BH 23

1.1K 52 6
                                    

"Kau ni kalau tak susahkan aku, tak boleh ke?" Marah Wafa.

Dia memimpin Faris yang mahu keluar. Rimas katanya duduk terperap dalam bilik. Maka, terpaksalah juga dia membantu Faris. Dia sendiri sudah bosan duduk saja didalam bilik Faris ini.

"Kalau aku tak susahkan kau. Aku nak susahkan siapa?" Balas Faris.

"Adik-adik kau la. Apa guna ada adik-adik lelaki yang gantang-gantang kalau tak boleh nak tolong abang dia yang besar gedabak ni." Balas Wafa pula.

"Kau admire adik aku ke? Yang mana satu? Iman? Haidar? Ke Hafriz?" Usik Faris.

"Agak-agak la. Dorang tu dah macam adik-adik aku je." Balas Wafa.

"Habis tu? Aku?" Usik Faris lagi.

"Kau kalau mengarut, aku tolak kau. Bagi teruk lagi kaki kau tu." Ugut Wafa.

Faris ketawa.

"Assalammualaikum." Satu suara memberi salam dimuka pintu.

"Waalaikummussalam." Jawab Faris dan Wafa serentak.

"Pakcik. Masuk lah." Jemput Faris bila Wafa diam. Kaku.

Kejadian Encik Muaz memeluk dan mencium Wafa, buat Wafa rasa tak selesa. Dia rasa seperti Encik Muaz cuba untuk mencabulinya.

"Oi. Babah kau tu. Pergilah salam." Tegur Faris walaupun dia tahu kenapa Wafa kaku.

Walau apa pun yang Wafa rasa, Encik Muaz tetap bapa kandungnya. Rasa rindu kepada bapanya berubah menjadi benci dan dendam. Sama seperti emaknya

"Ha Muaz. Ada apa kau datang ni?" Tanya Puan Fatma menyelamatkan Wafa dari bersalaman dengan bapanya

Encik Muaz duduk dikerusi rotan diruang tamu. Melihat keliling rumah ini. Langsung tiada perubahan sejak 18 tahun yang lalu.

"Pergi buat air, Wafa." Arah Faris.

Wafa hanya mengikut. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu untuk berhadapan dengan bapanya itu. Lama dia didapur. Cuba mengelak dari menerima sebuah hakikat.

Selesai meletakkan cawan dan teko berisi air teh O panas, dia membawa dulang itu ke depan. Dilihatnya Puan Fatma tiada disitu. Dia memandang Faris.

Faris mengarahkannya duduk disebelahnya dengan pandangan mata. Wafa hanya mengikut.

"Wafa, kan?" Tanya Encik Muaz.

Wafa angguk. Masih takut.

"Wafa ikut daddy balik JB, ya? Tinggal dengan daddy. Biar daddy pula jaga Wafa." Lembut saja suara Encik Muaz memujuk.

"Tak nak."

"Bagi peluang kat daddy jaga Wafa. Bagi peluang kat daddy kenal Wafa." Pujuk Encik Muaz lagi.

"Tak nak!" Suara Wafa mula sedikit tinggi.

Faris menggenggam tangan Wafa. Menarik Wafa supaya rapat dengannya. Dia mahu memberi Wafa sedikit kekuatan untuk menolak permintaan Encik Muaz itu. Dia tak nak berjauhan dan kehilangan Wafa.

"Please Wafa. Ikut daddy ya." Rayu Encik Muaz.

Encik Muaz mendekati Wafa. Duduk disebelah Wafa. Cuba untuk memegang bahu Wafa.

Wafa terus bangun. Dia berdiri memandang Encik Muaz. Tajam.

"Jangan paksa Wafa!" Dan dia terus masuk ke dalam biliknya.

"Wafa!" Panggil Faris dan bangun. Dengan kaki yang terhinjut-hinjut itu, dia berjalan menuju ke bilik Wafa.

Dia duduk dikatil Wafa. Dinaikkan kakinya perlahan dan melunjur. Dihadapannya Wafa yang sedang menangis. Dia hanya memandang.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now