BH 49

1.1K 52 2
                                    

Faris menyapu tangannya yang masih basah ke muka Wafa. Lembut. Sambil menyeru nama Wafa ditelinga.

Dia baru lepas wuduk. Sengaja mahu melihat Wafa bila terlihat tiada cahaya dari bawah pintu bilik Wafa. Selalunya, Wafa dah bangun. Tapi, Wafa masih tidur. Lalu, tangan yang masih basah dengan wuduk, dibatalkan untuk mengejut Wafa. Bila saja Wafa membuka mata. Dia senyum dan memberikan kucupan di dahi Wafa sebelum dia keluar.

Wafa senyum. Muncul rasa bunga-bunga dalam hatinya. Faris yang makin romantis. Membuai jiwanya.

Dia bangun dan terus ke tandas untuk mandi dan bersiap-siap untuk solat Subuh. Pastinya, Faris dan Puan Fatma sedang menunggunya.

"Buat apa lambat bangun?" Tanya Puan Fatma sebaik saja usai membaca Al Mathurat.

Wafa hanya diam.

Faris memberi isyarat kepada Puan Fatma agar membiarkan saja. Dia tak mahu merosakkan mood Wafa. Mood pagi boleh mempengaruhi keseluruhan hari.

Puan Fatma hanya diam. Siapalah dia bila suami anaknya sendiri tak mahu menegur. Lagipun, ia bukan sesuatu yang penting. Cuma, dia tak suka Wafa bangun lambat.

Kalau Faris tak tidur disini, pukul 5.30 pagi, pasti saja dia akan ketuk pintu bilik Wafa sehingga dia bangun. Pantang sungguh dia melihat Wafa bangun lambat.

Jika Faris ada, beberapa minit sebelum azan subuh, barulah dia akan pastikan Wafa bangun. Tapi, selalunya, Wafa akan bangun awal jika Faris ada. Kerana, Wafa tak suka bila Faris membebel sekiranya Faris datang mengejutnya.

Dia suka bila Faris tidur dirumah ini. Dari kecil sampai sekarang. Kerana Faris akan pastikan Wafa akan solat tepat pada waktunya. Mengaji selepas solat Subuh dan maghrib. Dan semestinya. Berjemaah.

Wafa tanpa Faris, dia akan lalai dalam bab solat. Wafa yang suka melambat-lambatkan waktu solat. Sama macam babahnya.

Puan Fatma geleng.

Datang sedikit kerisauan dihatinya. Seandainya Wafa terus begini. 10 tahun usia perkahwinan mereka tapi masih tiada perubahan, dia risau andai Faris mengalah dan berubah hati. Takut nanti, Wafa akan jadi seperti Encik Muaz. Menyesal dikemudian hari. Merayu cintanya kembali.

Risau juga andai Faris sudah berpatah arang tidak mahu Wafa kembali. Pasti anaknya itu akan kecewa.

Orang kata, jangan diuji seorang lelaki yang setia. Satu hari, bila dia berubah hati, segala macam pujuk dan rayu, tidak dipeduli.

Namun, pesanan itu hanya dalam hatinya. Dia kekok mahu bercakap dengan Wafa. Namun, dia pasti, besannya pasti sudah memberi kata-kata itu kepada Wafa. Kerana, dia sendiri yang meminta Puan Hajar menasihatkan Wafa.

"Mak. Faris balik rumah kejap lagi." Kata Faris.

"Bawa Wafa sama?" Tanya Puan Fatma. Soalan yang sama dia akan tanya sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Faris hanya diam. Itu juga tindakbalas Faris. Wafa apatah lagi. Langsung tiada kesan.

"Yalah." Balas Puan Fatma.

Ada masa, dia malas mahu ambil tahu tentang perkahwinan anaknya itu. Sudahlah tidak berdaftar. Tidak juga ada gaya seperti orang sedang berkahwin. Langsung tiada perubahan dalam hubungan mereka. Dari kecil sampai dah besar. Sama saja.

Namun, sebagai mak, dia tetap risau. Macam mana dia malas pun, kerisauan itu tetap ada. Kerana Faris adalah menantu pilihnnya. Suami yang terbaik untuk anaknya.

Cuma Wafa saja yang tak nampak semua itu.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now