Fatma memandang pakaian yang digantungnya. Baju itu, diberikan Muaz. Dia masuk ke bilik selepas reda menangis. Dia nampak sebuah bag yang berisi baju itu. Dia ambil dress labuh berwarna putih. Berlapis-lapis dibahagian bawah. Nampak cantik dan classic.
"Aku tunggu kau ditempat yang dijanjikan." Masih terngiyang suara Muaz.
Perlukah dia pergi?
"Fatma." Panggil Encik Harun dipintu bilik Fatma.
"Pintu tak kunci, ayah." Kata Fatma.
Encik Harun masuk dan melihat Fatma yang masih memandang baju yang tergantung didinding. Dia mendekati Fatma.
"Pergilah." Kata Encik Harun.
Fatma memandang ayahnya. Lama. Kemudian dia angguk.
Dia segera menyiapkan dirinya. Menyolek wajahnya dengan solekan yang nipis. Mendandan rambutnya. Disanggul ringkas.
Encik Harun hanya memandang. Setelah siap, dia bangun dan keluar. Memberi ruang untuk anaknya itu menukar pakaian.
"Nak ayah hantar?" Tanya Encik Harun.
Fatma geleng.
Dia mengambil kunci keretanya. Menyalami tangan ayahnya.
"Doakan Fatma." Katanya.
Itu yang dia perlukan. Doa supaya Allah berikannya kekuatan dan kesabaran.
Encik Harun angguk. Tak pernah sekalipun dia lupa untuk mendoakan anaknya. Sentiasa.
Fatma memandu ke tempat yang dijanjikan. Selawat tak lekang dari bibir dan hatinya. Dia sangat perlukan bantuan Allah. Terutama disaat ini. Dalam masa yang sama, dia berharap Muaz tak akan datang.
Tapi harapannya punah bila sampai saja di tempat parking, Muaz sudah berdiri dihadapan keretanya. Dan kebetulan, sebelah kereta Muaz kosong. Jadi, dia hanya masuk ditempat parking tersebut.
"Assalammualaikum." Ucap Fatma.
"Waalaikummussalam." Muaz membalas ucapan salam Fatma. Dia memandang Fatma yang sedang tersenyum manis memandangnya. Berjalan mendekatinya.
Dia kemudian menarik Fatma ke dalam pelukannya. Entah kenapa. Hatinya rasa sangat sayang kepada Fatma. Baru dia sedar. Dia sememangnya sayangkan Fatma. Selama ini, dia rasa Fatma hanya isteri. Fatma tak menarik seperti Murni. Fatma tak menggoda seperti Murni.
Tapi, dia baru sedar, itulah keistimewaan Fatma. Biasa-biasa itulah yang dia selesa. Yang buat dia jatuh cinta tanpa dia sedar.
"Jangan macam ni. Malu. Tempat awam ni." Fatma menolak dengan perkataan. Tapi dia sendiri tak menolak.
Pertama kali dia rasa pelukan ikhlas dari Muaz. Bukan kerana dia inginkan sesuatu.
"Jom. Essam dan Hajar dah ada kat dalam." Ajak Muaz.
Dia menggenggam tangan Fatma. Beriringan masuk ke dalam restoran yang ditempahnya. Restoran eksklusif yang memberi ruang privasi untuk setiap pelanggan mereka.
"Cantiknya, Fatma." Jerit Hajar dan berlari anak mendekati Fatma. Dia memeluk Fatma.
"Muaz yang belikan baju ni." Kata Fatma selepas pelukan mereka terlerai.
Mereka berjalan beriringan. Hajar membawa Fatma duduk disebelahnya dan Muaz duduk dihadapan Fatma.
Rasa tak jemu memandang Fatma.
"Happy 3rd anniversary Hajar, Essam." Ucap Fatma.
Essam senyum.
"Happy 3rd anniversary to you both too." Balas Hajar.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.