BH 35

1K 51 5
                                    

"Tak adalah. Aku bukan nak masuk campur hal mereka tapi aku tak nak kawan aku terjerat dan susah dikemudian hari." Kata Faris.

"Dia dah dewasa, Faris. Dah ada akal nak fikir. Dia mesti tau nak bezakan mana yang baik dan buruk." Balas Wafa.

"Ada akal ke tu? Buang kawan semata-mata untuk perempuan yang dah bersuami. Sanggup buang kawan untuk perempuan yang mengaku bujang tapi rupanya isteri orang dan ada anak seorang? Macam tu, ada akal ke? Kalau dia bujang pun salah, apatah lagi dia tu suami orang. Anak dah 4. Takkan kau tak rasa benggang? Apa perasaan wife kau kalau dia dapat tangkap kau sedang ber'kawan' dengan perempuan lain atas alasan game? Kawan yang sentiasa berbalas mesej." Marah Faris.

"Possessive trait. While love itself does not have to own." Kata Wafa.

"Maksud kau?"

Wafa angkat bahu.

Faris memandangnya.

"Aku nak tanya kau satu soalan. Sebelum kau tahu status, kau pun minat dekat dia. Kqn?" Tanya Wafa.

Faris diam.

"Sebenarnya, kau marah sebab kau rasa diabaikan. Kan? Sebab sebelum ni, perempuan tu bagi tumpuan kat kau. Kan?" Tanya Wafa.

"Tak delah bagi tumpuan sangat. Biasa-biasa je. Sebab aku ni sedar diri. Aku ada isteri." Jawab Faris.

Wafa memandangnya.

"Isteri yang bertunang dengan lelaki lain?" Tanya Wafa.

Faris diam.

"Keadaan aku sama macam perempuan tu. Aku pun, tak pernah mengaku yang aku ni dah bersuami. Sampai aku dipinang lelaki lain. Dan kau sebagai suami aku, merelakan atas dasar untuk melihat aku bahagia." Kata Wafa.

Faris terus saja memeluk Wafa. Memujuk Wafa.

Rasa menyesal menimbulkan isu itu. Dia tak seharusnya bercerita hal tersebut kepada Wafa. Tapi, kalau bukan Wafa, siapa lagi? Hanya Wafa yang faham apa yang dia fikirkan. Rasakan. Hanya Wafa.

"Kau ni. Kesitu pula. Hal kita ni, berbeza. Kita nikah pun, tak ada bukti dari segi undang-undang." Kata Faris.

"Tapi, hukum masih mengatakan aku ni isteri kau. Kita tak sah nikah mengikut undang-undang negara tapi mengikut syariat Islam, kita sah nikah." Kata Wafa. Dia memeluk Faris erat.

Faris menepuk-nepuk belakang Wafa. Cuba untuk menenangkan dia. Diusap belakang Wafa.

"Hoi! Buat maksiat." Jerit seorang lelaki ditepi jalan.

Mereka tak endahkan.

Hakikatnya, hampir semua penduduk kampungan itu tahu bahawa Faris dan Wafa sudah bernikah. Hanya segelintir yang tahu, tentang pernikahan mereka tak didaftarkan kerana kadi yang menikahkan mereka lupa bawa surat pengesahan nikah. Dan dalam perjalanan balik, kadi telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal setelah seminggu nikah.

Sepatutnya, sewaktu mereka balik ke Malaysia, mereka kena nikah semula untuk pernikahan mereka didaftarkan. Tapi, Asfar telah terlebih dulu meluahkan hasrat hatinya. Kerana itu, pernikahan mereka masih tak didaftarkan.

5 tahun di Perth, Australia. Mereka tak pernah balik ke Malaysia kerana setiap kali cuti semesta, Faris akan bekerja untuk menampung kos pembelajaran Wafa. Bila rindu, Encik Essam, Puan Hajar dan Puan Fatma akan datang ke Perth bersama-sama dengan adik-adik Faris.

"Aku ni, risaukan kau la Wafa. Macam mana kalau Asfar tak boleh nak pujuk kau bila kau menangis? Kalau Asfar tak sedar bila emosi kau terganggu. Kalau Asfar tak dapat faham apa yang kau cuba sampaikan." Kata Faris.

"Kau kan ada."

"Kau ni... Aku bukan husband kau lagi masa tu. Kalau dalam keadaan macam ni, kau rasa, apa Asfar akan rasa bila nampak kita macam ni?" Tanya Faris merujuk keadaan mereka yang masih berpelukan.

Wafa tolak Faris. Dia pandang wajah Faris. Dalam.

"Kenapa pula tak boleh? Kau kawan aku. Dunia akhirat. Dia kena terima kau. Sebab kau part of aku. Takkan aku kena tinggalkan kau semata-mata sebab dia?" Kata Wafa.

"Wafa. Listen. Betul. Aku part of kau. Sekarang ni. Bila kau dah nikah dengan Asfar, dia adalah masa sekarang dan masa depan kau. Tumpuan kau. Kasih sayang kau. Semuanya. Hanya untuk dia." Faris memandang tepat ke mata Wafa.

"Tapi, dia kena terima kau macam mana dia terima aku. Aku boleh mati kalau kau tak ada. Kau macam nyawa aku. Kekuatan aku." Balas Wafa.

Faris angguk.

"Itu dulu dan sekarang. Masa depan, itu semua kau kena bagi pada Asfar. Sebab dia suami kau. Cinta hati kau. Dia akan jadi nyawa kau. Kekuatan kau." Kata Faris.

Wafa geleng.

"Aku tak rasa pun semua tu dengan dia. Aku suka dia. Tapi, aku tak pernah sandarkan apa-apa pada dia. Cukup kau seorang. Tak perlu orang lain." Air mata Wafa lebat mengalir.

"Kau akan tinggalkan aku sebaik saja kau ceraikan aku?" Tanya Wafa.

Faris geleng.

"Aku sentiasa ada untuk kau. Tapi, aku dah tak boleh pujuk kau macam ni. Aku tak boleh nak tenangkan kau. Peluk kau. Kau kena buat tu dengan Asfar. Bagi dia peluang  untuk korang bahagia. Saling bersandaran antara satu sama lain." Pujuk Faris. Lembut.

"Bila kau dah kahwin nanti, kau kena beri tumpuan sepenuhnya kepada Asfar dan keluarga kau. Masa kau. Masa tu, kau akan lupakan aku." Kata Faris lagi. Sayu

"Macam mana aku boleh lupakan kau. Lupakan kau, umpama aku lupa nyawa aku. Kau nak aku mati ke?" Balas Wafa.

"Wafa. Kau kena belajar untuk terima Asfar dalam hidup kau. Kau kena biasakan diri kau dengan dia. Dia yang akan gantikan tempat aku." Pujuk Faris.

Wafa geleng.

"Tak ada sesiapa boleh ganti tempat kau."

"Then, kau buang Asfar. Kita teruskan rumahtangga kita ni macam orang lain." Kata Faris.

"Aku tak layak langsung untuk kau."

"Apa kelayakan untuk jadi isteri aku?"

"Yang setaraf dengan kau."

"Sejak bila taraf tu menjadi ukuran?"

"Yang boleh support kau. Depan dan belakang."

"Kau yang selalu support aku. Inside out."

"Yang keluarganya boleh membantu untuk kau lebih cepat ke depan."

Faris diam. Bila masuk bab keluarga, dia tak boleh nak menyangkal. Perkara itu juga yang mampu buat Wafa rasa rendah diri.

"Wafa. Kau tahu aku. Kau kenal aku. Aku tak perlu semua tu. Yang aku perlu, kau. Tapi, aku tak faham satu perkara. Kenapa alasan tu, kau tak berikan saat hati kau terima Asfar?" Tanya Faris.

"Sebab Asfar kata, dia akan lamar aku bila dia cukup semuanya. Dia akan berusaha untuk dapatkan semua tu sendiri." Jawab Wafa.

"Aku? Apa bezanya?" Tanya Faris. Benggang.

"Kau dah ada semuanya. Family kau pun, bukan kaleng-kaleng. Tapi, untuk kau terus melangkah maju ke depan, kau perlu seorang perempuan yang ada networking. Dari keluarga yang ada network besar. Bukan aku. Aku seorang. Hanya ada mak. Dan aku tak pandai nak bergaul dengan orang. Aku hidup dalam dunia aku. Aku tak boleh nak tolong kau apa pun." Jawab Wafa dengan linangan air mata. Berjurai membasahi pipinya.

Faris mengeluh.

"Dah. Jangan menangis." Faris menarik Wafa ke dalam pelukannya.

Tangannya memegang kepala Wafa sambil dia meletakkan tangan Wafa dipinggangnya. Seolah-olah Wafa sedang memeluknya.

Dari dulu, sampai sekarang. Itu saja alasan Wafa untuk tidak menerima Faris. Kerana itu, Faris tidak pernah mahu hubungan ini pergi jauh. Tapi, takdir dah menentukan segalanya.

Wafa menjadi miliknya walaupun bukan miliknya.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now