"Lain rasa peluk kau hari ni." Kata Muaz. Tangannya masih memeluk Fatma yang baring disebelahnya.
"Kau tak balik rumah mak, mak tak marah ke? Murni?" Tanya Fatma. Mengalih topik perbicaraan mereka.
Muaz diam. Mengeratkan pelukannya. Dicium ubun Fatma. Dan kembali memeluk isterinya itu.
Dia tak rasa nak balik ke rumah maknya. Dia tak rasa nak berhadapan dengan Murni. Rasa rimas bila Murni asyik mendesaknya menceraikan Fatma.
Dia tak pernah berkahwin untuk bercerai. Tak pernah terlintas difikirannya untuk menceraikan Fatma. Tak pernah walau sedetik. Padanya, Fatma isteri yang baik. Walaupun dilakukan tidak adil, dia hanya diam dan menerima dengan redha.
Selepas apa yang dilakukan Murni semalam, dia berjanji untuk berlaku adil antara Murni dan Fatma. Mungkin tidak boleh selalu bersama Fatma kerana mereka jauh, tapi, dia akan pastikan, dia akan balik ke rumah ini setiap minggu.
Lagi pula selepas dia menyedari perasaannya kepada Fatma. Jika dulu, dia rasa yang Fatma hanya kawan, kemudian isteri. Kini, dia rasa Fatma adalah dunianya. Nyawanya.
Jika dulu dia rasakan Murni cinta pertamanya, kini dia tahu, hidupnya tak mungkin bahagia tanpa Fatma.
"Aku minta maaf dengan kau. Selama ni, aku abaikan kau. Aku biarkan kau. Lebihkan Murni." Luah Muaz.
"Hal lepas. Tak payah nak ungkit." Balas Fatma.
"Kerana kau macam ni lah, aku rasa hidup aku bebas. Sampai aku lupa aku suami kau." Kata Muaz.
"Takkan kau nak aku kurung kau? Kau boleh bahagia ke kalau aku sekat kau? Kau boleh capai ke apa yang kau dapat sekarang ni kalau aku tak bagi kau pergi sana dulu." Balas Fatma.
Muaz menolak sedikit tubuh Fatma. Dia memandang wajah Fatma.
"Kalau aku tak lepaskan kau dulu, kita mungkin tak akan bercerai." Sayu suara Fatma menyambung ayat seterusnya.
"Aku tak pernah nak ceraikan kau. Sedetik pun, tak pernah terlintas nak ceraikan kau." Balas Muaz merenung mata Fatma. Bagi menyampaikan keikhlasan dalam perkataan yang dilafazkannya.
"Tapi, kau tetap kena pilih Murni. Anak kau. Selagi kau tak ceraikan aku, Murni akan terus ganggu aku. Hidup kau pun, takkan pernah aman. Aku tak nak hidup kau susah. Nanti kerja kau ke mana. Rumahtangga kau ke mana." Kata Fatma. Memejamkan matanya. Menelan hirisan tajam dari mulutnya sendiri.
"Kau sendiri sakit nak lafazkan semua ni. Kau rasa, senang ke untuk aku lepaskan kau. Kau kawan aku, isteri aku, nyawa aku." Balas Muaz.
"Macam mana aku boleh jadi nyawa kau? Sedangkan Murni adalah cinta kau, rindu kau. Bukan aku." Fatma membenamkan wajahnya ke dada Muaz bila dia rasakan air matanya mengalir.
Pagi ini, dia mahu luahkan apa yang tersimpan lama dihatinya. Bukan dia tak rasa sakit, cuma dia tak mahu melayan rasa sakit itu. Maka, dia telan dan redha dengan segala yang dilakukan suaminya.
"Tapi, tanpa kau, aku bukan siapa-siapa. Siapa yang selalu sokong aku selama ni? Yang banyak tolong aku dalam kerja aku? Yang selalu ada dengan aku susah dan senang? Kau. Kau banyak bagi semangat untuk aku masa aku down. Kau bagi aku idea sampai bos aku sayang aku dan aku cepat naik pangkat. Naik gaji. Semua yang aku ada ni, sebab kau." Balas Muaz.
"Tak baik kau nafikan Murni. Tanpa Murni, kau stress. Sejak kau kahwin dengan Murni, kau dah kurang stress. Balik rumah, ada orang dah siapkan semuanya. Belai kau. Manjakan kau. Aku tak ada dengan kau." Kata Fatma.
"Itu kesilapan aku paling bodoh aku pernah buat. Aku sunyi kat sana. Instead of bawa kau duduk dengan aku disana, aku kahwin lain. Aku ingatkan, Murni macam kau. Terima dengan ikhlas. Tak sangka, dia berubah lepas mengandungkan Naufal. Sampai aku nak balik sini pun, dia tak bagi. Masa mengandung tu, aku ingatkan pembawakan budak. Lepas Naufal lahir, makin teruk dia desak aku. Kalau dulu, tak bagi aku balik. Kalau aku balik sini, dia merajuk. Sekarang, siap ugut aku. Suruh aku ceraikan kau. Semalam, sampai datang sini. Buat kecoh. Pening kepala aku." Luah Muaz.
Fatma bangun. Duduk.
Muaz turut lakukan yang sama.
Fatma mengambil tangan Muaz. Digenggam. Diusap. Matanya, memandang tangan mereka. Mindanya sedang menyusun kata. Kata yang terbaik agar tidak menyakiti hati suaminya itu.
"Kau, kawan baik aku. Kau suami aku. Walaupun aku tak pernah cakap kat kau, tapi kau satu-satunya lelaki dalam hati aku selain ayah. Sebagai seorang sahabat dan isteri, aku nak kau bahagia. Aku nak tengok kau sentiasa tersenyum gembira. Tak ada yang membahagiakan aku selain tengok kau happy." Fatma memulakan mukadimahnya. Dia menarik nafas dalam.
Muaz senyum. Rasa gembira kerana Fatma mengatakan cintanya secara tak langsung. Rasa cintanya tak bertepuk sebelah tangan.
"Sebagai seorang pencinta?" Tanya Muaz. Mengusik.
"Sebagai seorang perempuan yang meletakkan seorang lelaki didalam hatinya, aku nak kau untuk aku seorang. Aku nak kau balas perasaan yang sama aku rasakan. Dan aku nak kekal jadi milik kau hingga ke syurga. Aku nak jadi ketua bidadari syurga kau. Bermanja, bermesra, bergaduh, dan semuanya dengan kau." Jawab Fatma.
Dia menarik nafas dalam. Matanya masih memandang tangan mereka yang sedang bercantum itu.
"Tapi, kau pun tau. Aku seorang yang realistic. Hakikat yang kau mencintai Murni, buat aku sedar, aku tak layak untuk kau. Sebab tu, aku tak pernah halang kau bernikah dengan dia. Aku langsung tak pernah paksa kau balik sini. Tak pernah merengek atau mendesak kau. Sebab, aku sedar kedudukan aku dimana." Lauh Fatma. Air matanya sudah mula mengalir. Suaranya juga sebak.
"Dah. Tak payah cakap dah." Pujuk Muaz. Menarik Fatma ke dalam pelukannya.
Fatma menangis semahunya. Meluahkan rasa sakit yang selama ini dia pendam. Yang selama ini ditelan tanpa perasaan. Bukan dia tak punya perasaan, tapi, dia bekukan rasa itu supaya dia boleh terus hidup dengan tenang.
"I love you, Fatma." Luah Muaz sambil mencium ubun isterinya itu.
Fatma yang tadinya menangis teresak-esak, terus diam. Kaku. Dia dapat rasakan keikhlasan dalam luahan perasaan itu.
Dia mula keliru.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.