"Alhamdulillah. Hadiah anniversary." Fatma senyum hingga ke telinga.
Dia mengusap perutnya. Dimana ada satu nyawa yang menetap dirahimnya. Rasa syukur sebaik saja doktor mengesahkan kehamilannya.
"Tak sabar nak bagitahu Muaz." Katanya.
Hari ini, Muaz janji akan balik sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Mereka juga sudah berjanji dengan Essam dan Hajar untuk menyambutnya bersama.
'Takkan dia nak mungkir janji pula. Sudah berjanji dengan Essam dan Hajar. Dia yang buat janji. Bukan aku yang memandai-mandai. Bukan juga idea itu datang dari Essam dan Hajar. Muaz sendiri yang buat perancangan ini. Kami hanya mengikut.' Kata Fatma didalam hatinya.
Sebaik saja sampai dirumah, Fatma lihat kereta Muaz sudah terparkir dilaman rumah. Dengan segera, dia memakirkan kereta yang baru beberapa bulan dibelinya itu. Dia mahu segera masuk ke dalam rumah. Tak sabar ingin menyampaikan khabar gembira ini.
"Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam."
Fatma menyalam tangan Muaz yang berada diruang tamu. Senyuman langsung tak lekang dari bibirnya.
"Happy tengok aku balik ke?"
"Ada berita yang lagi happy."
"Apa dia?"
Fatma terkocoh-kocoh mencari bukti kehamilannya. Sebuah foto yang tertera janin yang sedang membesar dirahimnya.
Belum sempat dia mahu menunjukkan foto itu, bunyi tayar kereta masuk laju ke kawasan laman rumahnya. Dan bunyi hon membuatkan mereka segera berjalan menuju ke luar rumah. Seorang perempuan mendukung bayinya mendekati Fatma dan Muaz.
Tiba-tiba saja perempuan itu melutut dan meraung. Kuat.
Fatma panik. Muaz segera mendekati perempuan itu dan memintanya bangun. Tapi, wanita itu berkeras dan terus meraung-raung. Jiran-jiran bersebelahan mula memenuhi rumahnya.
"Kenapa ni? Siapa ni? Muaz? Fatma?" Tanya Encik Harun yang baru saja selesai solat.
Fatma geleng. Dia buntu. Tak tahu apa yang sedang terjadi.
"Pakcik. Pakcik. Tolong saya, pakcik. Tolong minta dia lepaskan anak pakcik. Biar kami hidup bahagia anak beranak. Kesiankan anak saya, pakcik. Jangan rampas kebahagiaan saya. Cukup lah beberapa tahun ni saya menderita dimadukan. Sekarang saya dah ada anak. Saya tak nak anak saya berkongsi macam saya rasa. Bagi balik Muaz saya." Kata wanita itu meraung bersama linangan air mata.
"Apa semua ni?" Tanya Encik Harun.
Fatma diam. Perkahwinan kedua Muaz tidak diberitahu kepada ayahnya. Dia tak tahu bagaimana mahu memberitahunya. Dia tahu, madunya itu, bunting pelamin. Kerana itu Muaz makin jarang balik ke sini. Dan dia tahu, anak pertama Muaz sudah 4 bulan.
"Ayah, isteri saya. Murni." Muaz perkenalkan Murni kepada Encik Harun. Sekali kepada Fatma.
Ya. Fatma hanya tahu itu tapi Fatma langsung tak kenal siapa madunya. Muaz tak pernah perkenalkan apatah lagi membenarkan mereka bersua. Ini adalah kali pertama mereka bersua muka dan berkenalan.
"Isteri? Apa ni? Fatma?"
"Fatma tak tahu, ayah."
"Ha?"
Encik Harun rasa pening. Fatma memimpin ayahnya ke dalam dan mendudukkannya di sofa diruang tamu.
"Masuk dulu, Muaz. Bawa sekali isteri kau masuk." Laung Encik Harun.
"Tak nak! Selagi abang tak ceraikan perempuan tu, saya tak nak berganjak!" Tegas Murni.
"Allah..." Makin sesak nafas Encik Harun bila mendengar kata cerai. Dan yang bakal diceraikan itu pula adalah anaknya. Satu-satunya anak yang dia ada.
"Jangan macam ni. Pergi balik. Malu kat jiran-jiran ni." Pujuk Muaz. Lembut.
"Saya dah tak tahan dah hidup macam ni. Dulu, bolehlah saya diam. Sebab saya tak ada anak. Sekarang, saya dah ada anak. Abang kahwin dengan perempuan tu pun, tak ada anak. Saya dah bagi abang anak. Apa lagi yang abang nak? Ceraikan perempuan perampas tu!" Jerit Murni diakhir katanya.
Fatma diam. Bunyi perkataan itu seperti fitnah. Seolah-olah, dia isteri kedua yang merampas suami Murni. Sedangkan keadaan adalah sebaliknya.
Dia cuba untuk melawan tapi ditahan oleh Encik Harun.
"Sudahlah. Gaduh, takkan bawa ke mana. Cari jalan penyelesaian." Kata Encik Harun.
Fatma diam sebentar. Dia berfikir apa yang boleh dia buat. Dia pandang ayahnya. Dalam.
Fatma angguk. Bangun. Mendekati pasangan suami isteri itu. Tangan Muaz diambil. Digenggam.
"Bawalah wife kau balik. Aku pernah cakap kat kau. Hak talak kat tangan kau. Aku tak ada halangan." Kata Fatma. Memandang tepat ke mata Muaz.
"Ha! Apa lagi abang tunggu. Lafazkan sekarang. Tolonglah. Demi anak kita." Rayu Murni.
"Tak. Aku dah janji." Tegas Muaz.
Fatma memandang ke bawah. Simpulan tangan Muaz dan tangannya. Dia usap tangan Muaz dengan sebelah lagi tangannya. Kemudian, dia kucup tangan itu.
"Kau tak pernah janji apa-apa dengan aku. Aku halalkan janji-janji tu semua. Pergilah. Aku bukan bahagia yang kau perlukan. Failkan penceraian kita dimahkamah. Aku tunggu surat." Fatma cuba bertenang setenangnya. Digenggam tangan Muaz kuat. sebelum dilepaskan.
Dia masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah.
"Ayah, Fatma tak minta cerai. Tapi, Fatma cuma berikan jalan penyelesaian yang sebenarnya itu yang Muaz mahukan." Kata Fatma kepada ayahnya. Dia menangis dipangkuan ayahnya.
"Fatma, aku tunggu ditempat yang dijanjikan malam ni." Laung Muaz dari luar.
Makin pedih rasa hatinya.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.