"Faris...." Wafa tersedu-sedu ditalian telefon.
"Kau kenapa ni?" Tanya Faris risau.
"Faris..."
"Aku kat rumah ibu ni. Mai sini." Kata Faris dan terus mematikan talian telefon.
10minit kemudian, Wafa tiba dirumah Encik Essam dan Puan Hajar. Faris sudah menunggu diluar. Dan terus ke pintu kereta Wafa sebaik kereta berhenti. Dibuka pintu kereta Wafa dan dilihatnya Wafa masih menangis.
Faris buka tali pinggang keselamatan Wafa dan mematikan enjin kereta. Dihulur tangannya kepada Wafa. Agar Wafa keluar dari kereta.
Wafa sambut dan terus saja dia memeluk Faris dan menangis didada suaminya itu tanpa segan atau malu. Dihemburkan semua rasa disitu.
"Dah?" Tanya Faris bila tangisan Wafa sudah tak lagi kedengaran.
Wafa leraikan pelukan dan angguk. Dia mengelap air matanya dengan belakang tapak tangannya.
"Jom. Masuk." Ajak Faris.
Mereka beriringan masuk ke dalam. Duduk diruang tamu. Di sofa. Dimana Encik Essam dan Puan Hajar turut berada.
"Kenapa ni Wafa?" Tanya Encik Essam.
Wafa geleng.
Faris memandang Wafa yang mahu menangis sekali lagi. Dia memeluk Wafa yang berada disebelahnya. Dia menarik nafas dalam.
Wafa memberikan sekeping kertas kepada Faris. Kertas itu, sempat dia ambil sebelum keluar dari kereta tadi. Entah kenapa dia ambil. Yang pasti, dia mahu kertas itu hilang dari pandangannya.
Faris mengambil dan membaca isi kandungannya. Sekali lagi dia menarik nafas dalam. Sesuatu yang dia dah tahu bakal berlaku. Dia pernah dengar rakaman suara seseorang yang mahu Wafa dipecat.
Rakaman itu, tanpa sengaja dia buka semasa menggunakan telefon ibunya, Puan Hajar. Namun, dia hanya biarkan bila melihat tarikh rakaman itu dihantar. Selepas 2 bulan, Wafa masih bekerja disitu. Cuma tentang jiwa Wafa diseksa. Dia tak rasa ianya dirancang.
Kehadiran Asfar merayu Wafa. Itu adalah pencetus mulut-mulut puaka yang tak tahu keadaan sebenar yang terjadi. Ditambah dengan kehadirannya yang datang memeluk Wafa. Makin kuat tanggapan mereka yang mengatakan Wafa curang.
Jadi, dia hanya boleh menjadi pendengar kisah sedih Wafa. Hanya mampu melihat Wafa menangis setiap hari kerana hatinya dilukai kata-kata yang menghiris. Dia tak mampu nak buat apa pun. Jika dia tampil cuba membetulkan tanggapan itu, hanya akan mengundang lebih banyak kata-kata nista. Yang akan menanggung semua itu, masih Wafa.
"Tak apalah Wafa. Bukan rezeki Wafa." Pujuk Encik Essam selepas mengambil kertas yang dihulurkan oleh Faris.
"Betul tu. Kalau susah sangat, Wafa kerja saja dengan Faris." Cadang Puan Hajar.
Encik Essam angguk. Setuju dengan cadangan isterinya itu. Lagipun, sememangnya Wafa yang uruskan kewangan Faris. Dari kecil. Kalau harap Faris pegang duit, habislah. Pasti aku berlaku pembaziran.
"Tak payah. Kalau kau tak kerja pun, bagus juga. Tak ada orang nak buli kau. Aku pun tak susah hati. Lagipun, aku lebih dari mampu nak tanggung kau." Kata Faris.
"Kau duduk sini. Jangan nak pergi mana-mana sampai aku balik." Kata Faris dan terus keluar.
Dia kemudian masuk semula dan minta kunci kereta Wafa yang sedang menghalang semua kereta dalam rumah ini. Dia kemudian, terus memandu ke pejabatnya.
"I nak fail semua suppliers kita." Kata Faris kepada setiausahanya, Hafriz. Dia terus masuk ke dalam biliknya.
Hafriz angguk dan terus saja mengambil fail yang dimaksudkan. Terus saja dia membawa masuk ke bilik Faris dan meletakkan diatas meja.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.