Hasrat Nadia

839 59 15
                                    

" Abang?" panggil Nadia.

" Ye, kenapa?" tanya Adam.

" Apa yang terjadi?" tanya Nadia risau.

" Tadi waktu makan, Kamilia sakit kepala dan dia kata dia nak pulang, abang pon biar ja lah. Tapi tiba-tiba dia jatuh pengsan jadi abang tempah satu bilik untuk dia. Bila abang nak telefon sayang ... ada orang pukul abang dekat kepala. Abang jatuh pengsan. Bila bangun ja abang tengok Kamilia kat sebelah abang, abang terkejut lah. Abang terus keluar pergi tandas." terang Adam. Nadia mengangguk.

" Maaf Engku, Tengku ... betul kata puan Kamilia. Air ini ada kandungan ubat tidur." kata salah seorang pekerja Nadia. Nadia mengangguk.

" Tuan-tuan dan puan-puan, jelas sekali ini kes aniaya. Jadi rasanya ni bukan seperti yang dikatakan oleh pihak kamu semua. Dan lelaki ini merupakan salah seorang pekerja kami juga. Kami akan soal siasatnya." tutur Nadia jelas dan nyata. Pegawai dari jabatan agama Islam itu mengangguk tanda bersetuju.

" Baiklah, semua perkara ini kami serahkan kepada Engku dan sekeluarga. Kami memohon maaf kerana menjemput Engku malam-malam ni dan kami memohon maaf tentang apa yang kami katakan sebentar tadi" kata salah seorang wakil dari pegawai itu. Nadia sekadar mengangguk dan tersenyum. Pegawai itu kemudian pulang dengan hati yang terbuka. Syukur semuanya selamat. Nadia memeluk Kamilia memberi kekuatan kepadanya kerana dia berasa seolah-olah berdosa besar kerana tinggal dengan suami orang dan seorang lelaki di satu bilik.

" Nadia aku minta maaf. Tapi aku taknak berkahwin dengan lelaki tu. Aku tak kenal dia. Tolonglah Nadia" pujuk Kamilia sambil menangis. Nadia menenangkan Kamilia dengan mengusap belakang Kamilia perlahan-lahan.

" Dah kau tak perlu fikir apa-apa. Aku akan uruskan. Aku tahu kau sangat kuat dalam perihal agama. Aku tahu kau rasa amat terkesan. Dah ... aku akan uruskan" pujuk Nadia.

SKIP

Adam mengambil cuti selama seminggu. Adam hanya duduk di biliknya, merehatkan diri dari semua hak berkaitan kerja. Adam hanya melihat Instagramnya. Scroll ... Scroll . Dia kemudian tersenyum. Nadia yang baru selesai mandi terkedu dengan senyuman suaminya. Senyum sampai ke telinga. Amboi.

" Amboi abang, senyum dekat sapa tu. Sampai ke telinga tu" tanya Nadia. Adam tersenyum kepada Nadia. Dia menunjukkan telefon kearah Nadia.

" Ni ha, comel kan. Bayi kembar. Comel! Tengok gelagat mereka. Hahaha. Comell" jerit Adam. Nadia terdiam. Dia sedikit terasa dengan apa yang dia sedang perhatikan.

Adam terdiam. Alamak dia terlupa.

" Sayang ... dah cukup lah anak-anak kita tu. Abang minta maaf kalau abang terguris hati sayang," kata Adam ikhlas. Dia betul-betul terlupa akan hal Nadia kini seorang yang sudah tidak dapat mengandung.

" Bukan salah abang. Erm" kata Nadia. Dia kemudian mengambil sikat lalu menyikat rambutnya. Dia merasa kasihan dengan nasib suaminya. Suaminya amat mahukan anak yang ramai. Katanya nanti bila dah tua, dia boleh beri semua syarikatnya kepada anak-anaknya. Tambahan lagi, anak-anaknya lah yang akan mengusung jenazah mereka. Adam amat sukakan budak-budak. Takkan lah nak bagi Adam kahwin lagi sorang? Sanggup ka dia bermadu? Boleh ke dia terima orang luar sebagai madunya? Tiba-tiba dia berfikir sesuatu.

" Abang ... kalau sayang suruh abang nikah lagi sorang ... abang nak kata apa?" tanya Nadia. Adam mengerutkan dahi.

" Apa sayang cakap ni? Taknak lah abang" kata Adam. Dia memang tak akan nikah orang lain kerana baginya Nadia adalah isteri yang sangat sempurna.

Nadia hanya mendiamkan diri. Dia perlu buat perkara ini juga. Dia terus turun ke tingkat bawah dan pergi ke bilik Kamilia.

" Assalamualaikum ... sibuk ke?" tanya Nadia.

" Waalaikumusalam, eh Nadia. Marilah" panggil Kamilia. Nadia duduk di sebelah Kamilia.

" Erm aku nak cakap sesuatu ni. Aku tahu mesti kau akan rasa pelik. Tapi aku nak minta tolong kau sesuatu. Kau tahukan Adam tu memang minat budak-budak. Tapi aku ... dah tak boleh mengandung. Jadi ... aku nak minta tolong kau. Kau sorang je kawan baik aku. Boleh eh?" tanya Nadia sambil memeluk Kamilia. Dia sudah berfikir masak-masak dan ini merupaka keputusannya sendiri dan bukan paksaan orang lain.

" Apa kaitan Adam dengan aku pula ni?" tanya Kamilia lembut.

" Aku nak kau kawin dengan dia."

" Apa yang kau merapu ni. Kau tak payah jadi orang macam takdak akal. Kalau aku setuju pon, isteri mana yang suka dimadukan? Tiada. Dah la. Jangan mengarut." kata Kamilia.

" Ye tahu. Aku pon tak suka dimadukan dengan orang lain yang aku tak kenal. Tapi ni aku kenal kau. Aku tahu kau ni jenis yang kuat agama dan tak terhegeh-hegeh dengan macam biawak tu. Jadi kalau kau kawin dengan suami aku, at least aku kenal kau. Bolehlah. Aku kesian dengan Adam. Dia nak sangat anak. Aku tahu kau boleh beri dia anak dan dia boleh beri kebahagian dekat kau. Dia tu baik tau." kata Nadia.

" Dah kau tak payah mengarut. Aku tahu kau akan bersedih. Lagipon Adam tak akan kahwin dengan aku. Aku tahu dia sayang sangat dekat kau." kata Kamilia. Dia menggelengkan kepala. Malas nak layan.

" Kalau dia setuju, kau kena terima okay. Janji dengan aku. Dah bai. Assalamualaikum. Aku pergi pujuk dulu" kata Nadia tanpa sempat mendengar bebelan Kamilia. Kamilia ternganga. Gila ka budak ni? Dah tak betul gamaknya.

Nadia merasa gembira sangat. Sekurangnya dia kenal Kamilia dan bolehlah mereka berbual bersama-sama. Lagipon orang kata poligami ni indah sebenarnya. Dia bolehlah belajar agama dengan Kamilia dan mereka boleh sama-sama memasak untuk Adam. Dan Kamilia boleh lahirkan anak-anak dan mereka akan menjaga bersama-sama anak-anak Adam. Mesti seronok. Nadia sudah terbayang semuanya. Walaupun mungkin kasih sayang perlu dibahagi namun biarlah! Dia akan pujuk Adam juga untuk mengahwini Kamilia.

" Abang ... haritu kan abang ada cakap ... abang akan ikut semua cakap sayang. Kan?" tanya Nadia. Adam mengangguk. Sudah pasti untuk kesayangannya dia akan mengikut segala arahan atau keinginan isterinya.

" Jadi sayang nak abang buat satu benda" kata Nadia sambil tersenyum.

" Hah cakap. Abang akan buat." kata Adam tersenyum. Dia gembira bila Nadia gembira.

" Janji eh?" kata Nadia

" Ye. Apa dia? Nak teddy bear? Ke nak makan apa-apa?" tanya Adam.

" Taknak semua tu. Sayang nak abang kahwin dengan Kamilia" kata Nadia.

" Tak nak. Maaf abang tak akan ikut cakap sayang kalau tentang ni" kata Adam.

" Ahh abang kata abang janji akan ikut." kata Nadia menghentak kakinya.

" Taknak la sayang. Sayang tahukan abang cuma cintakan sayang. Janganlah macam ni. Kenapa sayang nak sangat abang bernikah ni" kata Adam sambil memegang tangan isterinya.

"Abang kan nak anak. Jadi abang boleh ada anak dengan Kamilia. Lagipon abangkan masih ada kuota. Selagi abang mampu, abang boleh bernikahlah. Lagipon sayang dah kenal Kamilia tu. Dia boleh bahagiakan abang" kata Nadia sambil mengusap perlahan pipi Adam.

" Dah la sayang ... abang taknak cakap pasal ni." kata Adam.

" Bolehlah abang. Kalau abang sayangkan sayang ... ikut arahan sayang. Kalau tak , sayang akan lari dari sini" ugut Nadia. Adam meraup kasar mukanya.

" Fine! Dah itu yang sayang nak. Abang terima. Tapi ingat pesan abang, sayang tak akan menyesal eh dengan keputusan ni? Ingat abang lepasni perlu adil dengan semua. Jadi abang tak boleh duduk dengan sayang ja. Tanggungjawab abang jadi lebih besar" kata Adam berisi sedikit fakta jika dia berpoligami. Nadia menelan air liur. Boleh ke dia tidur sorang? Dia menggelengkan kepala. Demi Adam!

" Baik, sayang terima dan faham" kata Nadia.

************

Apa yang Nadia fikir ni? Tapi okaylah kan Adam kahwin dengan Kamilia dari nikah dengan Aini? Jangan lupa vote hehe. btw dah 1K readers lah. Thankyou semua! :)

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now