Kebetulan yang tidak disangka. Pejabat Wafa dan Asfar adalah dalam satu bangunan yang sama. Wafa bekerja di anak syarikat. Manakala Asfar di ibu pejabat.
Makanya, setiap hari, Asfar akan datang menjemput Wafa dirumah ke tempat kerja. Sememangnya dia mencari rumah sewa yang berdekatan dengan Wafa.
Bukan Asfar tak mahu bekerja di syarikat keluarganya. Tapi, dia mahu bebas. Mencari pengalaman. Hasilnya, pasti akan ditaburkan kepada syarikat milik keluarganya juga. Dia tidak berhasrat untuk selamanya berada disini.
Tapi, untuk masa sekarang, biarlah abangnya seorang menguruskannya. Dia mahu menumpukan pada hidupnya. Merebut hati Wafa.
Walaupun Wafa terima pinangannya tapi bukan bermakna Wafa terima dirinya. Faris terlalu kuat dalam hati Wafa. Hidup Wafa. Wafa sendiri pernah memintanya agar menerima Faris sebagai sebahagian dari dirinya. Hidupnya.
Sebagai seorang lelaki yang mencintai seorang perempuan, dia cemburu. Tapi, tetap juga dia perlu belajar untuk menerima semuanya itu. Andai itu yang boleh membuatkan Wafa terus senyum daj bahagia bersamanya.
"Lama tunggu?" Tanya Wafa saat duduk dihadapannya.
Asfar geleng.
"Kenapa muka tu?" Tanya Wafa lagi.
Asfar tetap juga geleng.
"Awak..."
Asfar memandang Wafa. Dia suka bila Wafa cuba untuk memujuknya. Dia rasa, Wafa perempuan paling ayu dan lembut tika itu.
"Tak ada apa-apa. Cuma teringat kat Wafa dan Faris." Kata Asfar.
"Awak. Cuba ya belajar terima Faris dalam hidup awak. Saya tak boleh kalo tak ada dia." Kata Wafa.
Asfar angguk.
"Jangan lebihkan dia dari saya." Pinta Asfar.
Wafa geleng.
"Maaf. Buat masa ni, dia masih lagi keutamaan saya. Awak selepas dia." Jujur Wafa.
Asfar menarik nafas panjang. Bertenang. Bukan perkara baru. Sejak setahun mereka bertunang. Isu ini tak pernah selesai.
"Awak. Saya ni, tunang awak. Berapa bulan lagi, saya akan jadi suami awak. Awak kena juga letakkan saya as your priority. Top priority." Kata Asfar. Lembut. Memujuk.
"Saya tahu. Saya sedang cuba untuk belajar. Beri saya masa." Pinta Wafa.
Asfar angguk.
Dia tahu betapa rapatnya Faris dan Wafa. Dari kecil hingga sekarang. Wafa sendiri menceritakan hal tersebut. Dan kerana itu juga, mereka tinggal serumah semasa di Perth dulu.
Walaupun alasan itu tak dapat diterima akal, tapi, Asfar cuba untuk bersangka baik. Sama ada Wafa masih dara atau tidak. Itu juga bukan isu. Bukan tak tercabar atau terlintas difikirannya. Tapi, dia memilih untuk melupakan semua itu.
Apa yang penting, usaha Wafa untuk menjayakan hubungan mereka. Dia nampak macam mana Wafa cuba untuk mengikut rentaknya. Cuba untuk menerimanya. Jadi, dia jelas. Wafa terima pinangan itu bukan kerana cinta.
Tapi, melihat betapa Wafa berusaha untuk menerima dirinya, itu sudah memadai. Cinta perlu dipupuk. Dan Wafa sedang melakukan itu. Kerana itu, dia harus sentiasa menyokong usaha Wafa itu. Bukan untuk Wafa tapi untuk dirinya sendiri.
Andai saja Wafa mencintainya. Tentu saja, dia adalah lelaki paling bertuah. Paling bahagia didunia.
"Awak nak makan apa ni? Macam biasa?" Tanya Asfar.
Wafa angguk.
Asfar bangun dan menuju ke kaunter restoran tersebut untuk memesan makanan. Wafa hanya memerhati. Terutama bila ada beberapa gadis yang sedang menempel dan cuba berbual dengan Asfar.
Asfar berusaha untuk meloloskan diri. Terutama bila melihat Wafa sedang memandangnya. Dia tak mahu Wafa salah faham. Tapi, mereka itu adalah teman sepejabatnya.
"Sorry." Kata Asfar sebaik saja dia duduk semula dikerusinya.
Wafa angkat kening.
"Kawan-kawan saya." Kata Asfar.
Wafa angguk.
Bukan tak biasa. Dah selalu. Asfar didekati oleh gadis-gadis dibangunan tersebut. Terutama sejak Asfar dinaikkan pangkat. Lagi ramai yang mahu memikat hati Asfar walaupun tahu, Asfar tunangan Wafa.
"Awak tak cemburu?" Tanya Asfar.
Wafa diam. Berfikir. Sememangnya dia langsung tak cemburu kerana dia tahu. Hanya gadis-gadis itu yang meminati Asfar. Bukan Asfar. Jadi, tiada sebab untuk dia cemburu.
Tapi, dia tak boleh kata dia tak cemburu. Nanti, Asfar akan fikir yang dia tak sayang. Tak cinta.
"Hak dorang nak menggatal. Lebih-lebih sangat tadi. Saya datang rescue awak." Balas Wafa.
Asfar ketawa.
"Mujur awak tak layan. Kalau awak melayan. Sama naik. Saya pergi je." Sambung Wafa lagi. Itu apa yang dia akan lakukan sekiranya ia terjadi.
"Boleh tahan awak punya cemburu ni." Balas Asfar.
"Tunang saya."
"Tunang saya juga."
Pada Asfar, itu cara Wafa lafazkan kata sayang. Jangan harap nak dengan Wafa kata dengan jelas. Sepanjang setahun perhubungan mereka, tak sekalipun lafaz itu diucapkan.
Bahkan, dia pun, tak pernah melafazkan kata sayang selepas pengakuannya dulu.
"Bila nak kata awak sayang saya?"
"Bila awak sah suami saya."
"Hari-hari?"
"Bila awak cakap. Saya reply."
"Saya bayangkan awak cakap setiap pagi waktu awak kejutkan saya."
Wafa diam dan senyum.
Rasa malu bila Asfar mula membayangkan kehidupan rumahtangga mereka. Rasa tak tercapai diakalnya. Tapi, dia cuba untuk simpan semua angan-angan Asfar. Supaya dia boleh lakukan bila mereka sudah sah nikah nanti.
"Malu la tu." Usik Asfar.
Wafa langsung tidak menafikan.
"Jom. Makan." Ajak Asfar bila pelayan restoran itu menghantar pesanan mereka.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.