"Kalau kau yakin dengan apa yang dia cakap, carry on." Kata Faris. Dia menyusap rambut Wafa yang sedang baring diatas ribanya.
"Kau kan suami aku." Balas Wafa.
"Aku tak nak sekat perasaan kau. Asalkan kau tahu, kau masih isteri aku. Jaga pergaulan kau. Jaga batas kau. Memang aku nak isteri yang hanya untuk aku. Tapi, aku pun faham. Kita hanya kawan." Balas Faris.
"Kita nikah bukan kehendak kau. Kau terima kerana kau marah dengan babah. So, kalau kau rasa kau ada pilihan lain, aku kena redha. Tapi, jangan minta aku lepaskan kau sekarang. Aku janji, aku tak sentuh kau supaya aku boleh ceraikan kau, pada hari pernikahan kau." Janji Faris.
Wafa angguk.
"Kalau kau tanya aku, tak ada apa pun perasaan istimewa untuk Asfar. Cuma, aku nak rasa bagaimana perasaan orang bercinta. Apa tu gaduh sayang. Apa perasaan bila kena pujuk dan memujuk. Aku just nak rasa." Kata Wafa setelah lama diam.
"Kalau itu niat kau. Tak payah. Jangan bagi harapan palsu kat orang." Balas Faris.
"Tak adalah bagi harapan palsu. Aku pun, akan cuba nak sayang dia." Balas Wafa.
Faris diam.
"Kau dengan Fitt tu, ada apa-apa ke? Aku selalu nampak kau dengan dia lately ni." Tanya Wafa.
"Jangan nak fikir bukan-bukan." Jawab Faris.
"Aku tanya saja."
"Ye la. Aku jawab la ni."
"Tu pun nak marah."
"Aku tak marah. Sayang."
"Eleh... Tu marah lah tu."
Terus saja Faris menjentik dahi Wafa. Mengaduh Wafa. Tapi, masih dalam keadaan yang sama.
"Macam tu kata tak marah."
"Itu amaran. Jangan nak provoke aku."
"Ye la. Ye la. Tapi, Fitt tu seksi apa. Sesuai juga dengan kau. Anak orang kaya. Cantik. Keturunan syed syarifah tu." Wafa masih juga mahu mempromosikan Fitt kepada Faris.
FarisFitt. FitFaris.
"Jangan nak tutup rasa bersalah kau tu dengan nak match kan aku dengan orang lain." Balas Faris.
Wafa diam.
"Aku, bukan maksud macam tu... Aku..."
"Tak payah nak cari alasan. Kita sama-sama kenal hati budi masing-masing. Bak kata babah. Kalau kita sama-sama bina rumahtangga kita ni betul-betul, kita akan jadi pasangan paling bahagia. Tapi, aku tak nak paksa kau. Terpulang kau. Aku beri kau kebebasan untuk memilih. Rumahtangga kita atau pilihan hati kau. Janji, kau sentiasa jadi diri kau. Kau tetap anggap aku paling utama selagi hubungan ini masih sah. Kau tau batasan kau." Kata Faris. Lebih tegas dari tadi.
"Aku tau."
"Ni, apa kisah yang terjadi ni? Kecoh sekarang ni, kau pergi rumah Zafrul. Cuba goda dia?" Tanya Faris.
"Kau percaya?" Tanya Wafa pula. Dia bangun dan duduk menghadap Faris.
"Otak aku bukan letak kat lutut. Nak percaya benda yang aku tahu." Jawab Faris. Turut sama menghadap Wafa.
Dia tahu, Wafa memang ada minta izin darinya nak ke rumah Zafrul. Kerana Zafrul demam dan tugasan mereka perlu dihantar dalam masa yang singkat.
"Kau. Boleh tak buat pekak je pasal benda ni? Asalkan kau yakin, aku takkan buat macam tu. Dahlah." Pinta Wafa.
Faris angguk.
Dia mengesyaki sesuatu telah dilakukan Zafrul kepada Wafa. Namun, bila Wafa pilih untuk tak menceritakan hal tersebut, dia perlu hormati. Pasti, Wafa mahu melindungi Zafrul.
Kerana seandainya Wafa bercerita, pasti, Zafrul tak akan selamat.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.