"Aku tak pernah sangka aku akan berkahwin tanpa rasa cinta. Sebab ayah aku seorang bapa yang modern. Jadi, aku tak rasa dia akan buat aku macam ni." Kata Fatma dihujung talian.
Hajar diam. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Sepatutnya, dia bantah cadangan Essam itu. Sepatutnya, dia lebih fikirkan Fatma.
Cuma, yang dia tak sangka, Muaz terima cadangan itu dan terus meminta izin dengan Encik Harun. Sangat dia tak sangka, Muaz rela menerima cadangan Essam itu tanpa bantahan. Tanpa rasa cinta.
Hajar ingatkan, Muaz akan menolak. Kerana Muaz dan Fatma, sama-sama menafikan perasaan antara satu sama lain. Perasaan itu, hanyalah sebagai kawan.
Bila Essam khabarkan yang Muaz dan Fatma menerima cadangan itu, hatinya gembira. Dia ingatkan, cinta sememangnya sedang berputik antara mereka. Dan hanya sedar cinta itu setelah Essam menyuarakan cadangannya.
"Kenapa Muaz terima?" Tanya Hajar.
"Jimat kos dia nak nikah." Jawab Fatma.
Terlopong mulut Hajar. Hanya kerana itu? Sedangkan Essam berhajat begitu supaya mereka sama-sama mencapai bahagia. Sama-sama membina rumahtangga dan bahagia.
"Kau tak cuba menolak?" Tanya Hajar.
"Dah. Tapi, ayah kata, bagus juga aku dan Muaz nikah. Tak adalah mulut orang kampung ni asyik nak mengata." Balas Fatma.
"Itu je alasan ayah kau?" Tanya Hajar. Suaranya mendatar.
"Ayah suka Muaz. Orangnya jujur dan berterus terang. Dia tahu apa yang dia nak dalam hidup dia. Ayah suka orang yang bercita-cita macam Muaz." Balas Fatma. Juga mendatar.
Mereka berdua mengeluh.
"Kenapa kau tak cakap dengan aku sebelum ni?" Tanya Hajar.
"Macam mana aku nak cakap? Kau call aku happy sangat. Aku tak sanggup nak cakap." Jawab Fatma.
"Aku minta maaf. Aku cuma tak yakin cadangan Essam tu akan diterima Muaz. Macam ayah kau cakap. Muaz tu tau apa yang dia nak dalam hidup dia. Tapi, tak sangka, lain yang dia nak. Aku ingatkan, dia nak sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar cinta. Tak sangka dia hanya mahukan sesuatu yang menjimatkan." Sayu suara Hajar. Bersama rasa bersalah.
"Mungkin ini jodoh aku. Aku terima. Harap-harap, ada cinta yang akan terputik dihati kami." Balas Fatma.
"Insya Allah. Kau perempuan yang kuat. Teruskan kuat. Bina rumahtangga kau, ya? Selamat pengantin baru." Ucap Hajar.
"Kau pun sama. Selamat pengantin baru." Kata Fatma.
Talian dimatikan.
Saat itu juga, Muaz masuk ke dalam bilik Fatma yang kini sudah menjadi bilik Muaz juga.
Encik Harun mahu mereka tinggal dirumahnya. Sementalah rumahnya tiada sesiapa. Fatma anak tunggalnya. Berlainan dengan Muaz yang punya keluarga besar. 4 adik-beradik. Malahan, mereka semua tinggal serumah bersama datuk, nenek dan seorang pakciknya.
Encik Harun tak mahu mereka hidup menyewa. Rumah ini, jika bukan untuk Fatma, siapa lagi?
"Jom tidur. Aku letih lah. Penat juga kenduri ni. Ingat raja sehari, tak payah buat apa-apa." Kata Muaz dan terus baring ke atas katil.
"Tak mandi dulu?" Tanya Fatma.
Muaz bangun dan mengambil tuala yang diberikan Fatma petang tadi. Rasa melekit dibadan, buat dia bangun juga dan ke bilik air yang memang ada didalam bilik Fatma. Rumah ini, moden. Setiap bilik ada bilik air sendiri.
Usai membersihkan dirinya, dia campak tuala dikerusi meja solek dan kembali ke katil. Terus saja dia baring dan memejamkan matanya.
Fatma diam. Dari petang tadi Muaz buat begitu. Marah? Tak payah. Kemas saja semula. Marah hanya akan mendatangkan sakit hati dan perbalahan. Sabar kunci utama. Malah, itu juga pesanan ayahnya.
Fatma melakukan rutin hariannya sebelum tidur. Mengambil wuduk, menyisir rambut dan memakai lotion bayi ditangan dan lehernya. Kemudian, dia tutup lampu. Bergerak ke katilnya dan baring disebelah Muaz.
Janggal? Pasti saja. Tapi, dia tahu, dia perlu biasakan dirinya begitu. Kerana Muaz adalah suaminya yang sah. Walaupun perkahwinan mereka tidak disetujuinya. Dan tanpa cinta.
"Kau pakai wangi-wangi ni, nak goda aku ke?" Tanya Muaz.
"Taklah. Aku pakai lotion baby je." Balas Fatma.
"Masalahnya, aku dah tergoda dah ni. Kau izinkan ke?" Tanya Muaz.
Fatma diam.
Bukan mengizinkan. Tapi dia juga tak boleh nak menolak. Suka atau terpaksa, itu tugasnya sebagai seorang isteri.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.