BH4

1.2K 55 1
                                    

"Tak bolehlah macam tu. Korang dah kahwin. Bukan kawan-kawan lagi. Panggil dia abang walaupun korang sebaya. Mesrakan hubungan tu macam orang yang dah kahwin." Tegur Encik Harun.

"Biarlah, ayah. Itu cara kami. Kalau dia nak ada perubahan, di sendiri akan buat. Fatma sebagai isteri, ikut saja rentak dia. Dia selesa begini, biarkanlah. Buat apa nak ikut cara orang lain. Ini cara kami. Kami selesa begini." Balas Fatma.

"Kau sebagai isteri, kena tegur. Kena juga mulakan. Bukan ikut saja suami tu. Ada yang betul, ikut. Mana yang salah, tegur. Itulah suami isteri. Saling berbincang, bermesra, bertolak ansur, melengkapi. Bukan kau ikutkan saja." Tegur Encik Harun lagi.

Fatma diam.

"Saya ni, malaslah ayah. Dari mula hal ni dibincangkan, tak de siapa pun nak dengar apa yang saya nak. Dah kahwin ni, ayah nak saya buat macam tu. Macam ni. Fatma tak boleh ayah. Fatma sedar, dalam hati dia, tak ada Fatma. Fatma ni, isteri dia saja. Bukan perempuan yang dia cintai." Kata Fatma. Suaranya sedikit tinggi tapi kemudian mendatar.

"Tak cinta apanya? Dia tak sentuh kamu ke? Kamu masih dara lagi ke?" Tanya Encik Harun.

"Dia jalankan tanggungjawab dia sebagai suami." Balas Fatma.

"Jadi, apa yang kau merepek dia tak cintakan kamu? Ada ke orang yang boleh lakukan hubungan kelamin tanpa cinta?" Tanya Encik Harun.

Fatma diam.

Dia yang lebih tahu apa yang dia rasakan. Dia tak pernah jadi yang utama buat Muaz. 6 bulan perkahwinan mereka, tak seminit pun, Muaz buat dia rasa dia diperlukan sebagai seorang perempuan yang ada dalam hati Muaz. Dia tak lebih hanyalah sebagai isteri.

Sememangnya pangkat isteri itu tinggi dan mulia. Tapi, apa guna jadi isteri bila hati suami langsung tiada untuknya.

Tidaklah dia merungut. Kerana dia juga tiada perasaan yang sama buat Muaz. Apa yang terjadi didalam bilik tidur mereka, tak lebih hanya sebagai rasa tanggungjawab.

Bukan dia tak cuba untuk memupuk rasa cinta itu. Tapi, Muaz tak pernah berinya peluang. Muaz juga seperti tak kisah untuk buat dia jatuh cinta. Langsung tak berusaha untuk menawan hatinya.

"Ayah jangan nak bercakap tentang hal ni dengan Muaz. Biar saja macam ni. Itu yang kami selesa. Kecuali kalau ayah nak tengok kami suami isteri bergaduh. Saling rasa tak selera." Pesan Fatma sebaik saja namanya dilaungkan oleh Muaz diluar rumah.

Fatma keluar dari dapur menuju ke ruang tamu rumah. Muaz baru balik kerja. Baru masuk ke dalam rumah.

"Aku dapat naik pangkat." Kata Muaz. Suaranya ceria. Gembira.

Fatma senyum dan hanya mengucapkan tahniah.

"Rezeki orang berkahwin namanya. Tah-tah, rezeki anak. Kau ada pergi check up? Ke ada rasa pening nak muntah ke?" Tanya Muaz.

"Mak dah tau?" Tanya Fatma.

"Mestilah dah. Aku baru balik rumah mak la ni. Ingat nak celebrate dengan family aku dulu. Lepas tu, baru balik. Tapi, mak suruh aku balik, bagitahu kau." Kata Muaz.

"Call pun boleh." Balas Fatma.

"Itu lah. Aku nak call tadi. Mak kata, balik. Bagitahu kat kau depan-depan. Tambah, aku kena bincang dengan kau ni." Kata Muaz.

"Apa dia?" Tanya Fatma.

"Aku dapat jadi assistant branch manager dekat Johor. So, kita akan jadi weekend couple." Jawab Muaz.

"Aku ikut kau lah pindah. Aku pun belum ada kerja lagi." Balas Fatma.

"Gaji aku bukan besar pun. Nak sewa rumah lagi. Nak itu. Nak ini. Kalau aku pergi sorang, aku boleh sewa rumah dengan orang lain. Jimat sikit." Balas Muaz pula.

Fatma diam. Malas nak melawan kata. Dia tak akan menang lawan cakap dengan Muaz. Dari dulu lagi.

"Bila kau lapor diri?" Tanya Fatma.

"3 hari lagi. Tapi, aku ingat, esok aku nak bertolak ke sana. Nak cari rumah sewa. Nak tengok tempat dia macam mana." Jawab Muaz.

Fatma angguk.

"Kau tak nak ucap tahniah kat aku ke?" Tanya Muaz.

"Tahniah."

"Macam tak ikhlas langsung. Kau tak happy ke? Suami kau naik pangkat ni?" Tanya Muaz lagi.

"Kau rasa aku patut happy ke sedih? Weekend couple? Pastu bila kau busy, jadi monthly couple." Kata Fatma dan terus berlalu masuk ke dalam bilik mereka.

Muaz ikut masuk ke dalam bilik. Dia mendekati Fatma yang sudah memberikannya tuala mandi.

"Kau merajuk ke?" Tanya Muaz.

"Dah kau decide macam tu, macam tu lah. Aku ni, ikutkan aja." Balas Fatma.

"Aku janji, aku balik tiap-tiap minggu. Busy macam mana pun, aku balik. Itu janji aku kat kau."

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now