"Kau tak penat ke jaga aku? Dari kecil sampai sekarang." Tanya Wafa.
"Kau penat ke jaga aku?" Tanya Faris pula.
"Tak."
"Samalah."
"Tapi, kau pun tengah tak sihat. Meh sini. Rest sesama." Kata Wafa sambil mengalihkan tubuhnya ketepj. Membeti ruang untuk Faris berehat.
Faris menurut. Kepalanya sama berat. Namun, memikirkan Wafa yang juga demam, dia gagahkan juga badannya untuk memasak dan menyuap Wafa. Kerana Wafa kalau sakit, manjanya terlebih.
"Kau sakit kepala ke?" Tanya Wafa bila melihat Faris mengerutkan dahinya.
Faris angguk.
Wafa duduk. Dan menarik Faris untuk sama duduk. Dia kemudian berdiri dengan lututnya dibelakang Faris. Kepala Faris dipicit-picit sehingga ke belakang badan Faris. Berulag kali. Bila dia selesai, dia menepuk belakang Faris sebagai isyarat supaya Faris baring semula.
Faris baring. Dan terus memejamkan matanya. Tak mampu lagi mahu membukanya.
Rasa ringan dikepala selepas diurut oleh Wafa buat dia segera belayar ke dalam mimpi. Lupa tentang Wafa yang turut sama demam.
Wafa memandang wajah Faris yang sedang nyenyak tidur. Lama. Tanpa sengaja mengundang senyum dibibirnya.
"Kau ni, dari kecil sampai besar. Tak pernah tak handsome. Bertuah siapa yang miliki kau. Handsome, baik, berdikari. Romantik pun ya." Kata Wafa.
"Sepatutnya, aku lah yang bertuah tu. Ada kawan macam kau. Sekarang, kau suami aku. Tapi, aku sedar. Aku tak layak pun untuk kau. Kita macam enggang dan pipit dari semua segi." Sambung Wafa.
"Aku selalu doakan kau bahagia. Walau apa pun kau buat. Walau siapa pun dengan kau." Wafa mencium dahi Faris.
Dia menarik comforter yang membaluti tubuhnya dan dikongsikan dengan Faris bila dilohat Faris mula mengerekot kesejukan. Kemudian, dia baring. Rapat dengan Faris. Mencari haba dari lelaki yang sudah kena itu.
Matanya turut sama terpejam. Selesa bila begitu. Jika dulu, sewaktu kecil, beginilah mereka bila kesejukan. Bila Wafa sudah baligh, sudah punya rasa malu untuk berada diposisi sebegitu dengan Faris. Tapi kini. Tak salah untuk buat begitu.
Faris membuka matanya. Merasakan ada tangan yang sedang menggenggam tangannya. Ada tubuh yang sedang baring rapat dengannya. Ada haruman yang biasa dihidunya.
Wafa sedang berada didalam pelukannya.
Faris geleng.
Bukan tak suka. Namun, dia ingat janjinya untuk tidak menyentuh Wafa sehingga Wafa sendiri yang berkehendak. Tapi dalam keadaan sekarang, tentu saja naluri lelakinya bergetar. Keinginannya melonjak. Terutama bila wanita adalah halal baginya.
Wafa bukan tahu tentang itu. Pada Wafa, itu hanyalah satu kebiasaan mereka sejak kecil. Tanpa dia sedar, sedang menyiksa batin Faris.
"Nasiblah dapat isteri kurang alert ni." Kata Faris kepada dirinya sendiri.
Dia kemudian, mengeratkan lagi pelukan itu dan kembali memejamkan matanya. Rasa selesa. Walaupun jeritan batinnya terseksa.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.