3 hari dia berehat. Menenangkan dirinya. Cuba untuk melangkah ke depan. Merancang kehidupannya yang akan datang dengan anak yang baru saja dia ketahui kewujudannya.
Dia balik semula ke rumah orang tuanya. Dengan semangat baru. Dia ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan. Ada pelbagai lagi persoalan yang dia mahu rungkaikan.
Kerjanya? Dia sudah meminta cuti kecemasan selama seminggu. Dia tahu, ada banyak yang perlu dia lakukan disini.
Apapun, dia perlu untuk membersihkan dirinya. Pergi sehelai sepinggang. Membawa hati yang lara. Baju yang sama dia pakai. Langsung tak dihiraukan tanggapan orang sekeliling.
"Ha? Baru nak balik?" Sergah Puan Murni sebaik melihat suaminya masuk ke dalam rumah.
Encik Muaz hanya diam dan terus berjalan masuk ke biliknya. Belum sempat sampai, sudah dihalang.
"Saya ni penat tau tak?" Kata Encik Muaz. Lemah.
"Memang lah penat. Penat buat maksiat dengan janda abang tu, kan?" Tuduh Puan Murni.
Encik Muaz melepaskan nafas berat. Malas mahu melayan cemburu tak bertempat isterinya itu. Dia cuba menolak lembut tubuh kecil Puan Murni ke tepi.
"Abang cakap dengan saya, bang. Abang duduk rumah janda abang tu kan? Abang nak rujuk dengan dia semula, kan?" Tanya Puan Murni sambil cuba untuk membuat muka simpati. Cuba untuk menangis.
"Awak jangan mengarut, boleh tak?"
"Mengarut apa? Abang pergi mana berapa hari ni? Kalau bukan ke rumah janda abang tu. Menyundal tak sudah!" Puan Murni seakan meroyan.
Terus saja tangan Encik Muaz naik. Mujur saja dia sempat menahan tangannya dari mengena wajah isterinya itu. Sabarnya masih ada.
"Mak! Tengok abang ni. Dah la hilang tah ke mana. Balik, nak ditangankannya saya. Dah kena sampuk ke apa." Jerit Puan Murni meminta bantuan mak mertuanya.
Terkocoh-kocoh Mak Nab datang mendekati pasangan itu. Terkejut juga sekiranya anaknya, Muaz menaik tangan kepada menantunya. Nanti, apa kata besannya? Sudahlah semua kesenangan yang dia rasai ini berpunca dari besannya. Sekiranya dia apa-apa kan anak mereka, bagaimana kehidupannya nanti?
"Kenapa ni, Muaz? Apa lagi yang tak kena ni?" Tanya Mak Nab.
"Abang ni, mak. Murni saja je kata dia duduk rumah janda dia. Terus nak ditamparnya Murni. Betullah tu. Memang duduk situ lah tu berhari-hari ni." Balas Murni.
"Betul ke Muaz?" Tanya Mak Nab.
"Mak ingat, Fatma tu nak ke kat saya ni semula? Saya ceraikan dia saat dia tengah mengandung. Sampai saya tak tahu, saya ada anak. Semua sebab menantu kesayangan mak ni." Balas Encik Muaz.
"Abang jangan nak tuduh saya. Jangan cuba nak fitnah saya. Abang yang dah buat salah, saya yang abang nak salahkan. Kenapa?" Balas Puan Murni.
"Kalau aku nak pergi ke Fatma, dari dulu. Bukan sekarang. Dari dulu, Murni. Kau nak tau sebab apa? Dia cinta pertama aku. Sampai sekarang, aku rindu kan dia. Aku cintakan dia. Tapi, aku kenal Fatma. Cukup sekali. Tiada peluang kedua." Kata Encik Muaz.
Terlopong mulut Mak Nab. Tak sangka anaknya akan berkata begitu didepan menantunya.
"Habis tu, saya ni apa?"
"Kau isteri aku. Mula-mula, aku ingat kau cinta mati aku. Aku sayang kau. Aku belai kau. Aku abaikan Fatma demi kau. Tapi, apa yang kau balas?" Tanya Encik Muaz.
"Saya bagi abang kemewahan." Balas Puan Murni.
"Kau ingat, aku kisah dengan hidup mewah ni? Kau ingat, kedudukan yang aku ada ni, sebab pengaruh bapa kau ke? Ini hasil titik peluh aku. Pengorbanan Fatma hidup berjauhan dengan aku." Kata Encik Muaz.
"Ya la tu. Abang ingat, abang boleh dapat ke apa yang abang ada ni kalau bukan sebab bapa saya?" Ejek Puan Murni.
"Kau ingat, bapa kau nak setuju ke aku kahwin dengan kau kalau aku tak ada apa-apa?" Balas Encik Muaz kembali.
"Eh. Dah lah. Aku penat. Aku nak tidur. Esok, aku nak jumpa Fatma." Kata Encik Muaz. Dan terus menolak kasar tubuh Puan Murni.
"Abang jangan nak berani-berani pergi sana. Kalau tak...."
"Apa?" Tinggi suara Encik Muaz.
Terkejut dibuatnya sehingga naik bahu Puan Murni kerana terlalu terkejut. Kelu lidahnya
"Awak jangan nak masuk campur urusan saya dengan Fatma. Jangan kacau Fatma dan anak saya. Jangan sampai awak pun saya lepaskan." Encik Muaz memberi amaran.
"Ingat apa pesan saya. Jangan kacau Fatma dan Wafa." Sekali lagi Encik Muaz menberi amaran sebelum masuk ke dalam bilik.
"Makkkk!!!"
Mak Nab dah masuk ke dalam biliknya. Dia sebenarnya tak berkenan dengan Murni sejak dulu lagi. Manja tak bertempat. Suka memaksa dan memeras ugut. Namun, demi anaknya yang sudah jatuh hati dengan Murni, dia terima. Dan demi kekayaan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Murni. Dia diamkan saja.
"Jadi, betullah anak yang aku nampak menyorok belakang Fatma tu, cucu aku? Patut muka iras Muaz." Kata Mak Nab dalam hati.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.