Sejak dari pagi, Faris tak senang duduk. Dia tak boleh benarkan apa yang akan berlaku diantara Wafa dan lelaki itu. Tak. Tak sama sekali.
Setiap masa, dia akan memeriksa telefonnya. Setiap masa, dia akan menanti. Lokasi Wafa juga sentiasa diperiksa. Dia mahu tahu, kemana arah tuju Wafa.
Dalam kebodohan Wafa, ada juga pandainya. Andai saja lelaki itu yang sampai dulu, khuatir andai disorokkan kamera dan merakam perbuatan mereka.
Andai ada yang tahu, pasti akan ada yang kata dia dayus. Membenarkan lerbuatan Wafa itu.
Betul. Dia boleh saja menahan Wafa dari keluar rumah. Dia boleh saja kurung Wafa. Tapi, itu hanya akan membuatkan Wafa lebih memberontak.
Wafa tak pergi jauh sampai tahap ini jika mak dan ahli keluarga yang lain tak menghalang dia dari berjumpa dengan kawan tinder nya. Dia tak pernah berbual berlebihan. Andai ada yang menjerumus ke arah perbualan tak senonoh, Wafa pandai mengelak. Paling teruk, dia akan unmatched sjaa.
Tapi, lepas kejadian itu, dia jadi lebih agresif. Menbawa perbualan dari Tinder ke telegram. Entah apa diborakkan di sana. Sangat mustahil untuk dia tahu. Apa yang pasti, dia perlu melakukan sesuatu sebelum segalanya makin extreme. Dia harap, Wafa akan sedar.
Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 12. Wafa masih lagi dirumah. Tak bergerak. Mungkinkah Wafa meninggalkan telefonnya? Supaya dia tak dapat kesan?
Faris menghentakkan tangannya ke atas meja. Rasa kebodohannya. Tak terfikirkan kemungkinan yang itu. Bagaimana andai Wafa sudah memberikan lokasi perjumpaan mereka melalui WhatsApp, call atau telegram? Walaupun Wafa tak memberitahu maklumat itu semua, tapi, lelaki itu sudah menberitahu nombor telefonnya.
"Bodohlah." Marah Faris kepada dirinya.
"Mak!" Cepat saja dia mendail nombor telefon Puan Fatma.
"Mak. Wafa kat rumah?" Tanya Faris tanpa memberi salam.
"Baru je keluar." Jawab Puan Fatma. Tercenggang dengan kekalutan Faris.
Tanpa pamit, Faris terus meletakkan talian telefon.
Faris memeriksa akaun tinder Wafa. Masih tiada mesej dari Wafa. Dia memeriksa pergerakan Wafa. Wafa bergerak ke pusat bandar. Faris segera keluar. Tapi kemudian, dia hanya duduk didalam kereta. Menunggu arah tuju Wafa. Dirasakan lambat benar masa berlalu.
Setelah 15 minit menunggu didalam kereta, Wafa akhirnya berhenti disebuah hotel di Bandar Baru Klang. Segera dia memecut ke sana. Dia perlu sampai sebelum lelaki itu.
Kurang 10 minit memandu, dia sudah sampai. Dia mencari kereta Wafa. Ada tapi, tiada parking yang berhampiran. Jadi, dia parking agak jauh dari kereta Wafa.
Faris masuk ke dalam dan terus berjalan ke kaunter penyambut tetamu. Dia cuba bertanya nombor bilik yang ditempah oleh Wafa walaupun dia tahu tak mungkin untuk pihak hotel memberitahunya.
"Room number 220." Jawab penyambut tetamu itu.
"How come you all bagitahu nombor bilik dia?" Tanya Faris.
Perasaan marah menjelma dalam hatinya. Bagaimana jika yang tanya itu penyanggak. Bagaimana keselamatan Wafa?
"She instruct us to give you her room number." Balas penyambut tetamu yang memakai tanda nama Ariani.
Faris tarik nafas dalam. Sekarang bukan masa untuk dia mempersoalkan tentang ini semua. Wafa lebih utama.
"Nevermind. And sorry." Kata Faris.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.