BH 33

940 47 4
                                    

"Inilah Wafa? Elok. Patut Asfar suka. Manis orangnya. Lembut saja air muka dia. Motherly face." Kata Puan Syarifah Salbiah atau lebih dikenali sebagai Puan Sal.

Dia meneliti wajah yang ada dihadapannya. Sangat menyejukkan mata yang memandang. Dari air muka Wafa, dia tahu, Wafa seorang yang penyayang. Tak pelik kenapa Asfar boleh jatuh cinta kepada Wafa.

"Bila auntie boleh masuk minang Wafa?" Tanya Puan Sal lagi.

Wafa terkelu. Tak tahu mahu menjawab. Mana mungkin Asfar boleh meminangnya. Tentu saja hukumnya haram. Kerana dia isteri orang.

"Ma... Asfar dengan Wafa belum declare apa-apa pun lagi." Pintas Asfar bila melihat Wafa kalut memikirkan jawapan yang perlu diberikan.

Sememangnya, sejak hari dia meluahkan apa yang dia rasakan kepada Wafa, sehinggalah mereka tamat belajar dan balik ke Malaysia, Wafa langsung tak memberi apa-apa jawapan balas. Dia sendiri tak bertanya. Tak mahu memaksa. Apatah lagi, dia sendiri belum bersedia.

"Orang cantik macam ni, kalau kamu lambat, melepas." Puji Puan Sal. Matanya masih ke arah Wafa.

Berbaloi dia menunggu sehingga ke hari ini. Setiap kali berhubung dengan Asfar, dia hanya mampu mendengar Asfar bercerita tentang Wafa. Langsung tidak berpeluang untuk bertemu mata dengan orangnya. Hari ini, memang dia sengaja datang awal dari waktu ketibaan Asfar. Dia mahu melihat siapa gadis yang berjaya mencuit hati anaknya itu.

Tak sangka. Gadis berbadan gempal itu menjadi pilihan Asfar. Tapi, bila diamati, wajah Wafa, ayu. Air mukanya, menenangkan. Kelembutan tingkahnya. Malu-malu gadis melayu. Perkara-perkara itu, sangat menyenangkan. Padanlah dengan Asfar yang punya fizikal yang lebih kurang sama.

"Wafa." Panggil Faris yang baru saja datang dan berdiri disebelah Wafa.

"Assalammualaikum, auntie." Faris memberi salam sambil menundukkan sedikit kepalanya bila menyedari kehadiran Puan Sal.

"Waalaikummussalam." Jawab Puan Sal.

Dia memandang ke arah Faris. Dia sedar maksud pandangan Faris kepada Wafa. Dia lebih dulu makan garam.

"Siapa ni?" Tanya Puan Sal.

"Saya Faris. Kawan Wafa." Jawab Faris.

Puan Sal angguk.

"Ibu dan bapa dah sampai. Mak pun ada. Babah on the way. Kat Nilai dah. Nak tunggu babah ke nak gerak sekarang?" Tanya Faris sedikit berbisik ditelinga Wafa.

"Gerak je la. Cakap kat babah, jumpa dekat rumah saja." Balas Wafa.

"Auntie, Asfar, kitorang gerak dulu la. Parents kitorang dah sampai." Kata Wafa meminta diri.

"Eh. Baguslah tu. Boleh auntie jumpa parents Wafa. Bincang apa yang perlu." Kata Puan Sal.

"Ma..." Asfar cuba untuk membantah tapi Puan Sal sudah menarik Wafa untuk berjalan beriringan dengannya.

"Kat mana parents Wafa?" Tanya Puan Sal.

Wafa pandang Faris. Meminta ehsan Faris untuk menyelamatkan dirinya tika itu. Dalam masa yang sama, dia rasa bersalah kepada Faris.

Isterinya dilamar untuk lelaki lain.

"Ibu!" Faris memanggil Puan Hajar sambil melambai ke arah ibunya. Isyarat juga kepada Puan Sal, dimana kedua orang tuanya berada.

Faris mendahului langkah Puan Sal dan Wafa. Mendekati orang tuanya dan mertuanya. Disalam dan dipeluk tubuh yang dirinduinya. Diikuti oleh Wafa. Namun, Wafa kaku bila sampai ke giliran Puan Fatma.

Faris yang berdiri disebelah Puan Fatma sambil memeluk bahu tua itu mengisyaratkan Wafa agar melakukan yang sama sepertinya. Wafa hanya menyalami tangan Puan Fatma dan menciumnya. Itu pun, Puan Fatma langsung tak endahkan.

"Jadi, yang mana satu ibu Wafa?" Tanya Puan Sal yang turut sama menyalami tangan dua wanita dihadapannya itu.

Asfar pula bersalaman dengan Encik Essam.

"Ini." Tunjuk Puan Hajar kepada Puan Fatma.

"Oh... Lain muka Wafa dengan mak dia. Tapi, sama-sama muka keibuan. Sedap mata memandang." Kata Puan Sal.

"Macam ni lah. Saya terus terang sajalah. Ini anak saya, Asfar. Belajar sama-sama dengan Wafa. Dia berkenan sangat dah dengan Wafa. Saya ingat, kalau puan setuju, nak melamar anak puan untuk anak saya ni." Kata Puan Sal lagi bila mereka hanya memandangnya.

Tiga pasang mata itu memandang ke arah Wafa. Kemudian Faris. Meminta penjelasan. Tapi, hanya diam menjadi jawapan mereka berdua.

"Tak apa. Macam nilah puan. Wafa ni pun dah macam anak saya. Biarlah saya wakilkan bapa dia. Beri kami waktu. Biar kami bincang anak beranak. Apa-apa keputusan kami nanti, kami inform pada anak puan. Benda ni mengejut sangat." Kata Encik Essam.

"Ya lah. Saya pun faham. Tak apa. Macam ni. Apa kata kalau kita buat secara rasmi. 2 minggu dari sekarang, kami datang untuk merisik. Kalau setuju, barulah kita tunangkan mereka." Kata Puan Sal.

"Baik juga tu." Balas Encik Essam.

Dia mula memikirkan reaksi Encik Muaz. Pasti akan melenting.

Encik Muaz selalu berlainan pendapat dengan mereka bertiga. Puan Fatma, Puan Hajar dan Encik Essam memahami keadaan Faris dan Wafa.

Perkahwinan tanpa cinta.

Tapi, untuk Encik Muaz, perkahwinan adalah sebuah perkahwinan. Suka atau terpaksa, itu bukan alasan untuk perkara seperti ini terjadi.

"Kami minta diri dulu." Kata Encik Essam dan mereka terus berlalu meninggalkan Puan Sal dan Asfar.

"Ma... Apalah. Malu Asfar kat Wafa." Kata Asfar.

"Kamu ni. Jangan lambat sangat. Mama tengok Faris dengan Wafa tu rapat sangat. Nanti, Faris tu kebas Wafa dari kamu. Macam mana?" Balas Puan Sal.

Asfar diam.

Kalaulah Puan Sal tahu Faris dan Wafa tinggal serumah sewaktu di Perth, pasti dia akan menolak Wafa mentah-mentah. Bukan dia tak tahu mamanya itu.

Memilih.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now