Suasana rumah Puan Fatma mendung semendung hati penghuni rumah. Kehilangan satu-satunya lelaki. Tempat mereka bersandar, bergantung dan berteduh.
Suara orang membaca Al-Fatihah dan yassin berkumandang disetiap sudut rumah. Jiran-jiran yang hadir turut sama menghadiahkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk si mati.
"Dah boleh mandikan." Kata seorang lelaki berkopiah putih.
Puan Fatma angguk. Dia tarik Wafa menjauhi jenazah Pak Harun. Dari Pak Harun terlantar sebelum nyawa berpisah, Wafa sentiasa disisi Pak Harun.
"Nanti lah. Wafa belum puas tengok atok." Dan Wafa kembali mendekati jenazah Pak Harun.
Faris tarik nafas. Dia bangun dan mendekati Wafa. Duduk rapat sebelah Wafa.
"Kalau cepat urusan ni selesai, lagi mudah urusan atok. Kau nak tangguh apa? Nak biar atok lama lagi ke? Ke kau nak aku awetkan atok? Biar atok terseksa lama-lama kat dunia ni." Bisik Faris.
Wafa pandang Faris tajam.
"Tak betul ke?" Tanya Faris.
Wafa bangun dan menjeling Faris.
"Wafa nak mandikan atok." Tegas Wafa.
"Kau gila apa? Kau tahu ke macam mana nak mandikan jenazah?" Balas Faris.
"Tau lah."
"Siapa lagi mahram perempuan yang ada nak mandikan atok kalau kau nak mandikan atok?" Tanya Faris.
Wafa pandang Puan Fatma. Dan tiada lagi. Mereka bukan ada keluarga besar. Pak Harun hanya dua beradik. Abangnya juga sudah meninggal dunia. Dan hanya punya seorang anak perempuan. Pak Harun juga hanya ada Fatma sebagai anak.
"Dah. Tak payah mengarut. Yang penting, terus doakan urusan atok selesai dengan aman dan cepat." Kata Faris.
Wafa mengalah. Dia mencium dahi datuknya buat kali terakhir air matanya sekali lagi mengalir. Puan Fatma turut lakukan hal yang sama. Kemudian dituruti oleh Faris dan Encik Essam.
Air mata Puan Fatma tak mampu ditahan lagi. Mengalir laju. Terutama bila melihat jenazah ayahnya diangkat ke ruang yang dibuat untuk mandikan jenazah. Dia tahu, makin dekat masanya akan berpisah dengan jasad ayahnya.
Faris mengetuai mereka yang memandikan jenazah. Encik Essam juga. Meraka dibantu oleh beberapa orang surau yang biasa menguruskan jenazah.
Wafa dan Puan Fatma membantu menyediakan kain kafan yang akan dipakaikan kepada datuknya. Hanya membantu apa yang boleh. Kerana pakcik-pakcik yang membuat kerja itu lebih pakar.
Selesai dimandi dan dikafankan, Faris mengimamkan solat jenazah. Yang lain hanya ikut dibelakang.
"Yang perempuan tak payah lah ikut je kubur." Kata Encik Essam.
"Wafa nak ikut."
"Kau ni. Bukan kau boleh masuk dalam kubur pun. Setakat nak pandang. Tak payah." Marah Faris.
"Yang penting bukan hantar jenazah ke kubur. Doa kita yang arwah perlukan. Itu yang menjamin kehidupan dia disana." Kata Encik Essam.
Puan Fatma angguk. Dia faham. Beramai di tanah perkuburan pun hanya akan menyusahkan urusan pengebumian. Dia juga risaukan Wafa yang tak boleh dijangka tindakannya. Buatnya, dia turut turun masuk ke dalam kubur. Kan dah jadi isu.
"Dah siap ke jenazah?" Satu suara tiba-tiba muncul dibelakang Puan Fatma.
Puan Fatma kaku. 18 tahun. Suara itu tak pernah dia lupakan. Ianya terus membuatkan dia kaku. Tak mampu nak bergerak.
"Sampai pun kau." Kata Encik Essam.
"Bekas bapa mertua aku. Macam mana pun, dia pernah jadi bapa mertua aku. Arwah pun baik. Mestilah aku datang." Balas Encik Muaz.
"Dah nak bawa ke kubur. Kau ikut ke?" Tanya Encik Essam.
"Tak payah la, abang. Dah tunjuk muka, jomlah balik." Puan Murni menarik suaminya untuk beredar.
"Eh awak ni. Dah sampai ni. Kita dah lah dah lambat. Tunggu awak yang sibuk nak ikut." Marah Encik Muaz.
"Kalau kau nak ikut, jomlah. Murni, kau duduk je dekat rumah. Hajar ada tu." Kata Encik Essam.
Puan Fatma bergerak ke dapur. Meninggalkan mereka tanpa memandang ke arah bekas suaminya. Tak berdaya.
Wafa menyusul kemudian selepas jenazah datuknya dimasukkan ke dalam van jenazah. Dia mendekati Puan Hajar yang sedang mengemas dapur.
"Pergi kemas dekat depan. Bapa kata, jemaah balik terus nak buat tahlil kat sini. Kejap lagi katering sampai. Bapa order bihun goreng je tadi." Kata Puan Hajar kepada Wafa.
Wafa angguk.
Wafa mengemas ruang tamu. Saki baki kain kafan dan kapur barus, dikumpul dan diletakkan ke dalam plastik. Kemudian, dia mengambil penyapu untuk membersihkan lantai ruang tamu. Tempat dimana akan diadakan majlis tahlil sekejap lagi.
Beberapa orang makcik-makcik yang duduk diruang tamu, bangun dan bergerak keluar. Bersama-sama dengan tetamu yang lain. Tinggal Puan Murni yang masih buat tak tahu.
"Makcik, saya nak menyapu ni. Boleh tak makcik gerak ke sana. Sana saya dah sapu." Kata Wafa. Lembut.
Puan Murni menjeling ke arah Wafa. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Wafa diam. Mengeluh. Malas mahu melayan perangai orang sebegini. Jadi, dia menyapu bahagian dimana Puan Murni tiada.
"Kurang ajar kau ni. Mak bapa kau tak ajar hormat orang ke?" Marah Puan Murni.
Wafa memandang Murni. Langsung tak faham kenapa dia dimarahi.
"Kau ingat, aku ni sampah ke?" Kata Murni yang sudah bangun sambil menonjol dahi Wafa.
"Hoi. Yang kau tonjol tu, anak aku. Kau tu, kat rumah aku. Jangan sampai aku halau kau keluar." Kata Puan Fatma yang berlari ke depan setelah mendengar kekecohan diruang tamu.
Dia segera menarik Wafa untuk berdiri dibelakangnya. Mukanya penuh berani berhadapan dengan Puan Murni.
"Patutlah kurang ajar. Mak dia pun sama. Kurang ajar. Entah-entah. Bapa dia pun sama." Tuduh Puan Murni.
Puan Fatma ketawa.
"Bapa dia kena rampas dengan perempuan perampas macam kau. Dah tahu Muaz tu suami orang, kau goda juga. Lepas tu, kau hasut dia ceraikan aku. Sampai Muaz tak tahu pun, yang dia ada anak." Balas Puan Fatma. Lantang. Memerli.
Tetamu yang hadir telah mengerumuni mereka. Mula bercakap-cakap sesama mereka.
"Dah kau tak pandai jaga suami. Suami nak merantau. Kau bagi. Suami nak kahwin lain pun, kau bagi. Ikut je cakap suami kau. Padan muka kau. Kena cerai." Balas Puan Murni.
"Fatma, Murni. Dahlah. Orang tengok ni." Puan Hajar cuba meleraikan perbalahan keduanya.
"Ya lah. Aku memang bodoh. Ikut je cakap suami. Sebab aku bodoh, aku tak pandai nak hasut suami aku ceraikan kau. Aku tak tamak macam kau. Dan yang paling penting, aku tak terdesak sampai sanggup fitnah orang semata-mata nak dapatkan Muaz untuk diri sendiri." Balas Puan Fatma.
Semua ini, dah lama dia simpan. Tiba masa, untuk semua orang tahu. Betapa keji dan busuknya hati seorang Murni.
"Sekarang, hidup kau aman ke? Sampai laki kau nak ziarah bekas bapa mertua sendiri pun, kau takut. Takut kan suami kau datang balik kat aku. Kan? Kau teruslah hidup dengan bayang-bayang kau. Ketakutan kau. Jangan ganggu hidup aku anak-beranak. Hidup kau dan Muaz, bukan urusan aku. Apa pun terjadi kat korang, aku tak nak ambil tahu langsung!" Kata Puan Fatma.
Dia menarik Wafa masuk ke dapur. Kemudian, dia meminta agar seorang anak jirannya untuk menguruskan ruang tamu.
Tetamu yang hadir pun, sudah kembali ke tempat duduk mereka. Mula menceritakan keadaan dulu dan sekarang. Membandingkan cerita yang didengari mereka dulu dan sekarang. Menimbal mana yang benar dan mana yang palsu.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.