"Muaz tahu kamu mengandung?" Tanya Encik Harun.
Fatma geleng.
"Kamu tahu kamu mengandung?"
Fatma angguk.
"Kenapa tak bagitahu Muaz?"
Fatma hanya mengalirkan air mata. Silapnya kerana tak memberitahu tentang perkara ini. Seandainya dia beritahu akan kandungannya ini, pasti, Muaz akan fikirkan banyak kali sebelum lafaz talak diberi.
"Macam mana sekarang ni? Nak ayah bagitahu dia?" Tanya Encik Harun.
Fatma geleng.
"Kenapa? Dia kena tahu. Ini hak dia." Kata Encik Harun sambil menunjukkan kearah perut Fatma.
Tak ada gunanya dia memberitahu Muaz. Dia kenal Muaz. Sekali hatinya sakit, selamanya orang itu tidak mampu dia pandang. Ambil tahu pun, dia tak sudi.
"Bagitahu dia, Fatma." Pujuk Encik Harun.
"Saya kenal Muaz. Dia dah putuskan hubungan dengan kita. Selamanya." Kata Fatma.
"Tapi, ini anak dia. Takkan terputus hubungan tu." Kata Encik Harun. Cuba untuk memujuk anaknya itu.
"Ayah. Cukup Muaz fitnah saya. Sampai dia jatuhkan talak. Jangan anak ini juga difitnah. Dikatanya anak haram. Jangan ayah. Biarkan. Biar dia tak tahu pun tentang anak dia ni." Rayu Fatma. Meminta agar ayahnya faham apa yang dia fikirkan.
Encik Harun diam.
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Fatma itu. Orang dalam keadaan marah. Macam-macam yang dia akan fikirkan. Semuanya buruk-buruk belaka.
Sementara diluar bilik wad yang menempatkan Fatma, Hajar dan Essam hanya mendengar. Hajar sudah mengalirkan air mata. Dia dapat rasakan kesakitan yang dirasai Fatma.
Essam memeluknya.
Mereka bergegas ke rumah Fatma selepas Muaz menelefon Essam. Menangis. Marah. Sambil menceritakan apa yang terjadi. Bila sampai dirumah Fatma. Kosong. Tiada orang. Kebetulan, seorang jirannya ada diluar. Jiran itu yang menceritakan hal yang terjadi. Tentang fitnah yang melanda Fatma didalam kampung itu. Dan Fatma pengsan dan dibawa ke hospital.
Setibanya dihospital, berita lain yang didengarinya.
Allah. Kuatkan hati sahabatku.
Tak putus-putus doa Hajar dan Essam. Agar segala kekuatan didunia ini, diberikan kepada Fatma.
Asalnya, mereka bergegas ingin berjumpa Fatma hanya untuk mendengar cerita sebenar. Tapi, cerita yang bukan-bukan yang didengarinya.
"Mana makcik tahu yang Fatma tu curang?"
"Bini laki dia sendiri cerita. Heboh satu kampung dah tau. Fatma tu perampas suami orang rupanya. Punyalah buat majlis besar-besaran. Rupanya, suami dia tu suami orang. Patutlah suami dia jarang balik sini. Rupanya, suami orang. Nasiblah. Siapa suruh rampas suami orang. Tapi, yang lagi buruk perangai dia. Dia curang. Keluar sana sini dengan jantan lain. Menjalang!"
Masih terngiya cerita makcik sebelah rumah Fatma. Yang menghairankan. Muaz ada isteri lain? Selain Fatma?
"Mungkin ini jalan yang Allah pilih untuk saya. Saya doa, agar Allah berikan jalan untuk saya. Yang membahagiakan saya dan Muaz. Mungkin kalau saya dan Muaz masih bersama, Murni akan terus mengganggu kami. Murni tak akan pernah berhenti untuk buat Muaz ceraikan saya." Kata Fatma.
Encik Harun angguk.
Dari kecil, dia ajar Fatma untuk memandang setiap yang berlaku itu pada sudut yang lain. Dan hingga kini, itu cara Fatma untuk menenangkan hatinya.
"Ini semua asbab saja. Hakikatnya, mamang jodoh saya dan Muaz sampai disini saja. Insya Allah, ada rezeki, saya jumpa dia di syurga. Menjadi bidadarinya." Kata Fatma. Menahan esakkannya.
Dia mahu berhenti menangis.
"Ayah, Fatma minta maaf. Ayah dah susah payah jaga Fatma dari kecil. Anak Fatma nanti pun, ayah kena tolong jagakan juga." Sambung Fatma.
"Tak apalah. Anak kamu tu, cucu ayah. Darah daging ayah." Balas Encik Harun.
"Satu lagi, ayah. Jangan hirau apa orang sekeliling nak cakap. Yang penting, kita tahu. Ini anak halal. Anak Muaz. Dan tolong, ayah. Jangan bagitahu Muaz atau keluarga dia atau kenalan dia. Ini anak Muaz. Saya tak nak, Muaz datang ambil anak ni." Pinta Fatma.
"Hajar dan Essam?"
"Mereka pun."
"Sampai hati kau nak sorokkan semua dari aku." Tiba-tiba Hajar masuk.
Dia berjalan mendekati Fatma. Berdiri disebelah katil Fatma. Essam juga.
"Aku ni siapa sampai kau nak berahsia? Aku ni, kawan baik kau tau. Susah senang kita bersama. Anak kau. Anak aku juga. Kita sama-sama besarkan dia." Tegas Hajar.
Essam angguk.
"Tapi,"
"Kami janji, tak akan begitahu Muaz tanpa izin kau." Janji Essam.
Hajar angguk.
Fatma memandang kedua sahabatnya itu. Bergilir-gilir.
"Janji."
"Janji."
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.