BH 50

1.3K 58 4
                                    

"Wafa demam, Faris." Kata Puan Fatma sebaik saja talian telefon bersambung.

"Ha? Ya lah. Jap lagi Faris sampai." Jawab Faris dengan suara serak dan lemah.

"Aik? Kau pun demam ke? Ibu tau tak kau demam ni?" Tanya Puan Fatma.

Dia lupa. Kalau Wafa demam, pasti sebab Faris demam atau Faris akan demam kemudiannya. Ini kan pula sudah berminggu Faris tak datang berjumpa dengan Wafa.

Sama sewaktu Wafa ditahan wad kerana denggi. Tak sesiapa dibenarkan melawat kerana Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengelak penularan wabak covid. Seminggu Wafa dalam wad, Faris demam. Sudahlah tak dibenar merentas daerah. Tak dapat lah keluarga Faris menjengah. Terpaksa dia yang melawat Faris.

Ajak pergi klinik, tak nak. Nak dipaksa, dah besar. Sama je dengan Wafa. Kalau tak sebab Faris yang paksa, dan Faris yang terus hantar ke hospital. Pasti tak tahu dia denggi. Dan Faris, katanya, Wafa negatif covid. Maknanya dia hanya demam biasa.

Puan Fatma geleng kepala.

Dari kecil sampai dah besar. Seorang demam. Seorang pasti menyusul. Dahlah dua-dua susah nak makan ubat. Apatah kagi nak pergi klinik.

"Ibu tak tau. Baru je demam. Dua hari." Balas Faris.

"Pergi check lah. Sekarang ni. Bahaya lah." Pesan Puan Fatma.

"Faris datang ambil Wafa sama. Pergi doctor." Balas Faris.

"Ya lah." Balas Puan Fatma dan terus mematikan talian.

Selang setengah jam, Faris sudah sampai di rumah Puan Fatma. Dia masuk dan terus ke biliknya. Mandi, dan menukar pakaian. SOP perlu dipatuhi.

"Kata nak pergi check?" Tanya Puan Fatma.

"Wafa tak nak. Dia kata, dia bukan ada pergi mana-mana pun. Saya pun seminggu ni, tak de pergi mana-mana. Duk kat dalam rumah saja." Jawab Faris dan terus bergerak masuk ke dalam bilik Wafa.

Dia lihat Wafa sedang mengerekot kesejukan tanpa selimut.  Dengan kipas tak berpusing. Penghawa dingin memang tiada didalam bilik Wafa kerana dia tak tahan sejuk. Dia tahu, Wafa kesejukan.

Dia mendekati Wafa. Duduk disisi Wafa. Merasai suhu didahi Wafa.

"Erm... Faris." Dan terus saja Wafa senyum dan menarik tangan Faris. Tapi matanya terpejam.

"Kau mengigau ke apa ni?" Tanya Faris.

Tiada sambutan dari Wafa. Tapi, makin ditarik tangan Faris seolah-olah sedang memeluknya. Ia memaksa Faris untuk baring disebelah Wafa.

Lat beberapa ketika selepas Faris baring, Wafa mendekatkan dirinya dengan Faris. Seperti magnet. Dia datang melekat.

"Faris." Sekali lagi nama Faris diseru.

Faris diam. Dia tahu Wafa sedang mengigau. Tadi pun, sewaktu dia menelefon Wafa, Wafa hanya menjawab sepatah sepatah saja. Dan kembali tidur. Tak sempat dia mahu bertanya apa-apa lagi.

Sekali lagi Wafa bergerak. Makin rapat dengannya. Melingkar kaki mereka. Menggosok-gosok kakinya ke kaki Faris..

Faris capai selimut yang ada dibawah bantal Wafa dan menyelimut kaki mereka.

Baru saja dia mahu melayang, melayan ngantuknya, telefon bimbit Wafa berbunyi. Mengganggu ketenteraman yang sedang dirasainya. Terus saja dia mencapai telefon bimbit Wafa untuk mematikan suara. Namun, notification yang keluar, buat dia terus membuka. Asfar?

Sebuah lagu yang diedit dihantar kepada Wafa. Dia tak pasti lagu apa tapi bait lirik itu adalah.

Bukannya diri ini tak terima kenyataan.
Hati ini hanya rindu.

Faris mengeluh.

Dia lupa WhatsApp boleh menggunakan nombor lama. Dan dia memang lupa tentang itu memandangkan dia dan Wafa berkomunikasi dengan telegram. Langsung tak ingat tentang WhatsApp.

Dia menaip.

Lupakan Wafa. Jangan kacau isteri aku.
Kau pun dah nikah.
Focus pada isteri kau.

Dan kemudian, Faris mematikan terus telefon Wafa. Dia kembali memandang Wafa.

'Aku ingat, aku pilih kau yang gemuk dan selekeh ni supaya hati aku terpelihara dari disakiti. Tapi, hati aku masih sakit. Masih ada lelaki yang sukakan kau. Dan kau masih lagi mencari lelaki lain walaupun selepas di reject berkali-kali kerana bentuk fizikal kau. Tak boleh ke kau pandang aku seorang? Aku tak tahu sampai bila aku boleh tahan semua ni.' Kata hati Faris.

"Tahan ke tak. Kena jugalah aku tahan. Jauh dengan kau baru 2 minggu dah buat aku demam. Padahal, vc hari-hari. Setiap masa." Kata Faris.

Dia kemudian memejamkan matanya.

Puan Fatma yang mendengar kata-kata Faris itu mula susah hati. Dia rasa, dia perlu untuk lakukan sesuatu. Tapi, dia buntu.

"Hajar." Nama itu dia panggil sebaik talian bersambung.

"Kenapa ni?" Tanya Puan Hajar.

"Faris dengan Wafa demam." Kata Puan Fatma.

Puan Hajar ketawa.

"Nothing to surprise. Dorang dah berapa minggu tak jumpa kan?" Kata Puan Hajar.

"Aku risau ni. Tadi aku dengar Faris kata. Tak tau berapa lama dia boleh bertahan. Aku risau kalau dia give up." Kata Puan Fatma terus ke maksud asal menelefon sahabatnya itu.

"Sebab tu ke Faris tak pergi jumpa Wafa?" Tanya Puan Hajar.

"Agaknya."

Keduanya mengeluh.

"Aku pun tak tau nak buat apa dengan dorang ni. Dedua keras kepala. Cakap dorang je betul." Rungut Puan Hajar.

"Itu lah. Sampai Faris buka company lain dan dorang kerja bersama. Masih tak ada progress. Masih macam tu. 10 tahun dah kahwin. Sijil nikah pun tak ada." Tambah Puan Fatma pula.

"Itulah. Tak pula tu kena tangkap." Kata Puan Hajar.

"Kalau kena tangkap, sekadar untuk sijil nikh saj. Buat apa? Hubungan dorang yang penting. Bukan sijil nikah tu. Aku tak nak menantu lain. Faris dah cukup bagus untuk Wafa. Tersangat bagus." Ulas Puan Fatma.

"Kau tak cuba cakap dengan Faris? Aku hari tu, dah bercakap dengan Wafa. Tapi, dia kata. Faris tu kawan dia je. Dia tak layak langsung dengan Faris." Cerita Puan Hajar.

"Apa yang tak layaknya? Dah jadi isteri dah. Apa yang tak layaknya?" Tanya Puan Fatma bertalu-talu.

"Entahlah."

"Budak berdua ni, macam-macam lah. Buat aku pening kepala fikirkan dorang." Keluh Puan Fatma.

"Kau baru sorang. Aku 4 ni. Macam-macam perangai." Balas Puan Hajar.

Mereka berdua mengeluh lagi.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now