"Nak buat macam mana, bapa? Nanti dah balik sana, kita uruskan la." Balas Faris selepas mendengar perkhabaran teesebut dari bapanya.
"Bila nak balik sini?" Tanya Encik Essam.
"Tak tahu lagi, pak. Faris dah dapat offer kerja cuti sem ni. Cari duit lebih sikit. Nanti dah masuk sem, nak kena pakai banyak lagi duit. Faris tak apa. Tajaan. Wafa tu." Jawab Faris.
"Nak bapa topup tak?" Tawar Encik Essam walaupun sudah tahu jawapan Faris.
"Tak payah, pak. Faris dah besar. Dah jadi suami orang pun. Faris tahu tanggungjawab Faris." Tolak Faris. Tegas.
"Ya lah." Balas Encik Essam.
Faham dengan perangai Faris. Anak sulungnya itu memang dari kecil sangat berdikari. Dari kecil, sudah pandai mencari duit sendiri. Walaupun tak banyak, tapi, dia kumpul duit hasil menjual lukisan gambar hero kegemaran kawan-kawannya yang dilukisnya sendiri dan membeli sesuatu yang dia hajati.
Bila beralih ke sekolah menengah, makin banyak cara dia lakukan untuk mendapatkan wang. Dikumpul dan dikembangkan lagi.
Yang menjadi perancang kewangan anaknya itu adalah Wafa.
Encik Essam ketawa halus.
"Kenapa pak?" Tanya Faris.
"Tak ada apa. Kadang-kadang, kelakar bila teringatkan kamu dengan Wafa ni. Kawan. Kawan. Tup. Tup. Kahwin. Macam, doa kami termakbul. Bapa, ibu, mak dan babah nikah kawan baik. Nikah sama-sama. Kami pernah kata. Kalau anak kami sama-sama jantina, kami nak mereka berkawan baik. Tapi sekiranya berlainan jantina, kami nak kahwinkan. Tapi kamu dan Wafa jadi dua-dua. Kawan baik dan kahwin. Alhamdulillah." Jawab Encik Essam.
"Jodoh, pak." Balas Faris.
"Kamu sayang Wafa?"
"Sayang."
"Maksud bapa, lebih dari seorang kawan?"
"Tak tahu lah, pak. Wafa pun anggap Faris kawan dia saja. Tak lebih pun." Adu Faris.
"Mana kamu tahu?"
"Dia sendiri yang cakap."
"Pandai-pandailah kamu nak jaga rumahtangga kamu. Apa pun keputusan kamu, bapa dan ibu sentiasa sokong." Balas Encik Essam.
Ada masa, dia kasihankan anaknya itu. Dipaksa bernikah pada usia yang sangat muda. Namun, dia turut lega kerana pasangan anaknya itu adalah Wafa. Bukan kerana mereka sudah mesra dan saling mengenali, tapi, Wafa adalah seorang perempuan yang mampu menyokong Faris dalam apa jua keadaan.
Cuma, Wafa bukan seorang yang bersosial. Dan Wafa lemah dalam memahami dirinya sendiri. Bagaimana hati Faris? Adakah sama dengan Wafa?
Perkara itu yang dirisaukannya. Dia tak mahu Faris dikecewakan. Dia juga tak mahu Faris menangis.
"Bapa dengan Ibu jangan risaukan kami. Ini takdir dan jalan hidup yang Allah dah aturkan untuk kami. Andai jodoh kami berpanjangan, alhamdulillah. Andai Wafa mahu kebahagiaan dalam hubungan ini, Faris akan sedaya upaya untuk menunaikannya. Tapi, seandainya dia ada pilihan lain, Faris akan lepaskan dia. Buat masa ni, biarlah kami fokus pada study. Capai cita-cita kami." Pujuk Faris.
Dia faham kerisauan kedua orang tuanya.
"Yalah."
Setelah berbalas salam, talian dimatikan. Kebetulan, Wafa baru pulang. Faris keluar untuk melihat Wafa.
Wafa diam.
Terus masuk ke dalam biliknya. Membersihkan dirinya dan kemudian, keluar semula. Dia duduk bersandar dibahu Faris. Tak lama kemudian, dia baring dan meletakkan kakinya ke atas riba Faris. Tak lama. Dia duduk semula. Memandang Faris yang sedang memandangnya.
"Ya. Kau nak cakap apa?" Tanya Faris.
Bukan dia tak tahu perangai Wafa. Mesti ada sesuatu yang dia susah nak katakan bila dia gelisah begitu.
"Bosan gak dapat suami tahu serba serbi tentang aku. Tak adventure langsung." Balas Wafa.
"Ok. Aku buat-buat tak faham."
"Benggong."
Wafa ketawa. Faris juga.
"Kau nak cakap apa ni?" Tanya Faris setelah lama mereka diam.
"Aku ingat, nak balik Malaysia." Jawab Wafa.
"Aku ingat kau tak nak balik. Aku dah cari kerja untuk cuti sem ni dah." Balas Faris.
Wafa geleng.
"Balik Malaysia for good." Kata Wafa.
"Kenapa?"
"Aku susah hati lah."
"Kenapa?"
"Aku ni, dah banyak susahkan bapa. Dari kecil, bapa yang jalankan tanggungjawab seorang bapa pada aku. Dah besar ni, bapa juga nak kena tanggung aku. Aku ingat, aku nak balik Malaysia. Cari kerja dan sambung belajar PJJ." Balas Wafa.
"Kau tak payahlah risau tentang tu. Kau tak susahkan bapa pun." Balas Faris.
"Bapa takkan kata aku susahkan dia. Aku yang rasa." Potong Wafa.
Faris jentik dahi Wafa.
"Aku belum habis cakap, jangan potong." Kata Faris.
Wafa sengih. Dia tahu kepantangan Faris yang itu. Tapi, biasalah. Kadang-kadang sengaja.
"Kau tu isteri aku. Aku ni, suami kau. Tak ada istilah susahkan ke apa. Selagi kau dibawah tanggungjawab aku, aku buat semua dengan kerelaan aku. Kau yang urus kewangan aku selama ni, kau tahukan berapa banyak simpanan aku. Kau tahukan project aku buat sekarang. Kau yang jaga semua tu. Kau rasa, tu semua untuk siapa? Semua tu, untuk kau." Kata Faris.
Wafa tenung mata Faris.
"Kau anggap aku isteri kau ke?" Tanya Wafa.
Faris angguk.
"Kau nak aku balas yang sama ke?" Tanya Wafa lagi.
Faris geleng.
"Dah tu?"
"Apa pun kita rasa dalam hati, takkan mengubah hakikat, kita suami isteri. Kau tanggungjawab aku. Bukan bapa. Bukan babah lagi. Aku. Dah. Jangan fikir nak pergi balik Malaysia tanpa aku. Kau duduk sini dengan aku. Jaga diri kau. Aku jaga kau." Tegas Faris.
"Tapi nanti jejaskan pelajaran kau." Kata Wafa.
"Aku belajar bidang apa?"
"Web design."
"Aku punya project tentang apa?"
"Design website."
Faris angkat kening.
"Ye la... Kau menang."
Faris ketawa sambil mengusap kepala Wafa.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.