"Tapi, kau salah faham." Kata Hasnol selepas menerima beberapa kali tumbukan dimukanya.
"Aku tak pernah salah faham. Tak susah pun nak faham." Balas Muaz.
Hatinya masih marah. Cinta yang diberi dibalas dengan kecurangan. Sehingga lelaki ini sanggup datang meminang sedangkan dia masih suami. Hidup dan sihat.
"Fatma berkali-kali cakap dia dah kahwin. Aku yang tak percaya. Sebab aku tak pernah nampak dia dengan kau. Langsung tak pernah dia bawa kau ke mana-mana function. Lately ni, aku rasa dia lain. Dia lebih ceria. Selalu dapat personal call. Bila aku tanya, dia jawab suami dia. Aku ingatkan dia tipu. Cuba nak mengelak dari aku. Aku suruh family aku datang merisik dia, sebab aku takut dia terlepas dari aku." Cerita Hasnol.
Muaz mencemikkan mukanya.
Apa pun yang Hasnol katakan hanya nampak sebagai alasan untuk membela diri. Dia dah pun lafazkan talak. Sudah failkan penceraian mereka juga. Dia mahu semuanya tamat dengan cepat.
"Tolong rujuk semula dengan Fatma. Jangan buat aku rasa bersalah runtuhkan masjid orang." Rayu Hasnol.
"Aku tak kutip balik ludah aku!" Tegas Muaz.
"Kau tak sayangkan Fatma ke? Tak cintakan dia? Isteri kau tu." Pujuk Hasnol.
"Bekas isteri."
"Masih ada masa nak rujuk. Selagi ada masa ni, rujuk la kembali. Fatma pun dah resign dari company. Aku dan dia tak mungkin berjumpa lagi. Dia pun dah bencikan aku." Kata Hasnol.
Muaz langsung tak menunjuk apa-apa riak. Langsung tak terpujuk dengan kata-kata Hasnol itu.
"Fatma seorang perempuan yang baik. Tahu jaga diri. Tahu batasan diri." Kata Hasnol.
Muaz ketawa.
"Tahu jaga batas sangat lah tu. Keluar dengan lelaki lain. Sampai lelaki lain datang pinang isteri aku. Wow. Pandai betul perempuan tu jaga batas." Ejek Muaz.
"Aku tak pernah keluar berdua dengan Fatma walaupun hanya untuk lunch. Dia pun, lunch dekat office saja. Tak keluar pun. Dia bawa bekal." Bela Hasnol.
"Mungkin bukan dengan kau tapi lelaki lain."
"Kau ni dengar cakap orang dari percaya isteri sendiri ni."
"Mestilah aku percaya isteri aku. Isteri aku yang cakap semua ni. Dia sendiri nampak Fatma keluar dengan lelaki lain."
Hasnol kerut kening.
"Aku ada dua isteri. Fatma yang pertama. Kau kata aku tak percaya isteri aku? Sebab aku tak percaya cakap isteri kedua aku lah. Aku diperbodohkan Fatma. Aku percaya Fatma. Tak sangka. Sampai dia dipinang lelaki lain." Dan Muaz ketawa. Menutup rasa sakit yang dia sedang cuba lupakan.
"Aku ngaku. Aku selalu intip Fatma. Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah sekali pun aku nampak dia keluar dengan lelaki lain selain ayah dia."
"Kau selalu intip dia tapi kau tak pernah tahu dia ada suami? Kau nak bela dia sangat, kau ambil dia jadi isteri kau. Itu yang kau nak pun!"
"Aku yang nak. Bukan dia."
"Pandai-pandailah kau nak pujuk dia. Aku dah tak ada hubungan lagi dengan dia. Jangan kacau aku!" Dan Muaz terus berlalu. Meninggalkan Hasnol sendirian.
Hasnol tak cuba nak tahan. Dia tahu lelaki macam Muaz tak akan dengar apa yang dia mahu perkatakan. Sejenis yang, dia saja betul.
'Sorry Fatma sebab kau ada suami macam ni. Hati keras macam batu.'
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.