BH 38

886 47 10
                                    

Wafa ketawa.

Asfar hanya memandang. Sejuk hatinya. Makin lama, makin dirasakan penerimaan Wafa. Lebih mesra dan manja dengannya.

Beza Wafa bila dengannya dan bila dia dengan Faris. Wafa mesra dengan Faris tapi tidak manja. Tapi, Wafa sangat manja dengannya. Hanya dengannya.

Yang buat dia menghormati Wafa. Manjanya bukan menggesel tubuh. Pegang tangan Wafa pun, dia tak pernah. Pernah minta, tapi, Wafa tolak dengan baik. Dengan alasan yang sangat munasabah.

"Saya balik dulu. Esok jangan lupa. Kita nak try baju nikah." Pesan Asfar.

"Iya. Dah 10kali awak cakap. Mesti saya ingat." Balas Wafa.

Asfar senyum.

Setahun setengah pertunangan mereka. Tidak sehari pun, dia gagal untuk menghubungi Wafa. Kecuali hari minggu, setiap hari, dia akan berjumpa dengan Wafa.

Dan setiap hari tanpa gagal. Wafa akan menelefonnya untuk mengejutnya. Mendengar suara Wafa sebaik saja membuka mata, buatkan harinya jadi segar dan ceria.

Bergaduh, merajuk. Tapi tak lama. Sekejap saja. Kerana Wafa akan selalu pastikan sebelum mereka tidur, mesej atau telefon untuk ucapkan kata maaf.

Seandainya ianya berterusan selepas mereka berumahtangga, pastinya, rumahtangga mereka akan bahagia. Terutama Wafa bukan seorang perempuan yang terlalu mengikut emosi. Malah, dia juga seorang pemaaf.

"Saya syukur sangat, Allah buka hati awak terima saya." Kata Asfar tiba-tiba.

"Saya lagilah bersyukur. Selama ni, saya selalu rasa. Tak akan ada lelaki yang akan sukakan saya. Dahlah gemuk. Selekeh. Pendiam. Low self-esteem. Tak ada apa daya tarikan langsung dalam diri saya. Tapi, awak datang. Hulurkan tangan awak. Meminang saya. Lagi 3 bulan, menjadi yang halal untuk saya. Allahu. Saya doa. Allah tutup aib saya dan biarlah yang baik saja yang awak nampak sampai saya mati." Balas Wafa.

"Apa cakap pasal mati ni?" Marah Asfar.

"Sebab, saya doa. Hubungan kita akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat saya. Dan biarkan Allah panjangkan usia kita, supaya kita dapat melihat keluarga besar kita. Anak-anak. Cucu-cucu dan kalau diizinkan, sehingga ke cicit-cicit kita." Balas Wafa.

Asfar diam. Mengaminkan doa Wafa. Kerana, itu juga doanya.

"Kesian Faris. Dia nak cari perempuan yang boleh terima saya. Macam awak boleh terima dia." Kata Wafa.

"Kenapa pula?" Tanya Asfar.

"Mana ada perempuan yang boleh terima perempuan lain dalam hidup suami dia. Awak pun, bukan boleh pun sebenarnya terima Faris. Kan? Tapi, sebab awak sayangkan saya. Aku cuba. Walaupun susah, awak masih tetap mencuba. Hingga awak dah biasa. Tengok saya dengan Faris. Kan?" Jawab Wafa.

Asfar angguk.

"Lelaki masih boleh kawal perasaan tapi tak perempuan. Pasti akan mengamuk. Pasti akan...." Belum habis Wafa bercakap, sebuah kereta masuk ke dalam kawasan rumah Puan Fatma dengan laju.

Seorang perempuan terburu-buru keluar menuju ke arah Wafa dan Asfar. Terus saja, pipi Wafa menjadi tempat tujuan tangan perempuan itu. Tindakan yang tak boleh dijangka oleh sesiapa pun.

Belum sempat perempuan itu membuka mulut, kereta Faris masuk. Dan dengan segera, Faris menarik Wafa ke dalam pelukannya. Membelakangkan perempuan itu. Memujuk Wafa yang sedang menahan sakit kerana ditampar kuat oleh perempuan itu.

"Kau okey tak?" Tanya Faris sambil mengusap pipi Wafa yang sudah kemerahan.

Wafa angguk.

Asfar yang melihat, terus menarik Wafa kearahnya. Sakit hatinya melihat mereka berpelukan. Namun, dia lebih bersimpati kepada Wafa yang menjadi mangsa keadaan.

Faris memalingkan tubuhnya. Menghadap perempuan itu. Pandangannya tajam.

"Macam mana you boleh tahu rumah ni? You spy me? Ha?" Tengking Faris.

"Ha! Syukur I spy you. Then, I know kat mana tempat you selalu menggatal. Sebab betina ni kan, you nak pisah dengan I?" Balas perempuan itu dengan beraninya.

"Come again. What you called her?" Tanya Faris.

"Betina!"

Terus saja Faris menampar wajah perempuan itu.

"Don't you ever called her that. You tau kenapa I clash dengan you? Because of your attitude. You nak kawal hidup I. You nak I selalu ada dengan you. 24/7. You ingat, I tak rimas ke? I have my own life. And you bukan siapa-siapa pun lagi dalam hidup I. Just someone that I have attracted with." Jelas Faris.

Wafa segera berdiri dihadapan Faris. Dia tak mahu Faris terlalu marah. Dia takut, bukan saja penampar yang perempuan itu akan dapat. Dia tahu tahap baran Faris.

"Dah." Kata Wafa. Menarik wajah Faris. Memandang matanya.

"Tapi dia ni melampau sangat." Faris cuba melawan.

"Sudah lah. Dah lepas habis tadi, kan? Takkan nak repeat cakap benda yang sama. Tak penat ke?" Tanya Wafa. Lembut.

"Tapi..." Faris diam bila Wafa menggenggam tangannya. Itu bermakna, Wafa benar-benar mahu dia berhenti.

"Maafkan dia. Dia tak tahu." Kata Wafa.

"Dia..."

Wafa memusingkan badannya. Kembali menggenggam tangan Faris. Berdiri rapat dengan Faris.

"Kalau dia dah kata tak, tanya kenapa. Bila dia dah bagi jawapan, berundur dan perbaiki diri. Syukur. Ada sorang yang berani menyatakan kebenaran. Supaya kita sedar, dimana kekurangan kita. Andai bukan dia jodoh kita, pastinya seseorang yang lebih baik." Kata Wafa kepada perempuan tadi. Lembut saja.

"Kau diam! Jangan masuk campur hal aku dan dia!" Balas perempuan itu. Kasar.

"Kau baliklah. Jangan datang sini. Jangan cari dia lagi. Tak ada gunanya. Dia, kawan baik aku. Satu-satunya kawan aku dari aku kecil sampai sekarang. Kalau kau tuduh aku dan dia meronggeng, kau tanya dia. Dia ada selera ke tengok aku? Kami duduk serumah. Pernah tidur sekatil. Tapi, dia langsung tak pernah rogol aku. Minta pun tak pernah. Sebab apa? Aku tak lebih dari seorang kawan. Jangan salahkan aku bila hubungan korang tak menjadi. Salahkan diri kau sendiri sebab gagal faham apa yang dia nak." Kata Wafa.

"Kau baliklah. Sudahlah. Jangan kacau hidup dia. Teruskan hidup kau. Aku doakan, kau jumpa lelaki yang boleh faham kau. Bukan dia ni. Dia ni, worst nak faham orang. Tu yang pergi approach perempuan insecure macam kau ni." Makin tajam kata-kata yang Wafa lontarkan.

Ini, bukan kali pertama kejadian seperti ini terjadi. Tapi, selalunya, dia akan dihujani dengan panggilan telefon makian dan hinaan. Sekali sekala, dia akan kena layan yang menangis kerana ditinggalkan.

Macam mana dia boleh terlibat? Pertemuan pertama Faris dengan setiap perempuan itu adalah bersama dengan Wafa. Bukan first dating tapi first meeting. Dan tentu saja dia kena beri nombor telefonnya kepada mereka. Kerana dia diperkenalkan sebagai kawan sampai mati Faris.

Perempuan tadi terus beredar.

"Yang hari tu ke?" Tanya Wafa sambil melepaskan genggaman tangannya.

Faris angguk.

"Aku dah kata. Dia tu tak kena dengan jiwa kau. Degil. Seksi konon. Poooraaah. Last-last. Ko tengok apa jadi?" Sambung Wafa.

"Saya balik dulu la awak." Kata Asfar dan terus bersalaman dengan Faris dan berlalu.

"Merajuk tu." Bisik Faris.

"Biarlah. Dia kena terima dan biasa dengan keadaan ni. Lagipun, kau suami aku. Suka hati aku la nak peluk ke apa." Balas Wafa.

"Macam tu, terima aku. Lupakan Asfar." Bisik Faris.

"No way!" Dan Wafa terus masuk ke dalam rumah.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now