"Takkan sampai nak berhenti kerja. Aku minta maaf. Aku ingatkan kau saja nak mengelak dari aku." Kata Hasnol.
Fatma diam.
Bukan kerana Hasnol dia mahu berhenti. Tapi, perutnya akan membuyong tak lama lagi. Jadi, dia perlu untuk jauh dari manusia yang dia kenal. Semata-mata mahu menyorok anaknya.
Mungkin dia paranoid. Tapi, dia memang tak mahu anaknya diketahui orang sehingga berita itu sampai ke telinga Muaz. Muaz sudah putuskan hubungan dengannya tapi Muaz tak mungkin putuskan hubungan dengan anaknya.
Dan dia tak mahu, anaknya jadi bahan fitnah seandainya Muaz tahu dan ingin mengambil anaknya. Kerana Murni pasti tak akan setuju. Dan pastinya, Murni akan gunakan pelbagai cara untuk tidak benarkan perkara itu terjadi.
Hilang sudah rasa hormatnya kepada Murni. Hilang juga pertimbangannya untuk sentiasa berbaik sangka.
Dengan apa yang dah terjadi, dia perlu untuk fikirkan segala kemungkinan yang negatif. Demi untuk mempertahankan dirinya dan anaknya. Maruahnya dan kesucian anaknya.
Bukan baru ni dia dengar segala fitnah yang ditaburkan untuknya oleh orang kampung. Dari sebelum dia berkahwin dengan Muaz. Kemudian, saat Muaz dipindahkan ke Johor Bahru. Dan makin menjadi-jadi fitnah yang dilontarkan kepadanya sejak Murni datang ke rumahnya dan meraung meminta Muaz menceraikannya.
Semua itu, dia hadam. Dia biarkan. Langsung dia tak pernah endahkan. Tak ada gunanya mempertahankan diri. Ianya hanya akan menjadi alasan untuk mengembangkan lagi cerita. Jadi, dia pilih untuk mendiamkan diri. Yang penting, dia tahu semua itu langsung tidak benar.
"Atau, lepas kau habis edah, aku pinang kau semula. Tak ada sebab untuk kau tolak. Kau pun dah single. Aku pun masih single." Usul Hasnol.
Fatma memandang Hasnol. Tepat ke mata.
Telan air liur Hasnol. Tak pernah selama dia berkenalan dengan Fatma, Fatma memandangnya begitu.
"Lepas apa yang kau dah buat dengan rumahtangga aku, kau rasa, aku nak terima kau ke?" Mendatar nada suara Fatma. Namun, patah kata yang keluar, cukup buat Hasnol terdiam. Ditambah pula dengan pandangan mata Fatma yang tajam.
"Sebelum buat apa-apa, fikir dulu. Jangan main ikut logik apa yang kau rasa. Put yourself in others people shoe. Kalau kau tak ikut kata hati kau. Benda macam ni, tak akan terjadi. Kau ingat aku tak tahu? Kau hantar pinangan sebab kau rasa tercabar. Kan? Kau takut ada lelaki lain masuk pinang aku dulu sebelum kau. Kan? Sampai kau pekak nak dengar apa yang aku kata. Sampai kau bodoh tak nak siasat apa yang aku kata. Kau main ikut apa yang hati kau nak saja. Pernah fikir apa yang aku nak?" Sambung Fatma.
Hasnol tunduk.
"Jangan risau. Aku tak berhenti kerja sebab kau. Aku berhenti kerja sebab aku. Tak ada kena mengena dengan kau. Langsung!" Kata Fatma dan terus menghadap wajahnya ke skrin komputer.
Hasnol diam. Masih memandang ke bawah. Memikirkan. Apa yang boleh dia lakukan untuk membetulkan keadaan.
Melihat wajah Fatma yang hilang seri itu, buat dia rasa bersalah yang teramat. Teruk dia dimarahi kedua orang tuanya kerana disuruh meminang isteri orang. Sehingga membuatkan suami Fatma melafazkan cerai. Menjadikan Fatma janda dalam sekelip mata.
'Aku perlu bersemuka dengan suami Fatma. Aku perlu untuk terangkan keadaan sebenar. Tapi aku tak kenal siapa suami Fatma. Dimana dia sekarang.' Hasnol diam sebentar. Memikirkan perancangan yang telah hatinya putuskan.
'Aku kenal bapa Fatma. Mungkin bapa Fatma boleh tolong aku.' Putus Hasnol.
Dia bangun dan terus ke bilik ketuanya. Dia mahu meminta cuti.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.