BH 24

1.1K 58 0
                                    

"Kenapa kau tak bagitahu je dorang yang kita ni dah sah suami isteri?" Tanya Faris.

Benggang juga hatinya melihat perangai Wafa. Ianya mengundang makin banyak suara-suara yang mengutuk dan menghina mereka berdua. Tak pasal, dia juga turut terlibat.

"Dorang tak tanya pun. Terus jatuh hukum, kita berkhalwat. Terus nak kata kita pendosa. Terus nak aku ikut kata dorang. Kononnya nak elak dari semua kena balasan Tuhan." Balas Wafa.

"Kenapa kau tak ceritakan hal sebenar?" Tanya Faris.

"Kan aku cakap. Dorang tak tanya pun."

"Kau bagitahu je la."

"Buat apa?"

"Untuk elakkan fitnah dan salah faham."

"Kau rasa, dorang nak percaya? Kita ni surat nikah pun tak bawa. In fact, tak ada pun. Tak siap lagi. Nikah tergesa-gesa. Tup. Tup. Dapat tawaran masuk U. Pendaftaran dalam masa sebulan. Nak buat preparation semua sampai lupa pasal sekeping surat yang maha penting tu." Balas Wafa.

Faris diam.

Dia juga pernah membetulkan tanggapan pelajar-pelajar Malaysia di tanah Perh ini. Dan mereka meminta bukti.

Seperti kata Wafa. Bukti apa yang nak ditunjukkan?

Salahnya juga, dia pun lupa. Tok kadi pun lupa barang kali. Semua orang pun lupa. Masing-masing sibuk nak uruskan pemergian kami berdua ke sini. Sama sibuk untuk mereka hantar kami ke sini.

Gara-gara Encik Muaz mendesak Tok Kadi supaya cepat nikahkan Wafa dan Faris, dia terlupa. Buku daftar nikah tertinggal dirumah. Sijil sementara perkahwinan juga tak dapat diserahkan. Dalam kata lain, perkahwinan Faris dan Wafa tidak didaftarkan. Sah dari segi hukum tapi bukan undang-undang.

"Biarkan je. Lama-lama nanti, dorang diam lah. Yang penting, kita tahu. Siapa kita." Kata Wafa dan terus masuk ke biliknya.

Faris turut masuk ke dalam bilik Wafa. Dia duduk diatas katil sambil melihat Wafa yang sedang meletakkan pakaian luarnya ke penyangkut.

"Kau dah ada kawan ke dekat sini?" Tanya Faris.

"Aku pernah ada kawan ke selain kau?" Tanya Wafa kembali.

"Sampai bila kau tak nak berkawan dengan orang lain? Kau perlu berkawan dengan dorang." Nasihat Faris.

"Dorang judgemental."

"Ada yang tak. But, you need to find it."

"Kau dah bosan kawan dengan aku ke?"

"Bukan macam tu. Maksud aku, be more socialist. Open up your mind." Balas Faris.

"Kau nak kata aku kuno ke?"

"Bukan..."

Faris tarik nafas dalam. Dia tahu, tak ada guna bercakap dengan Wafa tika itu. Wafa dalam keadaan tak punya perasaan. Tak punya kewarasan minda. Dan Wafa sedang menghadapi tekanan.

Dia merapati Wafa. Dipeluknya Wafa.

"Dahlah. Lepaskan apa yang kau rasa tu. Aku ada kat sini untuk kau. Jangan pendam semua tu." Bisik Faris.

"Aku bukan tak cuba untuk berada dikalangan masyarakat. Tapi, aku tak diterima. Dari kecil, setiap kali ada kawan yang mahu bermain dengan aku, end up, kena bantai dengan mak dorang. Sampai dorang pun, benci aku. Sebab aku punca mereka dipukul." Luah Wafa.

"Bukan hanya orang luar, babah sendiri menuduh aku buat maksiat. Kau rasa, aku hairan kalau orang lain kata aku buat maksiat? Aku langsung tak kisah. Hati aku, hancur lumat. Aku bangun tidur, aku nak kata kat babah. Aku nak try hidup dengan babah. Tapi, apa yang aku dengar? Babah tuduh aku buat tak senonoh dengan kau." Tambah Wafa lagi.

"Takat kata-kata orang sekeliling, aku dah tak kisah. Tapi, aku tahu, benda ni pun, jejaskan kau. Nantilah. Aku cuba cari bilik yang murah. Aku pindah." Usul Wafa.

"Kau jangan nak merepek. Kau isteri aku. Kawan baik aku. Apa-apa, kita sama-sama. Yang penting, kita tahu. Siapa kita." Balas Faris.

"Pergilah mandi." Kata Faris.

Wafa masuk ke dalam bilik air. Faris keluar dari bilik Wafa dan pergi ke biliknya.

"Bapa, sijil nikah kami dah ambil ke?" Tanya Faris.

"Allah...."

"Tak apalah, pak. Tak penting pun."

"Ye lah. Esok, Insya Allah, bapa pergi jumpa Tok kadi." .

"Terima kasih, bapa."

"Something wrong."

"Orang mula serang Wafa sebab duduk berdua serumah dengan Faris." Cerita Faris.

"Wafa tak balas?"

"Bapa tau sajalah dia."

"Sama saja perangai macam mak dia."

Keduanya mengeluh.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now