BH 21

1.1K 56 10
                                    

"Awak ni!" Tegur Encik Muaz.

"Habis tu, tak ada sebab pun abang nak pergi rumah janda abang tu. Kalau bukan sebab nak menggatal. Nak rujuk balik. Kan? Ini bapa mertua abang dah tak ada. Boleh lah jadi alasan." Kata Puan Murni.

Encik Muaz menggeleng.

Bukan pertama kali isterinya menuduhnya mahu merujuk bekas isterinya, Puan Fatma. Acap kali. Setiap kali kalau mereka balik ke sini, dia langsung tak boleh keluar berjumpa kawan-kawan. Pasti akan dituduh mahu berjumpa bekas isterinya itu.

Walhal sudah diterangkan. Tak mungkin dia akan kembali kepada Puan Fatma. Hatinya telah hancur. Rasa diri tak berguna bila isteri dipinang lelaki lain. Nampak benar, yang dia kurang bersama isterinya ketika itu sehingga orang menyangka bekas isterinya itu masih anak dara.

Tapi, dia lebih suka menyalahkan Puan Fatma. Padanya, Puan Fatma yang tak pandai nak bawa diri sebagai isteri. Tak pandai nak bertegas bila ada yang cuba memikatnya.

"Sudahlah awak ni. Jangan nak mengarut. Kalau awak takut sangat, jom ikut sekali." Kata Encik Muaz.

Cepat saja Puan Murni bersiap. Tak mungkin dia akan biarkan Puan Fatma berpeluang untuk mendekati suaminya itu. Bersusah payah dia meracuni fikiran Encik Muaz. Tak mungkin dia akan membiarkan usahanya itu disia-sia.

Sesampai saja diperkarangan rumah Puan Fatma, tiada siapa. Hanya beberapa orang yang dia kenal.

"Nasib baik saya ikut. Abang menipu, kan? Tak ada pun kenduri." Kata Puan Murni.

Encik Muaz diam. Dia membuka tali pinggang keledar dan bersedia untuk keluar.

"Eh abang nak pergi mana?" Tahan Puan Murni.

"Nak pergi tengok lah. Apa yang jadi." Balas Encik Muaz.

"Tak payah nak menggatal ya, abang. Konon nak pergi tengok apa jadi. Padahal, nak melepaskan rindu kat janda dia tu." Ajuk Puan Murni bersama sindiran.

Encik Muaz tetap keluar tanpa menghiraukan isterinya. Dia pun tak tahu apa yang membuatkan dia mahu mengesahkan apa yang berlaku.

Matanya saat ini tertancap pada sepasang remaja yang sedang berpimpinan ke sana ke sini. Seorang berjalan terhinjut-hinjut. Seorang lagi memapah.

"Ha, Muaz. Baru sampai ke?" Tanya satu suara yang membuatkan pandangannya beralih.

"Kata ada kenduri arwah." Balas Encik Muaz.

"Siang tadi. Lepas Zohor. Malam ni, apa yang ada." Balas Encik Essam.

"La... Aku ingatkan malam. Selalu orang buat kenduri kan malam." Balas Encik Muaz pula.

Encik Essam ketawa.

"Yang tinggal dalam rumah ni, dua orang perempuan. Kalau malam baru nak buat, bahaya untuk dorang." Terang Encik Essam.

Encik Muaz angguk.

Matanya kembali kearah pasangan tadi. Yang sedang bergurau.

"Masuklah. Pergi matikan enjin kereta kau tu. Jom, masuk. Dah alang-alang kau datang ni." Ajak Encik Essam.

"Murni ada kat dalam tu." Balas Encik Muaz. Namun, matanya masih ke arah pasang itu.

"Ajaklah dia masuk sekali."

"Tak payah."

"Kang mengamuk dia nanti."

"Tak pe."

"Suka hati kau la."

"Dorang tu anak kau ke?"

"Siapa?"

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now