BH 42

944 54 0
                                    

"Wafa." Panggil Asfar.

Wafa berhenti. Dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dia melihat Asfar yang tidak terurus. Serabut.

Dia berjalan mendekati Asfar. Berdiri dihadapan lelaki yang pernah menjadi tunangnya itu. Dia nampak air mata Asfar mengalir.

Wafa geleng.

Ingin saja dia menyapu air mata itu. Tapi, dia tahu batas antara mereka. Lantas, apa lagi yang dia boleh lakukan selain memandang simpati.

"Saya tak boleh lupakan awak." Kata Asfar. Terasa sakitnya berpisah dengan Wafa.

Walaupun hubungan mereka hanya seketika, tapi, dia rasa bersalah. Sepatutnya, dia beritahu mamanya siapa Wafa sebelum hubungan dan perasaannya pergi lebih jauh. Dia kenal mamanya. Dia tahu salahsilah keluarga Wafa.

"Saya yang salah. Saya minta maaf." Kata Asfar. Tangisannya menjadi makin jelas bila dia bercakap.

Wafa angguk.

"Saya minta maaf. Bolehkan awak kembali semula kepada saya. Saya perlu awak." Rayu Asfar. Dia sudah berlutut dihadapan Wafa.

Mata Wafa memandang sekeliling. Rakan-rakan pejabat yang baru tiba, mula mengerumuni mereka. Mula mulut-mulut puaka merembeskan bisa yang menguris hati. Tanpa menyiasat apa sebenarnya yang terjadi.

"Faris. Patah balik." Segera Wafa menelefon Faris.

Kebetulan, hari ini kereta Faris rosak dan dia meminjam kereta Wafa. Makanya, terpaksalah dia menghantar Wafa. Tak sangka, perjalanan yang disusun Allah itu, cantik.

"Wafa... Tolong. Kembali semula kepada saya. Saya tak boleh tak ada awak. Saya rasa sunyi. Saya rasa something is missing." Menangis Asfar merayu.

Wafa tak tahu apa yang patut dia lakukan. Menunggu ketibaan Faris adalah langkah yang paling bijak dia rasakan ketika ini.

"Saya dah cuba. 2 bulan saya cuba. Tapi, semangat saya makin hilang." Asfar masih merayu.

"Wafa." Panggil Faris.

"Faris. Tolong pujuk Wafa terima aku semula." Kata Asfar kepada Faris sebaik saja melihat Faris disitu.

Faris mendekati Wafa dan memeluk tubuh itu bila dia lihat Wafa hampir menangis. Menyorokkan wajah itu disebalik tubuhnya.

"Asfar, baliklah. Tak elok macam ni. Yang dah lepas, lepaslah. Move on." Kata Faris.

"Tak boleh Faris. Aku dah cuba." Kata Asfar. Menggelengkan kepalanya.

"Terus cuba. Jangan sampai hidup kau musnah sebab ni." Kata Faris.

"Aku dah musnah tanpa Wafa." Kata Asfar.

"Bangunlah Asfar. Terima hakikat. Wafa bukan untuk kau." Pujuk Faris.

"Kalau Wafa bukan untuk aku, untuk siapa? Kau?" Tiba-tiba Asfar bangun dan mengamuk.

"Dia memang milik kau pun. Mana dia pernah jadi milik aku pun. Asyik-asyik kau!" Berang Asfar.

Wafa memeluk lebih erat tubuh Faris. Menghalang Faris dari bergerak. Dia tahu, bila-bila saja, penumbuk Faris akan melayang kepada Asfar.

"Tengok lah tu. Kalau aku, nak pegang tangan pun tak boleh. Bila dengan kau, sedap saja dia peluk. Dasar perempuan..." Kata Asfar terhenti disitu kerana ditampar oleh Wafa.

"Jaga sikit mulut awak. Saya hormat awak sebab awak pernah jadi sebahagian dari masa lepas saya. Orang yang pernah buat saya bahagia. Tapi, jangan buat saya hilang hormat pada awak!" Kata Wafa. Mengesat air matanya.

Asfar terkelu melihat air mata Wafa. Tahu, air mata itu adalah untuknya. Dia terasa seperti baru tersedar dari mimpi yang menyedihkan.

"Jangan salahkan saya. Jangan salahkan diri awak. Jangan salahkan sesiapa pun. Terima semua ni sebagai sebahagian dari ujian hidup." Kata Wafa sebelum dia sendiri menarik Faris untuk beredar.

Asfar merenung langkah dua manusia itu berlalu. Kata-kata Wafa itu akan diingatnya. Dia berjanji dengan dirinya untuk tidak lagi mengganggu hidup Wafa.

Doanya, Wafa akan bertemu kebahagiaan yang dia cari. Kerana Wafa adalah perempuan pertama yang pernah singgah dihatinya. Maka, dia mahu melihat Wafa senyum dan bahagia.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now