Janji tinggal janji.
Itulah yang boleh Fatma katakan. Tiga bulan pertama, ya. Setiap minggu dia balik. Kalau sibuk pun, Sabtu malam dia naik bas, balik juga. Masuk bulan keempat, dua minggu sekali. Sekarang setelah 6 bulan, sebulan sekali. Itu pun, balik hari. Ahad pagi sampai, Ahad tengahari dah balik.
"Kau ada perempuan lain ya kat sana?" Tanya Fatma.
"Jangan nak mulakan. Jangan nak tuduh aku bukan-bukan." Jawab Muaz dengan nada marah.
"Tak de lah. Aku tanya saja. Kalau kau ada jumpa perempuan lain yang curi hati kau, bagi je aku surat poligami. Aku sign." Balas Fatma.
"Jangan nak mengarut. Kau sorang je isteri aku." Tegas Muaz.
"Ye la. Aku ni, tanya saja." Kata Fatma dan berlalu keluar dari bilik. Dia menuju ke dapur untuk menyiapkan bekalan untuk Muaz bawa pulang ke Johor.
"Pergi layan suami kau tu, dia baru balik. Penat. Kejap lagi, dah nak balik sana." Kata Encik Harun.
"Nak siapkan makan dia la ni, ayah." Kata Fatma.
"Biar ayah buat. Kau pergi je layan dia. Sesekali dia balik tu. Layan dia elok-elok." Kata Encik Harun.
Fatma berlalu dan masuk semula ke biliknya. Dia lihat Muaz sedang baring diatas katil. Sedang memandang ke siling.
"Jauh betul kau berfikir. Pergi mana?" Tanya Fatma. Dia duduk dikaki Muaz dan memicit-micit kaki itu.
"Minggu depan aku balik, aku nak pinnag sorang budak tempat kerja aku. Setiausaha bos aku. Budak sini je. Aku dah bawa dia jumpa mak. Mak suruh tanya kau. Tapi, aku tak sampai hati nak bagitahu kau. Tapi, dah alang-alang kau cakap pasal ni, aku bagitahu kau je la." Akhirnya, Muaz meluahkan hasrat hatinya.
Fatma terdiam seketika sebelum menyambung semula urutannya. Dengn tenang dia bertanya.
"Sebab dia kan, kau busy? Sampai mungkir janji kau."
Muaz angguk.
Fatma diam.
Hatinya remuk. Namun, dia sedar. Tak ada guna mahu melayan perasaannya. Dia dah lama jangkakan perkara begini akan terjadi. Perkahwinan tanpa cinta. Dan cinta pula tak pernah dipupuk. Apatah lagi mahu dibajai. Memang tak mungkin akan terjadi. Ditambah dengan hubungan jarak jauh mereka. Lagilah perkara ini akan jadi lebih cepat.
"Mak pergi pinang dia nanti, kau nak aku ikut?" Tanya Fatma.
"Biarlah mak dengan rombongan dia." Balas Muaz.
"Kau takut aku rosakkan majlis pertunangan kau ke?" Tanya Fatma berseloroh.
"Ya."
Mati terus senyum halus Fatma. Dia tak sangka Muaz akan fikir begitu. Terus saja dia bangun dan berjalan ke meja soleknya.
"Kau nak nikah bila? Dah amek surat izin poligami?" Tanya Fatma.
"Itu pun satu lagi masalahnya ni."
"Kenapa? Dia nak kau ceraikan aku ke?"
"Tak. Aku takkan ceraikan kau walau tu yang dia minta. Kecuali kalau kau yang nak." Balas Muaz.
Fatma tarik nafas dalam.
"Talak kat tangan kau. Kalau kau nak ceraikan aku sekalipun, aku tak boleh kata apa. Kau nak lafaz sekarang. Atau depan hakim. Terpulang. Aku ikut je apa kata kau." Kata Fatma.
Muaz bangun. Mendekati Fatma.
"Kenapa kau tenang saja? Kalau isteri orang lain, dah mengamuk. Dah maki hamun suami dorang dah." Tanya Muaz.
Fatma pandang ke dalam mata Muaz.
"Aku pernah ada dekat sini tak?" Tanya Fatma sambil meletakkan tangannya didada Muaz.
Muaz diam.
"Jadi, apa hak aku untuk halang? Sedangkan poligami halal dalam islam. Tapi, kalau cerai yang kau minta, apa yang aku boleh buat? Mengamuk tak buat kau ubah keputusan kau." Balas Fatma.
Muaz diam.
"Aku janji. Aku tak akan abaikan kau."
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.