Fatma duduk dikerusi, ditaman rumahnya. Ditemani dengan bunyi waktu malam. Dia memikirkan cadangan yang diberikan oleh Essam.
Dia menarik nafas dalam.
"Kenapa macam berat sangat ni? Tak dapat jawab ke paper tadi?" Tanya bapanya, Encik Harun.
"Taklah, ayah. Paper tadi, alhamdulillah. Dah habis. Tunggu result keluar. Lepas tu, boleh apply kerja pula. Tak sabar nak kerja." Jawab Fatma.
"Dah tu? Apa yang berat sangat sampai mengeluh macam tu sekali?" Tanya Encik Harun.
Fatma memandang bapanya. Dia malu sebenarnya mahu memperkatakan tentang hal ini. Tapi, ini berkenaan dengan hidupnya. Dan apa pun,bapanya tetap kena tahu.
Sekali lagi nafasnya dilepaskan kasar.
"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam bersama dengan bunyi enjin motor dimatikan setelah diparkirkan berdekatan dengan tempat Fatma dan Encik Harun sedang bersantai.
Muaz turun dari motornya. Dibuka helmet dan diletakkan dibakul motor Honda capcainya. Dia bersalaman dengan Encik Harun sebelum duduk dikerusi yang masih kosong dimeja batu itu.
"Kenapa datang malam-malam ni, Muaz? Macam tak boleh tunggu esok." Tanya Fatma.
"Pergi buat air, Fatma." Arah Encik Harun. Dia rasa, kedatangan Muaz membawa berita besar. Dia dapat rasakan.
Fatma bangun dan ke dapur.
"Kenapa Muaz?" Tanya Encik Harun bila Fatma sudah hilang dari pandangan.
"Tengahari tadi, Essam cadangkan supaya saya dan Fatma bernikah. Nikah sekali dengan dorg. Essam dan Hajar. Boleh naik pelamin sama-sama katanya. Lepas tu, saya fikirkan cadangan dia tu. Ni yang datang ni." Jawab Muaz.
"Oh." Itu saja jawapan balas Encik Harun.
Dia dah lama mahu cadangkan hal tersebut. Dia mula tak selesa dengan mulut orang kampung yang sentiasa memerhati keakraban Fatma dan Muaz. Sementa la Muaz juga selalu datang ke rumah ini setiap kali Fatma balik ke sini.
Dia tahu, antara keduanya tak ada pun perasaan antara satu sama lain. Hanya kawan. Tapi, orang yang melihat tak rasa begitu. Mereka memandang itu sebagai maksiat.
Dia pun sedar. Sememangnya antara lelaki dan perempuan itu, ada batas pergaulan. Walaupun tak berpegangan tangan apatah lagi berpelukan, tapi, tetap berduaan. Walau hakikatnya mereka berempat.
Mungkin sebab Essam dan Hajar sudah bertunang, maka tumpuan mata masyarakat adalah kepada Muaz dan Fatma.
"Saya rasa ada bagusnya juga saya dan Fatma nikah. Itu pun kalau pakcik setuju." Kata Muaz setelah lama mendiamkan diri. Sama ada mengumpul semangat untuk melamar Fatma ataupun masih mempersoalkan keputusan yang sudah dibuat.
"Kau gila apa? Perkahwinan ni bukan isu kecil. Bukan boleh main ikut suka je. Main asal ada." Kata Fatma sambil meletakkan dulang yang dipegangnya ke atas meja. Dia menuang air ke dalam cawan dan meletakkannya dihadapan Encik Harun, Muaz dan dirinya.
Semerbak bau kopi menenangkan sedikit fikiran yang bercelaru.
"Aku dah fikir masak-masak dah. Aku dah timbal baik buruknya. Tak salah pun kalau kita nak nikah. Kita pun baru lepas exam. Aku kerja pun tak ada lagi. Nak kumpul duit hantaran tu, mungkin ambil masa. Apatah lagi nak kumpul duit untuk buat majlis lagi. Aku rasa, sementara ada orang offer ni, apa salahnya. Kita pun bukan orang berada. Bukan orang kaya. Apa salahnya kita ikut saja cadangan Essam tu? Ada masa 6 bulan lagi. Sempatlah aku nak kumpul duit untuk bagi hantaran untuk kau." Kata Muaz.
Fatma geleng.
"Ini keputusan gila. Benda baru je diusul. Kau dah kata kau dah fikir masak-masak." Bidas Fatma.
"Bukan nak buat maksiat pun. Cuma halalkan hubungan je. Niat baik. Kenapa nak dilambatkan." Balas Muaz.
Padanya, usul Essam itu bagai diiberikan bantal kepada orang mengantuk.
"Kau cintakan aku?" Tanya Fatma. Memandang tepat ke mata Muaz.
"Cinta bukan kayu ukur sebuah hubungan suami isteri. Yang penting, kita care each other. Respect each other. Macam kau dan aku sekarang. Kita selesa berdua. Tak mustahil, cinta itu akan wujud selepas kahwin." Balas Muaz.
Fatma mengeluh.
Jawapan selamat Muaz. Jelas yang tiada cinta Muaz untuknya.
"Ayah setuju dengan kata Muaz tu. Cinta boleh dipupuk." Sampuk Encik Harun.
"Tapi ayah..."
"Pakcik dah setuju, aku anggap kau dah setuju. Terima kasih, pakcik." Kata Muaz dan terus berlalu.
Dia kenal Fatma. Kata ayahnya adalah katanya. Walaupun dia tak setuju. Asalkan itu kemahuan ayahnya, pasti dia tak akan membantah.
Jimat duit aku.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.