"Apa perasaan kau dekat Faris?" Tanya Zafrul selepas mereka selesai berbincang tentang tugasan yang diberikan.
"Kawan." Balas Wafa.
Bukan tak mahu katakan Faris suaminya tapi soalan yang ditanya adalah tentang perasaannya. Jadi, itulah jawapan yang sebenarnya.
Langsung tak pernah rasa yang Faris adalah suaminya. Walaupun itu hakikat. Faris pun, tak ada memaksa atau memintanya untuk menganggap perkahwinan mereka itu yang benar.
Walaupun dia memberi Faris ruang untuk memuaskan nafsunya, tapi, Faris tetap seperti dulu. Langsung tak pernah cuba untuk 'makan'nya.
Yang beza cuma, Faris menanggung hidupnya. Bukan mak lagi.
"Sampai berpelukan?" Tanya Zafrul.
"Dah biasa. Dari kecil macam tu." Jawab Wafa. Tenang.
"Tidur serumah?"
"Dah biasa. Aku selalu tidur kat rumah dia. Dia pun selalu je ke rumah aku bila tak sekolah." Balas Wafa.
"Tidur sebilik?"
"Kalau aku tidur sebilik dengan dia pun, bukan masalah kau." Balas Wafa dengan suara mendatar. Tapi, hatinya sudah mula panas.
Apa masalahnya kalau Faris tidur sebilik dengannya. Tidur sekatil sekalipun. Faris suaminya. Hubungan itu halal.
"Aku bukan tuduh. Aku tanya saja." Zafrul membetulkan tanggapan Wafa.
"Dia ada bilik dia. Aku ada bilik aku. Kalau pun tidur sekatil, bukan masalah kau." Balas Wafa. Dia terus bangun dan meninggalkan Zafrul dan Asfar.
Zafrul hanya memandang Wafa. Timbul rasa ingin memiliki tubuh gempal itu. Dalam mindanya sudah terbayang Wafa dan Faris. Membuatkan dia rasa tercabar. Dia rasa, dia lebih layak untuk Wafa.
Kerana dia mencintai Wafa. Faris hanya kawan. Tapi Faris dilayan seperti seorang yang istimewa.
"Mesti Faris 'sedap'kan dapat Wafa. Tu yang dia tak kisah pandangan orang kat dorang. Kan?" Kata Zafrul.
"Jangan nak menuduh. Kau juga cakap kalau Wafa tak cakap apa-apa. Maknanya tak." Balas Asfar.
"Logiklah. Kan dia cakap tadi. Tidur sekatil." Kata Zafrul.
"Kan dia cakap. Dia dengan Faris dah biasa macam tu sejak kecil." Balas Asfar lagi.
"Kalau Faris boleh. Kenapa aku tak boleh?" Tanya Zafrul. Mencabar dirinya sendiri.
"Jangan nak buat bukan-bukan dekat Wafa tu. Dia tu, nampak macam senang kena buli. Tapi, ada silat tu." Kata Asfar.
"Banyak betul kau tahu pasal dia." Perli Zafrul.
Asfar diam.
"Aku tak kira. Aku nak juga Wafa tu. Aku akan rebut Wafa dari Faris. Wafa, aku punya. Milik aku." Zafrul menanam ayat itu ke dalam mindanya.
Bukan hanya kerana cinta tapi, cintanya sudah dikaburi oleh nafsu.
"Rebut hati dia dulu. Buat dia jatuh cinta pada kau. Jadikan dia yang halal untuk kau. Barulah boleh buat apa yang kau bayangkab tu." Kata Asfar.
"Itu yang aku nak buat." Balas Zafrul.
"Jangan berkasar dengan dia. Menyesal kau nanti." Tambah Asfar.
"Kau ni..."
"Aku pesan saja."
"Aku tahulah." Marah Zafrul.
Benggang dengan Asfar yang memberi pelbagai nasihat yang dia tak pinta. Dia tahu apa yang perlu dia buat.
Dia bukan cetek agama. Dia lelaki yang solat. Masih ada iman. Lagipun, memang dari mula hatinya terpaut pada Wafa, niatnya memang mahu menjadikan Wafa isteri.
Cuma, bila Wafa mengatakan dia tidur sebilik dan sekatil dengan Faris. Sedangkan Faris hanya kawan. Dia jadi tercabar. Dia ingin memiliki Wafa. Hanya untuknya.
Dia akan rampas Wafa dari Faris. Taraf keluarganya dan Faris tak banyak beza. Sama-sama dari keluarga yang mempunyai empire perniagaan. Pasti Wafa akan mempertimbangkan dirinya.
"Ah. Perempuan. Tabur duit, semua jadi. Tabur janji, semua boleh." Kata Zafrul kepada dirinya sendiri.
Tekadnya makin kuat. Akan dilakukan segalanya hanya untuk memiliki Wafa.
Asfar hanya geleng.
"Tak sangka. Budak gemuk tu menjadi rebutan. Bukan kaleng-kaleng. Zafrul anak Datuk Zuhairi. Faris Tan Sri Essam. Fuh... Kalau kata cantik, tak adalah kisah. Ini budak gemuk, selekeh, serabai tu jadi rebutan." Kata Asfar.
"Selera orang lain-lain. Kau mana tahu." Balas Zafrul.
"Yalah. Tapi pelik betul selera korang. Fitt yang duk kejar kau hari-hari tu, tak nak pula kau layan. Itu, baru betul cantik. Badan pun montok. Putih lagi. Rambut panjang. Lembut. Lebat. Baru menggoda dan mengiyurkan." Kata Asfar.
"Kau pun tak nak kat dia. Gedik lah apalah. Aku suka Wafa. Independent. Walau nampak macam senang dibuli, tapi, dia cool je kena keji. Tak melenting. Cool saja. Perempuan macam ni yang aku suka." Balas Zafrul.
Asfar diam.
"Nanti kalau dia dah jadi awek aku, tahulah aku nak hias dia. Bagi cantik." Sambung Zafrul.
"I wish you all the best. Tapi, ingat pesan aku. Jaga maruah Wafa. Itu yang dia ada. Yang dia banggakan." Pesan Asfar.
Zafrul diam. Merancang langkah yang perlu diambil untuk memikat hati Wafa.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.