BH 18

1.1K 55 5
                                    

"Semua mak sayang anak dia lah." Kata Faris. Memujuk hati temannya itu.

"Mak tak sayang aku pun. Babah aku pun tak sayang aku. Dah 10 tahun dah. Babah tak datang pun cari aku." Kata Wafa sambil menguis-nguis tanah dengan ranting kayu yang ada ditangannya. Matanya memandang Faris.

"Kenapa kau panggil babah?"

"Sebab aku dah ada bapa."

"Itu bapa aku lah. Bukan bapa kau." Entah dari mana satu suara muncul dibelakang Wafa dan menendang belakang Wafa. Hampir saja Wafa tersungkur.

Faris terus bangun dan menolak tubuh adiknya, Iman. Dia kemudian mencangkung dibelakang Wafa dan diusap-usap belakang Wafa yang ditendang oleh Iman. Dipeluknya Wafa dari belakang.

Barulah kedengaran tangisan Wafa. Sakit dan terkejut. Walaupun bukan kali pertama dia diperlakukan sebegitu. Tapi, ianya tetap sakit.

Faris memandang Iman yang juga sudah mengalirkan air mata. Tajam. Bukan sekali dia memberi amaran kepada Iman. Tapi, Iman tetap dengan perangai tak puas hatinya terhadap Wafa.

"Aku benci kau selamanya!" Kata Iman dan terus bangun dan berlalu.

Wafa diam. Dia tolak tubuh Faris. Lembut. Mengelap air mata yang mengalir.

Faris ambil bajunya dan mengelap muka Wafa. Terutama hidung Wafa yang sudah berair.

"Menangis macam budak perempuan."

"Aku perempuan la."

"Bukan kau kata kau boyish ke?"

"Aku tetap perempuan la!"

Dan Wafa terus bangun dan berlalu meninggalkan Faris. Benggang betul hatinya terutama bila melihat Firas senyum.

"Tau pun awak tu perempuan. Jangan nak berlagak macam lelaki." Bisik Faris ditelinga Wafa.

"Kalau aku tak berlagak macam lelaki, makin teruk aku kena buli. Kau apa tau. Kau bukan sekolah dengan aku." Balas Wafa.

"Asal lak aku tak tau. Kau selalu cerita, kan?" Balas Faris

Wafa berhenti seketika. Dia memandang tajam Faris dengan perasaan marah.

"Mana nak sama bodoh!"

Terus saja mulut Wafa ditampar oleh Faris. Tak kuat tapi cukup buat Wafa terdiam.

"Kalau tak sebut bodoh tak boleh ke? Ha?" Marah Faris dan terus mencekak leher Wafa dan diletakkan ke ketiaknya.

"Busuk. Busuk. Tolong! Tolong!" Jerit Wafa.

"Faris! Kenapa ni?" Tegur Encik Essam yang meluru ke arah Wafa yang menjerit meminta tolong.

Faris melepaskan Wafa.

"Dia mencarut. Itulah habuannya." Jawab Faris.

"Kau ni. Tu yang Wafa menangis tadi?" Tanya Encik Essam. Tegas.

Faris diam.

"Berapa kali bapa pesan. Tangan tu slow sikit. Jangan nak laju menampar orang. Tegur elok-elok, tak boleh ke? Terutama Wafa. Dia perempuan. Perlu dibimbing dengan lembut. Dengan kasih sayang. Dengan hormat. Even kalau lelaki pun. Everyone has a right to be treated with respect!" Bebel Encik Essam.

"Tapi bapa, bukan Faris..."

"Faris minta maaf, bapa." Potong Faris.

"Assalammualaikum..." Satu suara yang amat dikenali oleh Encik Essam memberi salam.

"Faris, bawa Wafa main dalam bilik. Jangan keluar selagi bapa tak panggil. Faham?" Cepat saja Encik Essam menyuruh Faris membawa Wafa pergi. Dia tak mahu tetamu yang satu ini nampak kelibat Wafa.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now