BH 11

1.1K 49 6
                                    

"Abang ingat isteri abang tu baik sangat ke? Saya duduk sini, saya spy dia. Saya nampak sendiri. Dia keluar makan dengan lelaki lain. Berdua-duaan. Orang-orang kampung pun cakap benda yang sama. Dia tu, curang. Nusyuz!" Jerit Murni. Meluahkan rasa marahnya.

Muaz langsung tak percaya. Dia kenal Fatma lebih dari sesiapa pun. Fatma bukan jenis yang mudah mesra dengan sesiapa. Kalau orang tu tak kena dengan kepalanya, dia akan mengelak.

Lagipun, dia tahu, hanya dia ada dalam hati Fatma. Takkan ada yang lain. Dan Fatma bukan jenis murah.

"Abang tak percaya, abang tanya orang-orang kampung tu. Mereka boleh jadi saksi perangai buruk isteri abang tu." Murni cuba menyakinkan Muaz.

Muaz diam. Mengabaikan apa yang Murni katakan. Segalanya adalah mustahil.

Kalau begitu perangai Fatma, dari dulu dia pasti tahu. Mereka bukan kenal setahun dua. Dari sekolah menengah hingga sekarang. Dan mereka juga rapat. Tuduhan Murni itu, menyimpang 100% dari Fatma yang dia kenal.

"Berlagak baik saja. Padahal belakang abang, bukan main ligat. Sebab tu, dia tak kisah abang balik ke tak. Tah-tah, dah sampai tidur bersama agaknya." Murni masih tak berputus asa meracun fikiran Muaz.

Sudah pelbagai cara dia lakukan supaya Muaz dan Fatma bercerai. Tapi, Muaz tak pernah termakan dengan caranya. Malah, hubungan Muaz dan Fatma makin erat. Muaz yang dulu tak mengendahkan kewujudan Fatma, kini, setiap masa Fatma.

Dia yang sudah sedia cemburu makin mencemburui Fatma. Hatinya panas setiap kali mendengar suaminya bercakap dalam telefon dengan Fatma. Walaupun sekadar ucapan selamat malam.

Sejak mengandungkan Naufal, perasaan ingin memiliki Muaz secara mutlak makin membuak. Dia tak mahu Muaz membahagi masa antaranya dengan Fatma atau mana-mana perempuan lain. Muaz hanya untuknya.

Bila dia minta Muaz menceraikan Fatma, Muaz mengamuk. Tak pernah Muaz mengamuk dengannya. Disebabkan itu, Muaz yang selama dia mengandung sehingga Naufal lahir sentiasa dengannya, balik ke pangkuan Fatma.

Meluap rasa hatinya. Bukan sekejap seperti selalu. 3 hari dia dirumah Fatma. Siap ambil cuti. Sedangkan selama ini, dia hanya akan berada dirumah Fatma untuk semalam paling lama. Selalunya hanya beberapa jam. Dan kemudian, dia akan balik ke pangkuannya.

Kerana itu, hatinya nekad. Dia akan buat apa saja, walaupun dia terpaksa melakukan hal yang paling buruk dalam hidupnya.

Menfitnah Fatma.

Dia berikan maklumat palsu kepada makcik-makcik kepoh yang selalu bersidai, menjana cerita orang sana sini. Dia katakan, Fatma perampas. Menceritakan cerita sedih macam mana Fatma menggoda suaminya. Tentang hidupnya yang tak tentu hala. Akhir sekali, dia katakan yang Fatma curang. Kesian kepada suaminya ditipu oleh Fatma. Dia cuba nak selamatkan suaminya tanpa memburukkan Fatma. Tapi, suaminya langsung tak percaya.

Tak sangka, baru beberapa hari dia bercerita, kisah itu sudah tersebar seluruh kampung. Setiap kali dia datang ke kampung itu untuk memerhatikan Fatma, pasri dia akan disapa dan diberi ucapan takziah dan supaya dia terus kuat mempertahankan rumahtangganya.

Tapi, cerita itu langsung tak memberi kesan kepada Fatma. Dia mahu Fatma mengamuk dan meminta cerai dari Muaz. Semuanya tak jadi.

Ganggu Fatma sudah. Ganggu ayahnya sudah. Tabur fitnah sudah. Kini adalah racun yang terbesar dia mahu berikan agar hubungan Fatma dan Muaz berakhir.

"Entah-entah, hari ni dia nak pergi berjimba dengan lelaki tu. Abang kan dah nak balik JB. Lagipun, Fatma tahu, abang kalau dah dekat sini, tak balik dah sana." Kata Murni.

Seminggu disini, dia dah siasat aktiviti Fatma. Fatma ada kelas zumba dengan kawan-kawan sepejabatnya setiap Ahad petang. Dan Fatma sangat aktif menghadiri kelas itu. Sementalah, Fatma seorang yang menjaga kesihatannya.

"Awak ni, Murni. Kalau mulut awak tu cakap yang baik-baik tentang Fatma, tak boleh ke? Sakitlah telinga saya. Sebab tu, saya suka bercakap dengan Fatma. Bila bercakap tentang awak, dia akan selalu memuji awak. Ingatkan saya tentang tanggungjawab saya kepada awak. Sedap telinga saya nak dengar." Nasihat Muaz.

"Abang tu, semua saya cakap, semua salah. Abang tak percaya, abang pergi. Fatma confirm tak ada dekat rumah." Kata Murni.

"Allahu akhbar. Subhanallah. Murni!" Tinggi suara Muaz.

"Pergilah kalau abang tak percaya cakap saya." Murni memberanikan dirinya. Sedangkan hatinya ketakutan bila Muaz naik angin begitu.

Muaz geleng dan terus bangun. Dia mengambil kunci keretanya dan terus memandu ke rumah Fatma. Hatinya perlu ditenangkan. Dan dia perlukan Fatma untuk memujuknya. Dengan caranya.

"Sebaik sampai diperkarangan rumah Fatma, ada dua buah kereta asing terparkir dilaman rumah Fatma.

Dia keluar dan berjalan perlahan sambil cuba untuk mengecam kereta tersebut. Mungkin saudara-mara. Saat dia sampai ke pintu rumah, dia terkejut dengan bunyi dulang jatuh ke lantai dan kaca pecah.

"Apa dia? Pinang?" Suara Fatma meninggi.

"Ya. Jangan terkejut sangat. Sampai jatuh dulang tu." Kata satu suara asing. Yang lain ketawa.

"Anak kami Hasnol, dah lama berkenan dengan Fatma, anak Encik Harun ni. Dah tak sabar katanya nak dijadikan isteri." Sambung suara tadi.

"Isteri?" Muaz pula terkejut. Suaranya tinggi.

"Ya. Awak ni siapa? Abang dia?" Tanya salah seorang tetamu diruang tamu itu.

"Apa ni, Fatma?" Tanya Muaz.

"Aku tak tahu." Jawab Fatma.

"Macam mana pula kau tak tahu? Siapa Hasnol tu?" Jerkah Muaz yang makin rapat dengan Fatma.

"Budak office aku."

"Kau berlagak single ke selama ni? Sampai officemate kau tak tahu yang kau dah ada suami?" Jerkah Muaz lagi.

"Aku dah cakap dekat dia. Tapi, dia yang tak percaya. Takkan aku nak tunjuk sijil nikah kita pula." Balas. Fatma. Dia memandang tepat mata Muaz.

"Kalau perlu, kenapa tak? Ke kau memang nak aku ceraikan kau supaya kau boleh kahwin dengan Hasnol tu? Ha?" Berang sudah Muaz.

Segala cerita yang diceritakan Murni, terngiya di benaknya. Hatinya mula mahu mempercayai kata-kata Murni.

"Muaz, Fatma. Sudahlah tu. Ini salah faham saja. Encik-encik dan puan-puan, bolehlah balik. Fatma anak saya ni dah lama jadi isteri orang. Ini suami dia. Baliklah." Kata Encik Harun dengan lembut.

"Tak payah. Teruskan. Kau nak sangatkan? Aku ceraikan kau dengan talak 1." Kata Muaz dan terus keluar.

Fatma kaku.

Tak sangka, semudah itu Muaz membuat keputusan. Tanpa mendengar pembelaannya. Tanpa bertanyakan kepastian. Tanpa menyiasat.

"Astagfirullahalazim." Dan Fatma terus jatuh. Pengsan.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now