BH 39

842 49 1
                                    

Fit berjalan laju mengejar langkah Puan Sal yang baru keluar dari sebuah kedai butik pengantin. Salam diberi dan huluran salam bersambut.

"Ingat I lagi?" Tanya Fit.

Puan Sal angguk.

Masakan dia boleh lupakan gadis yang hampir saja membuatkan dia dan Asfar bergaduh. Gadis yang langsung tak sesuai untuk dijadikan menantu. Datang ke rumah mereka setiap hari untuk berjumpa Asfar.

Dia fikir, Asfar jatuh cinta kepada Fit. Dia menentang habis-habisan. Dia sangat tak berkenan dengan cara Fit yang datang ke rumah setiap hari berjumpa anak terunanya.

Dan masakan dia percaya bila Asfar kata hanya kawan bila setiap kali Fit datang pasti akan diikut keluar bersama. Sanggup melawannya. Hanya kerana Fit.

"Nasib baik auntie ingat. Kalau tak, malu I." Kata Fitb sambil ketawa. Menutup mulutnya. Gaya sopan.

Puan Sal hanya diam. Langsung tak rasa mahu ketawa.

Fit diam bila tawanya tak bersahut. Membetulkan dirinya.

"Auntie buat apa masuk butik pengantin ni? Ke auntie punya butik?" Tanya Fit.

"Tak lah. Auntie bukan kaya macam family Zafrul. Sampai boleh buka butik." Balas Puan Sal.

Fitt ketawa lepas.

"Auntie ingat lagi pasal tu?" Tanya Fitt.

Masih ingat lagi bila Puan Sal bertemu mata dengannya kerana mahu menghalang hubungannya dan Asfar. Bila dia katakan yang dia dekat dengan Asfar kerana Zafrul, Puan Sal tetap mengugutnya supaya menjauhi Asfar.

"No worries auntie. I dah dapat Zafrul. Asfar is safe. Lagipun, Asfar is not my type. Macam auntie kata, tak cukup kaya nak tampung I." Tajam saja Fit membalas.

"Then?"

"I saja je tegur auntie. Someone that I used to know. So, auntie pergi butik ni, kenapa?" Tanya Fit.

"Ma..." Satu suara memanggil Puan Sal.

Fit menoleh. Dia melihat Asfar sedang berjalan dengan seorang perempuan yang memakai skrit bawah lutut dan berbaju loose. Cuba amati wajah itu.

"Wow. Asfar dan Wafa. Keluar dari butik pengantin dengan mak Asfar. Ada apa-apa ke ni?" Tanya Fit.

"Sejak bila Wafa rapat dengan Asfar. Where is Faris? Kekasih gelap you?" Tanya Fit lagi.

"Shut up!" Marah Asfar.

Dia tak mahu Puan Sal ketahui tentang Wafa dan Faris. Tentu saja akan menimbulkan masalah. Terutama bila majlis pernikahan dia dan Wafa hanya tinggal seminggu.

"Apalah you ni, Wafa. I boleh faham kenapa you tolak Zafrul. Sebab Faris jauh lebih handsome dan kaya. Tapi, you buang Faris untuk Asfar? Are you nut?" Sambung Fit lagi.

"I said, shut up. And better for you to leaves us." Kata Asfar menahan marahnya.

Wafa disebelah menarik lengan baju Asfar dan memintanya agar mereka yang beransur. Dia sendiri tak mahu jadi isu disini. Bukan tentang apa yang diperkatakan oleh Fit itu, tapi, lebih pada menjaga nama baik semua.

Malu sekiranya seorang lelaki menengking seorang perempuan didepan khalayak ramai. Malu, sekiranya Asfar hilang kawalan dan menampar Fit.

Walaupun Asfar tak sebaran Faris. Tapi, dalam keadaan ini, pelbagai perkara boleh jadi. Terutama Fit yang sedang memprovok Asfar.

"Auntie. Auntie tak tahu ke? Wafa pun sama macam saya. Dari broken family?" Tanya Fit.

Terbeliak mata Puan Sal.

"And the worst part is. Dia dulu belajar ditanggung oleh Faris. Sugar daddy dia. Duduk serumah. Entah apa mereka berdua buat dalam rumah tu." Sambung Fit.

Fit memandang Puan Sal yang ternyata terkejut. Dia ketawa kuat sebelum beredar. Puas hatinya dapat buat Puan Sal marah.

Dulu, Puan Sal hinanya kerana ibu bapanya bercerai. Tak mahu terima menantu dari keluarga yang bercerai berai.

Hukum karma. Asfar memilih Wafa. Yang juga sama dengannya. Dia tak tahu bagaimana hubungan Wafa dan Puan Sal. Tapi, melihatkan reaksi Puan Sal, dia tahu, Puan Sal tak tahu.

Padan muka. Hina aku lagi.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now