"Kenapa babah?" Tanya Faris.
Permintaan Encik Muaz sudah ditunaikan. Membawa Wafa melawat rumahnya di Johor Bahru. Rumah yang langsung tak pernah Wafa mahupun Puan Fatma tahu dimana.
Walaupun tidak dilayan dan disambut baik oleh ahli keluarga Encik Muaz, malahan turut tidak menyediakan ruang berehat untuk Faris dan Wafa, namun, permintaan itu sudah ditunaikan. Bawa Wafa ke rumah bapa kandungnya. Dan kini, Encik Muaz minta untuk bercakap secara peribadi dengan Faris. Berdua. Jauh dari keluarga yang lain.
Encik Muaz diam.
Tiupan bayu laut pada waktu malam di Danga Bay ini cukup memberinya sedikt ketenangan untul berhadapan dengan menantunya itu. Dia perlu bertenang. Dia perlu memujuk Faris. Dia tak mahu terus bersekongkol dengan dosa.
"Panggil daddy, Faris." Pinta Encik Muaz. Dia mahu semua semua anak-anaknya memanggilnya Daddy.
Faris geleng.
"Tak. Wafa panggil babah. So, saya kena ikut panggil babah." Tolak Faris setelah sedar Encik Muaz tidak memandangnya.
"Babah tau. Dari kecil, Wafa teringin sangat nak jumpa babah. Terlalu rindukan babah. Bila dia siapa babah dia, dia nak sangat peluk babah. Kenalkan diri dia pada babah." Kata Faris mengundang pandangan terkejut dari Encik Muaz.
Faris angguk.
"Babah ingat masa babah datang rumah. Yang Wafa ketakutan sebab hamster?" Tanya Faris.
Lama Encik Muaz berfikir. Dia langsung tak dapat mengingati memori itu. Mungkin sudah terlalu lama. Atau mungkin ianya tak penting untuk diingati.
"Masa tu, umur kami 8 tahun. Bila dia cakap nak jumpa babah masa tu. Mak marah. Mak mengamuk. Sejak tu, dia simpan rasa rindu. Langsung tak bercakap tentang babah. Kecuali dengan Faris. Tiba-tiba nanti, dia akan menangis. Kata rindu kat babah. Dia sanggup datang ke rumah Faris setiap minggu hanya untuk 1% kemungkinan bertemu babah. Walaupun, dia tak suka datang rumah Faris. Sebab adik-adik Faris tak suka dia. Tapi, dia tetap juga datang." Kata Faris. Dia diam sebentar. Cuba menenangkan dirinya yang sudah mula emosi.
Mengenangkan ketabahan Wafa dan kesabaran Wafa dalam mengharungi kehidupannya sejak kecil, sungguh buat dia terkesan. Bagaimana seorang budak terpaksa harungi semua itu. Sedangkan budak sebaya hanya tahu bermain dan terus bermain.
"Kalau babah datang, dia hanya mampu memandang dari jauh. Sebab mak, bapa dan ibu, memang tak akan bagi dia berjumpa dengan babah." Sambung Faris.
"Faris tahu kenapa?" Tanya Encik Muaz.
"Muka dia. Sebiji muka babah. Bila dah besar ni, barulah ada rupa mak sikit. Muka babah sikit. Dan sebab muka dialah. Mak langsung tak boleh pandang Wafa. Orang lain dipeluk dicium oleh mak mereka, tapi, bukan Wafa. Atok yang bela Wafa. Yang kendong Wafa. Yang mandikan Wafa. Yang peluk Wafa. Semua atok yang buat. Ibu kata, masa Wafa baby, mak hanya letak Wafa ditepi dan hulurkan putingnya ke mulut Wafa untuk menyusu. Langsung tak pandang atau peluk Wafa. Hanya sebab mukanya sama macam babah.* Jawab Faris.
Encik Muaz diam. Tak tahu apa reaksi yang patut dia berikan. Kesian? Tak ada pula. Sedih pun tiada. Ianya umpama angin lalu. Kisah lama.
"Makin dia besar, perangai dia makin macam babah. Buatkan mak, makin tak boleh duduk dengan Wafa. Sampaikan, mak nak hantar Wafa ke asrama kebajikan tapi dilarang oleh atok kerana waktu itu, Wafa baru berusia 5 tahun." Sambung Faris lagi.
"Yang semua orang tak tahu. Wafa bukan ignorance. Bukan tak ada perasaan. Cuma, dia pendam dan simpan. Itu cara dia untuk dia mempertahankan dirinya dari terus disakiti. Mahu berkawan, tapi, setiap kali ada budak-budak yang bermain dengannya, pasti akan dipukul. Pasti akan dilarang untuk bermain dengannya. Dilarang untuk berbaik dengannya. Sebab apa? Takut nanti, anak bermain sama anak. Bapa mereka bermain dengan mak. Sebab fitnah mengatakan mak janda penggoda. Mak desperate. Mak perampas." Kata Faris. Saja ditekankan ayat akhirnya.
Berasap juga telinga Encik Muaz.
"Siapa kata mak macam tu?" Sedikit tinggi suara Encik Muaz.
"Orang sekeliling."
"Bodoh! Siapa tabur fitnah tu semua? Fatma bukan macam tu." Kata Encik Muaz.
Faris memandang wajah Encik Muaz.
"Faris salahkan daddy?"
Faris angguk.
"Kenapa?"
Faris ketawa.
"Patutlah mak kata perangai Wafa sama macam babah. Sama. Dua-dua tak nampak kesalahan diri sendiri. Bah, siapa yang mulakan semua fitnah ni? Siapa yang buat orang kampung rasa, semua fitnah itu benar? Siapa bah?" Tanya Faris bila tawanya reda. Nadanya mula berubah. Serius.
"Kalau babah siasat atau dengar penjelasan mak, tak akan semua ni jadi. Mak tak pernah larang babah kahwin lain. Tak pernah paksa babah lebihkan dia. In fact, babah tak balik jumpa dia berbulan-bulan pun, dia sabar menanti. Takkan babah tak sedar setianya mak pada babah? Dia redha dengan apa yang babah buat kat dia sebab dia sayangkan babah." Kata Faris.
"Kau tahu cerita tu?" Tanya Faris.
"Wafa pun tahu. Atok ceritakan pada kami sejak kecil lagi." Jawab Faris.
"Aku tak salah pun. Suami mana yang boleh terima bila isteri dipinang orang." Tanya Encik Muaz.
Faris memandang Encik Muaz dengan pandangan yang meminta Encik Muaz tahu jawapannya ada didepan mata.
"Kau bodoh! Gila!" Kata Encik Muaz.
"Babah kena tau. Saya dan Wafa bersama sejak kecil. Babah sendiri tahu, macam mana cara kami bergaul. Saya syukur sangat bila babah suruh saya dan Wafa nikah. Bukan sebab saya cintakan Wafa. Tapi, sebab saya nak halalkan cara kami. Bukan saya tak tahu, batasan antara kami. Cuma, ianya dah terlalu biasa. Sampai susah nak kawal. Dan dalam keadaan tertentu, memang tak boleh nak kawal." Balas Faris. Masih lagi lembut. Masih lagi dengan nada bercerita. Langsung tiada niat mahu melawan.
"Tu tak menghalalkan apa yang korang sedang buat ni." Kata Encik Muaz.
Faris angguk.
"Betul. Saya minta, Allah maafkan saya. Maafkan kita semua. Tapi, apa saya buat ni, supaya saya dapat pujuk Wafa untuk buang saya dari hidup dia. Saya, dah sebati dalam hidup dia sampaikan dia tak boleh nak masukkan Asfar dalam hidup dia." Terang Faris.
"Kenapa tak teruskan je? Kenapa perlu beri Wafa pada orang lain?" Tanya Encik Muaz.
"Kisah babah dan mak banyak mengajar kami. Saya tak nak jadi macam mak dan babah. Sampai akhirnya, tak boleh nak pandang satu sama lain. Yang jadi mangsa, siapa? Anak." Kata Faris.
Encik Muaz terdiam.
"Biarkan Wafa terima Asfar perlahan-lahan. Biar dia buang saya sikit-sikit. Benda tu ambil masa. Untuk adapt. Saya pun kena lepaskan dia juga. Sebab saya dah terbiasa ada dia dalam hidup saya. Dalam setiap langkah hidup saya. Dia segalanya untuk saya. Sama macam babah. Segalanya untuk mak." Pinta Faris.
Encik Muaz masih lagi diam. Tak tahu mahu kata apa lagi.
Memang niatnya mahu bercakap berdua dengan Faris untuk memujuk hati muda itu supaya menceraikan Wafa sekarang atau membatalkan pertunangan Wafa dan Asfar.
Namun, lain yang jadi. Faris terlampau tegas dengan apa yang dia nak. Terlalu teguh dengan apa yang dia percaya dia harus lakukan. Tak mungkin dia dapat memujul hati itu dengan hanya bercakap dan memujuk.
"Kalau macam tu, izinkan Wafa tinggal dengan babah." Pinta Encik Muaz.
Langkah akhir yang dia rasakan dia harus lakukan. Memisahkan Wafa dan Faris. Dan akan dipujuk pula Wafa untuk meminta Faris menceraikannya.
"Dengan keadaan family babah yang langsung tak terima Wafa? Dia nak duduk mana? Bilik bawah tangga tu?" Tanya Faris bila mengenangkan keadaan yang berlaku di rumah Encik Muaz saat mereka tiba.
"Mujur saya ada. Kalau Wafa saja, dia terima saja bilik tikus tu. Tak. Saya tak benarkan Wafa duduk sini." Tegas Faris.
"Wafa anak babah."
"Dia isteri saya. Tanggungjawab saya. Bukan babah lagi. Saya lebih berhak untuk hidup dia. Bukan babah." Kata Faris lebih tegas.
Encik Muaz diam.
Ianya benar. Faris lebih berhak.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.