lagi. Biarlah, dia bukan pesaing kuatnya. Tapi dia harus berhati-hati juga kerana Kamilia tu sebenarnya licik juga. Dia teringat kejadian lepas di hotel sewaktu rancangannya untuk tangkap basah dengan Adam tak menjadi!

FLASHBACK

Selepas Adam dipukul, dia pengsan lalu dibawa oleh pekerja Atiffa. Atiffa masuk ke dalam tandas untuk merapikan makeupnya dan lupa tentang kewujudan Kamilia di dalam bilik itu juga. Dia cuba untuk menarik keluar Kamilia namun tidak berdaya jadi dia tinggalkan Adam dan Kamilia dalam bilik itu. Semasa keluar, dia ternampak pelayan hotel dan terus menariknya.

" Kau jaga dalam bilik ni faham? Jangan biar mereka terlepas. Aku nak pergi cari orang aku kejap. Kalau diorang terlepas, siap kau! Kau nampak ni?" tanya Atiffa sambil menunjukkan pistol miliknya. Lelaki itu terangguk-angguk ketakutan.

" Fa ... faham" kata lelaki itu terketar-ketar. Atiffa tersenyum lalu keluar mencari pekerjanya. Mana pula mereka pergi ni!

Selepas 5 minit, Atiffa pergi mencari, Adam mula tersedar. Disebabkan ketakutan, pelayan hotel itu menyembunyikan diri dan Adam mula sedar sepenuhnya. Dia segera keluar untuk mendapatkan rawatan. Pada masa yang sama, Nadia dan pegawai-pegawai dari pejabat agama datang menyerbu. Rancangan Atiffa gagal sepenuhnya malam itu disebabkan Kamilia! Dia akan pastikan Kamilia dan Nadia pergi dari hidup Adam.

End Flashback

" Ingat ni, walaupun kau dah berjaya buat aku meringkuk dalam penjara ni, kau tetap tak akan dapat Adam! Kalau bukan aku yang jaga dia, Kamilia boleh jaga. Kau jangan bermimpilah manusia bertopengkan syaitan!" kata Nadia sedikit marah. Namun Atiffa hanya ketawa.

" Kalau aku beritahu kau satu rahsia ni, mesti kau akan terkejut kan. Mungkin kau tak sedar langsung yang aku ni bukanlah Aini" kata Atiffa sinis. Nadia mengerutkan dahi. Apa yang Aini ni cuba katakan?

" Apa kau mengarut ni? Kau bukan Aini. Habistu kau sapa?" tanya Nadia sambil memandang pelik.

" Aku kawan baik kau. Takkan tak ingat?" tanya Atiffa sambil tersenyum sinis. Nadia semakin bingung. Kawan baik? kenal pon tidak Aini ni.

" Apa kau merepek ni. Aku tak faham lah" kata Nadia mula mendesak orang di depannya untuk menceritakan.

" Nama aku Tengku Atiffa Binti Tengku Roslan" sebut Atiffa satu persatu dengan senyuman yang bagai nak membunuh. Nadia mengerutkan dahi. Dia tak percaya dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Aini ... atau Atiffa sekarang ni.

" Tipu, kau bohong. Atiffa dah lama meninggal! Apa bukti kau yang kata kau ni Atiffa dan bukan Aini!" kata Nadia inginkan bukti.

" Senang je, aku ada abang tiri nama Ilyas. Kawan baik aku dulu Engku Raisha Alya dan Engku Sofea. Hm apa lagi eh? Oh aku bunuh abang tiri aku. Dan aku disahkan meninggal kerana kereta aku jatuh ke dalam gaung. Hahahaha bodoh! Polis dan korang sama bodoh!" kata Atiffa tersengih.

" A ... pa? Jadi kau ... me ... memang Atiffa? Tapi kau dah mati. Macam mana ... boleh hidup? " tanya Nadia ketakutan. Dia tak berani nak hadap apa yang ada di depannya sekarang.

" Senang je ... " kata Atiffa sambil bercerita akan kisah lalu.

Flashback

Selepas Atiffa membunuh Ilyas, dia segera berlari ke keretanya. Dia memandu laju membelah jalan raya. Dia memandu sehingga ke arah hutan dan terdapat gaung di situ. Dia segera mengarahkan pembantunya untuk memasukkan 'mayat palsu' ke dalam kereta. Mayat palsu itu merupakan seorang wanita yang diculik olehnya. Dia juga mengupah seorang doktor pakar untuk memasukkan DNA nya ke dalam tubuh badan wanita itu. Atiffa segera menukar baju yang dipakai nya kepada wanita tersebut dan menolak kerta itu. Mereka segera melarikan diri dengan kereta yang lain.

" Rancangan yang sempurna. Kau tunggu Nadia. Aku akan kembali!" kata Atiffa sambil menyuruh pembantunya membawa kereta dan menempah tiket penerbangan ke luar negara.

Polis kemudian menjumpai kereta itu. Disebabkan kereta remuk teruk maka mayat itu agak teruk keadaannya. Mereka hanya dapat mengambil sampel darah untuk diuji. Berbekalkan pakaian yang dijumpai, kereta yang digunakan dan sampel darah menunjukkan itu adalah Atiffa namun segala perancangan itu hanya dirancang oleh Atiffa. Berita akhirnya keluar dan menghebohkan semua orang.

Atiffa ke luar negara untuk bertemu dengan seseorang.

" Boss, ini dokumen yang boss nak, perempuan ini bernama Tengku Sharifah Aini bin Tengku Kamal. Dia merupakan sepupu rapat Adam. Dia tinggal berjauhan dengan mak ayahnya kerana menyambung pelajaran." Pembantu Atiffa menerangkan dengan jelas. Atiffa tersenyum puas. Dia akan berjumpa dengan Aini dan mengambil mukanya.

Sampai sahaja di sana, dia menculik Aini tanpa disedari oleh sesiapa. Pembantu Atiffa meletakkan Aini di dalam satu gudang besar.

" Kau ... siapa?" tanya Aini ketakutan.

" Aku Atiffa. Hm, suara kau dengan aku tak banyak beza. Hm cantiknya wajah ni. Aku nak boleh?" tanya Atiffa sambil ketawa sinis. Dia meludah ke muka Aini.

" Panggil doktor sekarang! Aku nak wajah dia ada dekat wajah aku sekarang ni. Aku nak gunakan wajah dia untuk perdayakan semua orang!" arah Atiffa. Seorang doktor masuk lalu mula mengeluarkan pisau bedahnya. Aini yang ketakutan mula menjerit-jerit. Atiffa yang panas baran terus menumbuk perut Aini. Aini terdiam kerana kesakitan.

" To ... tolong jangan apa-apakan aku. Aku takut, jangan buat aku macam ni," pinta Aini. Namun jika sudah zalim maka akan zalim. Atiffa hanya mengendahkan suara Aini. Atiffa menyuruh doktor untuk membedah muka Aini dalam keadaan dia masih sedar. Doktor itu mula membedah muka Aini hidup-hidup. Malam itu hanya kedengaran jeritan sakit daripada Aini. Selepas selesai, doktor mula menampal wajah itu ke muka Atiffa.

" Boss, nak buat apa dengan perempuan tu?" tanya pembantunya.

" Dia masih hidup ke?" tanya Atiffa sambil mukanya ditampal oleh doktor yang diupahnya.

" Nyawa-nyawa ikan boss. Sikit lagi nak mampus," kata pembantu lelaki itu.

" Ambil je la kat korang. Buat makan malam. Kemudian terus bunuh dan lempar dalam hutan. Pastikan takdak orang jumpa," arah Atiffa kejam. Pembantu itu tersenyum. Malam ni dia ada habuan. Pembantu lelaki itu mula merogol Aini berkali-kali sehingga Aini meninggal. Mayat Aini dikerat dan dibungkus lalu dibuang ke dalam hutan. Atiffa kini sudah berwajah Aini. Dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan wajah ini dan berlatih untuk mengenalkan dirinya sebagai Aini dan bukannya Atiffa. Rancangannya nampak berjaya apabila Adam langsung tidak mengesyakinya.

End Flashback

" Puas? Aku akan datang kembali untuk seksa kau. Bye!" kata Atiffa sambil menyepak perut Nadia. Nadia tersungkur. Nak buat macam mana? Dalam bilik tu ada Nadia dan Atiffa ja.

Nadia mula menangis ketakutan. Atiffa dan kembali untuk membalas dendam! Dia perlu beritahu Adam dengan segera!

********

Harap ada yang tak keliru dengan Atiffa dan Aini. Tapi kadang waktu author tulis pon ada tertukar juga. Kalau salah tolong tegur okay. Dapat ka Nadia beritahu Adam? Tapi persoalannya, mereka tu percaya ka? Jangan lupa vote!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now