"Jaga Wafa tu." Pesan Pak Harun.
"Ya, ayah. Anak saya. Saya tahu. Ayah jangan risau kat sini. Ayah tumpu ibadat dekat sana." Balas Fatma.
"Manalah ayah tak risau. Kau dengan Wafa tu macam orang luar. Kalau ikut hati ayah, ayah hantar Wafa tu duduk dengan Essam dan Hajar. Dorang lagi sayang Wafa dari kau." Bebel Pak Harun.
"Ayah... Saya ni sayang Wafa tu. Cuma, saya tak boleh nak tengok dia saja. Ayah pun tahu kenapa. Ha. Ni ayah pergi sana, jangan pula doa saya kahwin lain. Saya tak nak." Kata Fatma sambil membetulkan baju ayahnya. Lebih pada mahu mengugut dari mahu membetulkan baju.
"Apa salahnya?"
"Saya tak nak ayah. Cukup sekali. Dah." Tegas Fatma.
Pak Harun diam. Dia mendapangkan tangannya memanggil Wafa datang rapat dengannya.
"Jaga mak." Pesan Pak Harun kepada cucunya in tu.
Wafa angguk dan memeluk pinggang datuknya itu.
"Atok jaga diri tau." Pesan Wafa.
"Ye lah." Pak Harun tunduk mencium ubun cucunya. Kemudian, dipeluknya tubuh gempal Wafa. Kejap. Orang yang paling dia akan rindukan.
"Dah. Ayah. Dorang dah panggil tu." Kata Fatma.
"Nak suruh ayah oergi cepatlah tu." Usik Pak Harun.
"Bukanlah ayah. Cepat ayah daftar, tak adalah nak berebut. Nanti dorang pun boleh uruskan dengan senang. Ayah juga yang kata, senangkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita." Balas Fatma.
"Ye la."
Fatma bersalaman dengan ayahnya. Memeluk tubuh tua itu. Lama. Pastinya dia akan rindukan ayahnya. Tulang belakangnya selama ini. Tanpa ayahnya, mungkin dia sudah jatuh tersungkur bila Muaz menceraikannya. Tanpa ayahnya, tak mungkin dia mampu bertahan dengan segala ketidakadilan yang Muaz berikan kepadanya. Dia kuat kerana ayahnya.
"Dah. Jom. Ayah pergi dulu." Pak Harun menolak lembut tubuh Fatma. Ditepuk halus bahu Fatma.
Dia tak mahu Fatma menangis lebih lagi dari itu. Dia bukan mahu mati, dia hanya pergi menunaikan haji saja.
Fatma meleraikan pelukan itu. Dia mengesat air mata yang tumpah. Sebulan tanpa ayahnya. Tak tahu bagaimana jadi nanti.
Pak Harun masuk ke dalam bangunan tabung haji untuk mendaftarkan diri sebagai jemaah haji pada tahun ini.
"Jom." Ajak Fatma kepada Wafa. Dia berjalan dulu. Manakala Wafa hanya mengikut dari belakang.
"Fatma!"
Fatma kaku. Dia pandang Wafa yang ada disebelahnya. Yang turut berhenti. Dia tarik Wafa untuk berdiri dibelakangnya. Menyorok dibelakangnya.
"Buat apa kat sini?" Tanya Fatma.
"Nak hantar mak." Jawab Nuha. Adik bingsu Muaz.
Dan waktu itu juga, dia nampak bekas ibu mertuanya. Berjalan menuju ke arahnya bersama dengan bekas ipar duainya yang lain.
Fatma berada dipersimpangan. Mahu menunggu bekas mertuanya atau pergi saja. Dia masih belum bersedia memperkenalkan Wafa dengan keluarga Muaz.
"Kirim salam dekat mak dan semua. Saya pergi dulu. Dah lambat sangat dah ni." Kata Fatma.
Biarlah dikatakan tak sopan. Lagipun, dia bukan rapat dengan keluarga Muaz. Muaz pun jarang membawanya berjumpa mereka. Setiap kali raya pun, memang Murni yang akan dibawa balik jumpa mereka. Hanya tahun pertama perkahwinan mereka saja dia beraya dengan keluarga Muaz. Itu pun, pergi selepas solat hari raya. Selepas makan, terus bersalaman dan pulang.
Tak pernah pun Muaz berinya peluang untuk bermesra dengan mereka. Walaupun Muaz selalu ke rumah keluarganya, tapi, dia hanya pergi sendirian hinggalah dia berkahwin dengan Murni.
Fatma tahu, itu semua alasan untuk dia melarikan diri saat ini. Alasan yang membenarkan tindakannya itu. Agar dia tak rasa bersalah.
Hakikatnya, Wafa miliknya. Orang lain tak perlu tahu. Tak perlu berebut dengannya.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.