"Asfar mana?" Tanya Wafa.
"Bukan kau nak tanya keadaan aku ni." Rajuk Zafrul.
"Dah kau kata kau demam. Tanya lagi buat apa." Balas Wafa.
"Courtesy my dear." Balas Zafrul pula.
Wafa diam.
"Asfar mana?" Tanya Wafa sekali lagi.
"Keluar. Kejap lagi dia balik." Jawab Zafrul.
"Habis tu, ada housemate kau yang lain ke?" Tanya Wafa.
Zafrul geleng.
"Macam tu, aku keluar dulu la. Asfar balik nanti, baru aku masuk balik." Kata Wafa dan bersedia untuk bangun.
Kalau tak sebab tugasan ini kena hantar 4 hari lagi dan Zafrul pula demam, tak mahu dia datang ke rumah ini. Hanya memikirkan mereka akan bertiga atau mungkin lebih dengan kawan serumah mereka, Wafa gagahkan juga ke rumah ini.
"Duduk je la. Bukan ada JAIS pun nak tangkap basah." Tahan Zafrul.
"Allah ada." Balas Wafa. Dia terus bangun dan berjalan ke pintu keluar rumah itu.
Zafrul ketawa.
"Kau duduk serumah dengan Faris, kau tak fikirkan Tuhan pun." Kata Zafrul dan menarik tangan Wafa sehingga terjatuh.
Cepat saja Zafrul duduk menindih Wafa.
Wafa cuba untuk menolak dengan sepenuh tenaganya. Tapi dengan pantas, Zafrul menumbuk dada Wafa membuatkan nafasnya tersekat dan makin tidak bermaya.
Namun, semangat Wafa bukan lemah, dia masih juga cuba melawan walau dadanya sakit, dan hampir tercabut nyawanya. Maruahnya perlu diselamatkan.
Saat tangan Zafrul sudah mula meraba tubuhnya, dia menendang belakang Zafrul dengan kakinya sehingga Zafrul tersungkur. Dia tolak tubuh Zafrul. Dan dia segera bangun. Kemaluan Zafrul ditendangnya. Hanya cukup masa untuk dia keluar dari rumah itu.
"Wafa!" Saat pintu rumah dibuka, Asfar muncul.
Wafa hanya memandang seketika dan terus keluar dari rumah itu.
Asfar hanya memandang sebelum dia masuk ke dalam rumahnya. Dia melihat Zafrul sedang senak sambil memegang kemaluannya. Segera Asfar keluar dan mengejar Wafa.
"Wafa. Tunggu."
"Kau pun sama. Komplot dengan binatang tu." Tuduh Wafa sewaktu Asfar sudah berjaya memintasnya.
"Aku tak tahu apa-apa." Asfar pertahankan dirinya.
"Takkan kau tak tahu. Kau kan kawan baik dia. Lepas dia dapat aku, kau pula kan? Kau tunggu giliran kau. Kan?"
"Tak. Aku tak tahu apa-apa. Kau tu, kenapa datang rumah kami?"
"Zafrul kata dia demam. Tapi, nak siapkan assignment kita tu. Lusa dah kena hantar. Kita pun, banyak lagi tak siap. Aku ingat, kau ada. Housemate kau ada. Tak apalah. Tak sangka korang." Air mata Wafa mengalir. Dikesatnya kasar. Tak mahu nampak lemah. Walau hakikatnya, dia rasa tak mampu lagi untuk berdiri.
"Dah. Mai duduk situ." Kata Asfar dan menunjukkan ke arah bangku berdekatan.
Wafa hanya menurut. Dari mula mengenali Zafrul dan Asfar, dia memang rasa lebih selesa dengan Asfar. Asfar matang dan tenang. Bukan seperti Zafrul yang merimaskan.
"Jangn tuduh aku macam tu. Aku tak tahu apa-apa pun. Aku tak tahu pun Zafrul demam. Aku baru balik dari library. Ada discussion untuk subject yang lain. Bila aku balik, kau dah kat pintu. Bila aku masuk rumah, Zafrul dan menonggeng tahan sakit. Tu yang aku kejar kau. Aku tak nak kau fikir yang bukan-bukan." Terang Asfar.
"Mana aku tahu kau cakap betul ke tipu. Segalanya mungkin."
"Kau tak percaya aku ke?"
Wafa diam.
"Aku takkan buat macam tu kat orang yang aku sayang. Aku sayangkan kau. Aku dah lama perhatikan kau. Dah lama jatuh cinta kat kau. Aku belajar bersungguh-sungguh sebab aku nak beri kehidupan yang baik untuk kau bila kita bernikah nanti." Luah Asfar.
Matanya langsung tak memandang Wafa. Rasa malu meluahkan isi hatinya kepada gadis yang dah setahun lebih menghuni hatinya. Sejak di KLIA sewaktu mereka mahu ke sini.
Kebetulan yang tak disangka. Dari jauh dia melihat wajah Wafa. Mata mereka bertentang seketika. Wafa mungkin tak perasan. Tapi, itulah moment indah yang dirasakannya sepanjang hidupnya.
Kebetulan sekuliah adalah yang paling disyukurinya. Tapi, dia hanya mampu memandang dari jauh. Berita Wafa dan Faris bersekududukan sedikit sebanyak menguris hatinya.
Namun, bila hati dah berkenan. Tak mudah untuk dia melupakan.
"Mengarut apalah kau ni. Tak payah nak buat cerita untuk cover niat buruk kau tu." Kata Wafa.
Asfar mengalihkan pandangannya. Memandang tepat ke wajah Wafa.
"Kalau aku nak buat jahat dekat kau, aku buat lama dah. Tak payah nak tunggu Zafrul. Aku sendiri boleh buat sendiri. Buat apa nak share dengan orang lain." Tegas Asfar.
Terbeliak mata Wafa. Terus saja dia mengalihkan pandangannya. Tanpa disengajakan matanya bertentangan dengan Asfar.
Terus saja dia beristighfar dan mengalihkan pandangannya. Walaupun, hatinya berdebar dengan pandangan seketika itu, namun, dia sedar status dirinya sebagai isteri kepada Faris.
"Aku tak terniat pun nak confess apa yang aku rasa ni. Tak sehingga aku dah berjaya. Dah cukup serba serbi untuk angkat kau sebagai isteri." Kata Asfar.
Wafa mengalihkan pandangannya. Tak mahu memandang Asfar.
"Tapi, aku luahkan. Sebab aku tak nak kau salah sangka dan jauh dari aku." Sambung Asfar.
"Aku tak harap kau bagi aku jawapan sekarang. Ambil masa kau sampai aku dah bersedia. Tapi, aku minta. Jangan jauhkan diri kau dari aku." Pinta Asfar.
Wafa bangun. Dia mahu balik. Mahu mengadu kepada Faris. Namun, langkahnya terhenti seketika.
"Jangan cerita apa-apa pasal hal ni kepada sesiapa pun. Terutama Faris. Diam saja walau apa pun yang terjadi." Kata Wafa.
"Kenapa?"
"Aku rasa, kau kenal Faris."
Asfar diam.
"Kau masih nak pertahankan Zafrul?"
"Dia pernah jadi kawan aku. Ini kira kebaikan aku yang terakhir untuk dia. Sebab dia, pernah aku anggap sebagai kawan." Dan Wafa terus saja berlalu.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.